Bisnes Prepaid
Powered by MaxBlogPress  

SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Lagi-Lagi Tentang Click Bank

Written by taukey on Apr 30th, 2008 | Files under Dunia IM

Dalam post saya lepas ada saya mengatakan tentang pembukaan Click Bank untuk rakyat Malaysia tetapi saya pasti masih ramai yang belum memahami mengenai click bank seperti saya juga. Walaupun saya ada mempunyai ebook dalam bahasa English mengenai click bank tetapi ianya hanya memberi tunjuk ajar secara am sahaja tapi cukup sekadar untuk saya memahami nya secara asas. Walaubagaimanapun, saya terkejut pada petang tadi apabila mengetahui salah seorang otai pemasaran internet yang cukup dikenali ramai mengambil masa untuk melawat blog saya yang hebat tidak seberapa ini. Beliau telah memberikan saya satu video mengenai click bank. Lupa pula nak introduce. Beliau sebenarnya adalah Encik sukeri. Beliau dengan rela hati memberikan link untuk download video mengenai program affiliate Click Bank. Terima Kasih saya ucapkan kepada Encik Sukeri kerana sanggup berbuat demikian.

Saya telah meluangkan masa untuk mendengar dan melihat video tersebut yang mungkin mengambil masa lebih kurang 15 ke 20 minit sahaja dan saya boleh katakan bahawa video ini amatlah bagus dan banyak memberikan saya maklumat mengenai program affiliate Click Bank. Permulaan video menunjukkan cara pendaftaran, dan selepas itu ia menunjukkan cara-cara pemilihan dan menyenuh sedikit sebanyak tentang cara-cara untuk mempromosikan link affiliate click bank anda dan seterusnya menjana pendapatan dari situ.

Read more..


Program Affiliate Dahsyat Datang Lagi

Written by taukey on Apr 28th, 2008 | Files under Dunia IM

Mungkin agak lambat bagi saya untuk memberitahu tetapi sekarang Internet Marketers (IM) Malaysia riuh rendah mengenai pembukaan pendaftaran Click Bank untuk rakyat Malaysia. (sebab dengar cerita dahulu Malaysia di banned oleh Click Bank). Pasti ramai yang dah mengetahui apa itu click bank bukan. :D . Saya baru sahaja berkecimpung dalam dunia blog jadi sedikit sebanyak mengetahui apa itu Click Bank. Walaubagaimanapun, ilmu saya mengenai Click Bank amatlah rendah dan nampak gayanya saya hendaklah mempelajari ilmu berkenaan. Tapi dari khabar dan reaksi kawan-kawan yang lain saya perasan yang click bank ini merupakan satu lubuk emas untuk membuat duit di internet. Dari soalan yang saya tanya kepada Encik Sukeri mengenai click bank, beliau hanya memberitahu hanya untuk google sahaja “ebook click bank” dan saya pasti ada menjumpai ebook percuma dalam bahasa inggeris. So secara rajinnya, saya pun google dan menjumpai ebook berkenaan. Walaubagaimanapun, anda juga boleh membeli ebook Rajaaffiliate dan bersama dengan ebook berkenaan ada beberapa ebook berkaitan Click Bank dalam English dan Bahasa Melayu. Jadi untuk memahami lebih lanjut saya galakkan anda membeli ebook berkenaan. Klik disini untuk linknya.

Read more..


