Powered by Max Banner Ads 

Apa Jadi Dengan Dunia Sekarang?

Written by taukey on Jun 30th, 2009 | Files under Dunia Realiti

Aku sibuk sepanjang hari. Semakin banyak benda perlu dibuat dan semakin banyak kerja yang perlu aku uruskan untuk mencapai KPI (Key Performance Indicator) yang telah dibuat oleh pengurusan atasan. Apa pun aku masih seronok melakukan kerja berkenaan.

Setelah selesai aku melakukan apa yang aku mampu hari ini, aku terus membaca suratkhabar. Sepanjang hari ini, jam 5 petang baru aku berpeluang membaca suratkhabar.

Sedang membaca suratkhabar berkenaan aku tertarik dengan satu berita yang ditulis. Topik berita tersebut “Girl Claimed Rape By Stranger”. Aku rasa tajuk tu macma pelik sahaja. Jadi aku pun terus baca. Dalam baca punya baca, aku tertarik dengan statement dalam berita tersebut.

Berita tersebut melaporkan bahawa perempuan tersebut pergi berjalan-jalan di malam hari. Dalam masa berjalan tersebut, perempuan tersebut berjumpa dengan seorang yang tidak dikenalinya. Mereka berdua terus pergi makan dan minum. Dan setelah sekian masa berlalu, perempuan dan lelaki tersebut pergi ke hotel dan perempuan tu akhirnya mendakwa dirogol oleh lelaki tersebut di hotel tersebut.

Kalau tak nak dirogol, kenapa pula perempuan tersebut pergi ke hotel tersebut bersama-sama lelaki tersebut? Adakah dalam makanan dan minuman perempuan tersebut telah bercampur dengan pil-pil?

Kenapakah perempuan tersebut berani berdekatan dengan lelaki yang tidak dikenalinya tersebut dan lalu mereka terus makan dan minum bersama?

Dunia sekarang…..MACAM MACAM ADA

Popularity: 1% [?]


Akhirnya….

Written by taukey on Jun 29th, 2009 | Files under Dunia IM, Dunia Realiti

Rumah sewa oh rumah sewa. Akhirnya aku telah terjumpa satu rumah sewa. Rumah sewa tersebut tidak besar  tapi cukuplah sekadar untuk aku tidur, makan, minum dan sebagainya. Lagipun hanya aku seorang sahaja di rumah tersebut. Buat apa la aku menyewa rumah yang besar besar. Lainlah kalau aku kaya macam Tomok ke, atau macam Mawi ke. ha ha ha ha. Tapi kalau aku kaya, masih kerjakah aku? Ataupun orang yang kerja dengan aku? hahaha.

Rumah tersebut dikategorikan sebagai “low cost” tapi mempunyai dua tingkat. Tingkat atas ada dua buah bilik tidur yang besar. Aku pun tak tahu siapa yang tidur di bilik tersebut nanti. Di bawah kesemuanya ada. Bilik mandi, tandas, bilik tidur, ruang tamu sekaligus dengan bilik dapur. Bayaran sewa sebulan hanyalah RM250.00 sebulan. Aku pasti sukar untuk mencari rumah sewa semurah itu terutama di bandar-bandar utama. Tapi kalau tempat aku ini, mungkin masih boleh dijumpai.

Sekarang, rumah sewa telah ada. Tapak kukuh telah ada untuk aku bermula kembali seperti jadual aku sediakala. Aku masih belum biasa dengan kehidupan aku sekarang ini. Banyak yang telah berubah. Rakan-rakan baru, tempat tinggal baru, jadual kehidupan baru, tanggungjawab baru dan pelbagai lagi cabaran akan menyusul. Tapi inilah kehidupan. Senantiasa ada cabaran.

Popularity: 1% [?]


Hosting Selalu Bermasalah

Written by taukey on Jun 24th, 2009 | Files under Dunia IM

Sebulan berlalu dan aku mula ingin bergiat aktif dalam arena blogging aku. Tapi sedikit sebanyak aku terasa kecewa. Bukan aku ingin mengutuk ataupun apa tapi sememangnya kecewa. Dalam bahasa inggeris orang panggil frustrated. Tapi apa kan daya. Aku cuma mampu melihat dan akan membuat sesuatu mengenainya.

Dalam seminggu dua ini, aku sering melihat hosting aku down. Bukan blog ini yang di host oleh NetKL tapi hosting dari Rawanaz. Dalam sehari aku boleh gerenti mest ada down dalam satu ke dua jam. Kadangkala berjam – jam juga dia down. Aku kecewa.

Aku faham sekiranya hosting tersebut down sekali sekala. Biasala kan buatan manusia tiada yang sempurna. dan selalunya aku jarang mengadu melainkan masa dahulu. Cuma sekiranya down dan aku ada menghantar email kepada pihak syarikat hosting, aku cuma ingin penjelasan sahaja. Aku juga perlu tahu apa masalahnya. Its a two way communication. Dan setakat ini, pengalaman aku dengan NetKL masih okay lagi.

Dari segi hosting Rawanaz ini, aku membelinya kerana aku ingin mendapatkan harga murah dan senang untuk berurusan sebab syarikat tersebut dari Malaysia. Mungkin aku akan berpindah ke hosting yang lain. Tiada gunanya aku berperasaan sedemikian. Mungkin juga ini sebab utamanya ramai orang berminat membeli hosting dari Hostgator, Dreamhost bila mereka ingin mendapatkan server luar negara.

Mungkin juga aku akan membeli dari hosting luar negara juga. Aku harap Rawanaz akan mengembalikan kekuatan yang pernah dimiliki olehnya dahulu.

BDV-828744-BDV

Popularity: 1% [?]