Akhirnya tukar sudah theme blog taukey.com. Tiada alasan sebenarnya sebab penukaran theme tersebut. Saja nak tukar sebab theme lama nampak macam warna pelangi. Walaupun telah berupaya dan sempat untuk bertukar theme tapi satu masalah sahaja timbul. Blog ini nampak macam ada kekurangan. Macam ada sesuatu yang perlu dibuat untuk mengemaskannya. Tapi apakan daya , akal dan fikiran sekarang tengah beku. Mungkin dari masa ke semasa akan dikemaskan dengan perkara - perkara yang difikirkan perlu. Terpaksalah mempelajari lebih banyak kod-kod html.
Post kali ini pendek sahaja sebab ada beberapa perkara perlu disiapkan.
Sesuatu perniagaan semestinya mempunyai produk atau servis untuk ditawarkan. Dari produk atau servis inilah keuntungan diperolehi dan seterusnya untuk membayar segala perbelanjaan di samping untuk membayar gaji sendiri. Post kali ini akan menunjukkan anda bagaimana sesuatu produk itu boleh mati. Ini mungkin membantu anda supaya mengetahui bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan dalam sesuatu tempoh itu.
Apabila produk atau servis anda telah ada, apakah yang anda lakukan? Sudah tentu anda akan mejalankan promosi secara besar-besaran. Kalau ikutkan kata titan sudah tentu akan melakukan taktik gerila. Tujuan menjalankan promosi sudah semestinya anda ingin memperkenalkan produk anda kepada orang ramai ataupun bakal pelanggan anda. Tempoh dan proses ini kebiasaannya mengambil perbelanjaan yang besar terutamanya jika anda baru sahaja menjalankan perniagaan. Anda sudah tentunya akan fokus kepada market tertentu sahaja untuk mengetahui penerimaan pelanggan terhadap produk anda. Tempoh ini dikenali tempoh perkenalan produk anda atau “market Introduction Stage”. Disini juga merupakan titik tolak perniagaan anda sebab ini merupakan perkara paling asas untuk dilakukan. Jatuh bangunnya perniagaan anda adalah disebabkan oleh perkara ini. Ini kerana faktor utama yang dilihat adalah bagaimana pandangan pelanggan, persepsi mereka terhadap produk anda, komen atau review dari mereka dan seterusnya. Ini dipanggil “positioning”. Jadi berhati-hatilah. Jangan main redah sahaja market anda.
Read more..
Saya baru sahaja selesai melihat video upgrade blog wordpress produk smartzul. Produk ini dipakej bersama dengan pakej blogger kit. Sudah tentu mengupah orang membuat memang mungkin terbaik dan termudah tapi saya jenis yang suka mempelajari benda-benda baru. Jadi semakin seronok la saya sekarang sebab dapa ilmu tambahan di samping keseronokan membuat perkara sebegini. Walauapapun saya masih belum berkesempatan untuk melaksanakan apa sahaja yang diajar kerana tidak mempunyai masa yang secukupnya. Mungkin pada hari sabtu ataupun ahad.
Sekarang ini terasa macam menjilat ludah sendiri pula. Mengapakah saya berkata demikian?Ini berkenaan dengan post din beramboi tempoh hari bertentangan dengan post yang saya lakukan tempoh hari. Tapi mungkin ini hanyalah hukum hidup di dunia. Tiada yang sempurna. Bukan saya katakan semua begitu tapi hanya segelintir sahaja. Ini merupakan satu perbuatan yang haram sebenarnya. Itulah cabaran namanya. Tapi saya tak risau sangat. Sebab ini berkenaan dengan kebijaksanaan seseorang itu menilai barangan / produk / ebook yang dijual. Tak dinafikan sememangnya kita kadang-kadang tertipu oleh muslihat yang memang kita tak nampak. Saya sendiri tak nafikan pernah membeli ebook yang kandungan maklumatnya memang langsung tak ada nilai. Kalau saya tak beli pun tidak menjadi masalah sebab apa yang diajar adalah sama dengan apa yang sudah saya ketahui.
Bagaimana hendak menentukan produk yang ingin dibeli itu bagus?
1. Bertanya dengan kawan / rakan online
2. Membaca forum yang berkaitan
3. Membaca blog
4. Bertanya di forum (jangan takut nak tanya sebab mesti ada orang yang baik di
sana akan jawab. Kalau tak reply melalui thread atau post tersebut ,
mungkin mereka akan PM (Private Message) Anda.
5. Jangan main beli mengikut emosi atau terikut-ikut dengan “sales letter”.
Sebab tujuan sales letter sememangnya adalah untuk mempengaruhi anda
untuk membeli. Cuba lihat kandungan produk yang dijual dan jauhkan mata
anda dari melihat produk bonus terlebih dahulu. Kalau meragukan tak payah
beli sebab semestinya ada orang lain yang menjual produk yang sama jenis
atau varieti. Gunakan logik anda.
6. Membeli hanya mengikut keperluan semasa anda. Beli yang penting dahulu.
Hmm itu sahaja buat masa ini. Tiada apa yang nak dikatakan cuma merupakan nasihat kepada diri sendiri dan orang yang baru berkecimpung dalam dunia blog. Majulah bloggers untuk Malaysia.

Post ini sebenarnya tiada kaitan hidup dan mati. Ini cuma salah satu kejadian yang berlaku semalam. Sebenarnya bukan apa-apa pun. Saya bukan pelumba atau yang sewaktunya. Hendak memandu kereta laju pun tak berani. hehehehe.
Hmm bagaimana saya hendak menyampaikan cerita ini. Kepala pun tengah pening sebab baru sahaja balik dari pejabat. Semalam sewaktu saya tengah leka membaca blog kawan-kawan dan membaca thread di forum tiba-tiba seorang kawan saya menghantar kepada saya. Bukan mesej apa apa pun. Cuma bertanya tentang projek yang tengah dia jalankan dan memohon mendapatkan idea serta pendapat. (kira nak bawa joint-venture)
Lama juga kami dua berchatting semalam dan saya pun menceritakan perihal saya dan blog saya ini. Dan menceritakan perkara yang saya buat dalam tempoh terdekat ini. Antaranya tentang streamyx dan saya dan bla…bla…bla.. Selepas itu, dia tiba-tiba panggil saya mamat remit streamyx. :))
Read more..