Kejadian Menimpa

Written by taukey on Apr 25th, 2008 | Files under Perihal Taukey


Dalam tempoh beberapa hari ini , pelbagai kejadian aneh dan tidak aneh berlaku dengan saya.Mungkin cabaran dan dugaan dari orang atasan. Tetapi walauapapun saya buat semampu yang boleh dan yang lainnya saya serahkan sahaja.Dalam dua hari lepas, saya mengambil cuti kecemasan dari bekerja. Saya menghabiskan cuti tersebut di sebuah hospital swasta kerana menjaga bapa saya yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan kerana terdapat batu di hempedu beliau. Jadi, beliau terpaksa menjalani pembedahan tersebut dan nasib baiklah dengan kemajuan teknologi sekarang pembedahan seperti berikut boleh dianggap sebagai minor dan luka pembedahan tersebut hanyalah kecil sahaja. Selesai pembedahan tersebut , para Doktor hanya menjumpai satu batu sahaja di hempedu beliau yang pada mulanya di scan mempunyai 3 batu. Mungkin dah hilang yang 2 biji lagi.Pembedahan ini telah dijalankan pada ibu saya semasa saya masih berusia 5 tahun dahulu (Pada tahun 1984 agak nya). Panjang luka pembedahan dahulu adalah sebanyak 10 cm dan mereka menjumpai sebanyak 30 lebih batu di hempedu ibu saya. Bekas luka pembedahan yang panjang masih nampak sehingga sekarang.Sebelum saya mengambil cuti , saya dinasihati oleh rakan sekerja supaya menjaga ibu dan bapa saya dengan baik. Dari perbualan dengan mereka, nampak macam ada penyesalan. Bukan penesalan tidak menjaga ibu bapa mereka. Sebab mereka rasa tidak puas menjaga ibubapa mereka. kalau dapat mereka inigin menjaga ibubapa mereka sehingga berpuluh tahun lamanya. Tapi apakan daya.

Read more..


Domain Sahaja Beli tapi Hosting Free..! Sapa Nak??

Written by taukey on Apr 21st, 2008 | Files under Percuma

Topik kali ini memang best. Ini rahsia kerajaan sebenarnya. Kalau diikutkan sememangnya saya tak boleh bagi tahu anda semua :P . Kenapa saya tak boleh bagi tahu? Tiada sebab sebenarnya. Sengaja hendak menipu anda semua dengan topik atas tu. :D

Kemungkinan besar lepas ini semakin banyak lah blog yang akan wujud sebab anda hanya perlu beli domain sahaja tanpa perlu membeli hosting. Kalau tak pun tidak menjadi masalah. Tapi yang pastinya saya akan mengambil kesempatan ke atas peluang yang dah diberikan sini. Saya sebenarnya sudah mengetahui perkara ini cuma tiada . he he he. Tapi ingin saya memberi amaran di sini kerja untuk membuatnya adalah rumit “sedikit”. Walaubagaimanapun, tetap ada panduan yang diberikan kepada anda. Cuma click kat link yang saya akan bagi nanti pasti anda dapat panduan. AMARAN keras : Kena faham sedikit bahasa inggeris.

Mesti dah tak sabar hendak mengetahui apa yang saya nak katakan disini. Mungkin bila disebut blogger.com semua akan mengetahuinya. Biarlah saya sebut sahaja dengan nama blogspot. Dengan hanya menggunakan blogspot anda pasti dapat mempunyai hosting free. Cuma terdapat syarat utama. Syarat utamanya adalah mempunyai nama domain anda sendiri tak kisah sama .com, .net, .biz dan sebagainya.

Read more..


Pertukaran Theme

Written by taukey on Apr 20th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Akhirnya tukar sudah theme blog taukey.com. Tiada alasan sebenarnya sebab penukaran theme tersebut. Saja nak tukar sebab theme lama nampak macam warna pelangi. Walaupun telah berupaya dan sempat untuk bertukar theme tapi satu masalah sahaja timbul. Blog ini nampak macam ada kekurangan. Macam ada sesuatu yang perlu dibuat untuk mengemaskannya. Tapi apakan daya , akal dan fikiran sekarang tengah beku. Mungkin dari masa ke semasa akan dikemaskan dengan perkara - perkara yang difikirkan perlu. Terpaksalah mempelajari lebih banyak kod-kod html.

Post kali ini pendek sahaja sebab ada beberapa perkara perlu disiapkan.