Written by taukey on May 30th, 2008 |
Files under Perihal Taukey
Hari ahad ini bertarikh 1 hb Jun 2008 dan merupakan salah satu hari keramaian di Sarawak sehingga diberikan public holiday di Bumi Kenyalang ini. Rasanya kalau anda berada di Sarawak sudah tentu ada mendengar mengenai pertandingan Keling dan Kumang Gawai yang diadakan setiap tahun sebagai salah satu persediaan untuk meraikan perayaan ini.
Selain itu, pelbagai jenis upacara juga dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:-
1. Muai Antu Rua (to cast away the spirit of greed)
2. gendang rayah (ritual music)
3. miring (offering ceremony)
4. Ngalu Petara (welcoming the spirit gods)
5. drink the Ai Pengayu (normally tuak for long life)
Ini sedikit sebanyak sejarah mengenai perayaan ini. Semasa pemerintahan British, mereka enggan mengiktiraf perayaan ini sehinggalah tahun 1962. Pada waktu berikut, perayaan Gawai Dayak ini disambut pada 25 September.
Ia pertama kali disambut pada bulan Jun pada tarikh 1 Jun 1965 dan menjadi satu simbol perpaduan, aspirasi dan harapan untuk masyarakat Dayak. Hari ini, ia adalah satu bahagian penting kehidupan sosial Kaunm Dayak. Ia adalah satu tanda hari kesyukuran tuaian yang baik dan satu masa untuk merancang untuk musim pertanian baru atau aktiviti-aktiviti yang dirancang pada masa hadapan.
Disini saya ingin mengambil kesempatan kepada anda SELAMAT MENYAMBUT GAWAI DAYAK. Gayu Guru Gerai Nyamai.
Written by taukey on May 27th, 2008 |
Files under Perihal Taukey
Hari hari kerja. Hendak atau tidak sememangnya makanan di dapur perlu dibelikan juga. Kalau anda tak belikan makanan dapur sekalipun tolong lah ibubapa bayar bil elektrik ke, air ke, dan paling-paling pun bil streamyx. Mungkin ini dapat memberikan kita disiplin dan sedikit tanggunjawab yang kita perlu mencapai target untuk membayar sesuatu dan seterusnya berusaha ke arah kegemilangan.
Atas permintaan kawan saya nasrun, saya pasang satu lagi lagu orang gila. he he he. Dengar jangan tak dengar. hehehe
Saya balik kerja jam 5 petang dan sampai di rumah lebih kurang dalam 5.30 pm. Sampai sahaja di rumah, terdapat dua perkara yang saya lihat ditujukan buat saya. hehehe. Yang pertama adalah sampul surat bewarna biru. hmm…dengan hati yang tenang saya pun membuka sampul surat tersebut. Tanpa diduga, satu kad ucapan terima kasih dihantar kepada saya. hehehe. Tak lain dan tak bukan orang yang menghantarnya adalah Titan. Thank you my friends.
Sebaik membaca kad tersebut, saya pun membuka bungkusan pos ekspress. Saya rasa anda pun dah tahu apa yang ada dalam bungkusan saya. he he he. Jom tengok gambar.
Hari ini saya membuka email dan melihat email dari kawan saya dinberamboi. Dalam post saya yang lepas pun ada juga backlink dari kawan baik saya itu. Hmm, bila saya membuka blog din serta membuka email tersebut dalam masa yang sama, saya melihat satu kisah yang sedih dan satu cerita yang boleh menggugat kesabaran seseorang yang mengalaminya. Sebelum terus membaca, saya jemput anda semua mendengar lagu di atas.
* Amaran : Lagu di atas mungkin ganas bagi anda tetapi tidak bagi saya.
Okay. Dah dengar lagu? Kalau tak nak dengar tidak menjadi masalah sebab dapat juga saya jimatkan bandwith blog ini. . Kita teruskan cerita kita mengenai apa yang telah terjadi. Rata-rata anda mesti dah membaca blog Din Beramboi sebelum membaca blog saya ini. Order yang saya buat untuk jersey telah dilakukan pada seminggu yang lalu termasuk sekali pembayaran. Saya juga tahu kesusahan mengepos barangan tersebut sebab ibu tersayang bekerja di Pejabat Pos Besar. Lagipun saya dah beberapa kali berurusniaga dengan dia. Jadi masalah ketidakpercayaan itu memang tidak wujud lansung.
Nak dibuat pendek cerita, dia kira macam sudah ditipu oleh partner dia. Payah juga bukan kalau kita tersilap memilih partner dalam perniagaan. Sememangnya akan merugikan kita dari segi masa dan wang. Wang boleh dicari tetapi masa?? Apa pun dia ingin mengembalikan duit tapi saya tidak mahu dan saya memilih jersey lain. Ingin juga memiliki baju baru sebab dah lama tak shopping. Sekarang main shopping online sahaja. hahaha. Read more..
Written by taukey on May 24th, 2008 |
Files under Perihal Taukey
Halo semua,
Beberapa hari ini, saya sibuk mencari ilmu serta mengaplikasikan ilmu perniagaan internet yang saya pelajari. Perjalanan yang masih jauh untuk berjaya dalam menjana duit secara online masih belum menghantui diri saya dan melemahkan semangat saya. Jauh tak la sejauh 12.8 kilometer kalau dibandingkan dengan 64 kilometer. Akibat tindakan yang bodoh pada masa lampau semestinya akibatnya adalah parah dan mungkin akan akan menderitakan saya. Mungkin kata pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Apakah maksud pepatah tersebut? Boleh periksa kamus peribahasa ya.
Sejak seminggu yang lalu banyak sudah ilmu yang telah dipratikkan. Mungkin belum tiba masanya saya menerima ganjaran. Usaha masih perlu diteruskan juga. he he he.
Etika amatlah penting dalam perniagaan. Bukan sahaja dalam penjualan barang-barang tetapi juga hubungan anda sesama manusia. Sebab kuasa ‘word of mouth” adalah satu kuasa pengiklan percuma. Kalau buruk , mungkin disebabkan oleh aktiviti atau urusniaga pada masa lampau. Lepas itu, anda mungkin takkan dapat membuat duit dari internet. Jadi hati-hatilah ya.
Saya melihat hubungan antara manusia selalunya tegang hasil daripada perbualan, perbincangan, aktiviti kerja dan sebagainya. Kenapakah kita tidak mempunyai nilai ‘give and take’? Adakah kita sememangnya tamak? Ataupun kita mempunyai agenda sendiri? Jawapan hanya diketahui oleh anda sendiri.
Ada yang mencaci, mengutuk, menjatuh, menghina dan pelbagai yang biadap dilakukan semata-mata hanya untuk memuaskan hati sendiri. Tiadakah nilai-nilai moral yang diajar dari darjah satu hingga tingkatan 5 diserap? Entahlah. Saya sendiri pun tidak mengetahui.
Entah apa yang saya merepek di atas. Jika anda faham baguslah. Jika tidak…!!!??? Buat-buat faham.
Written by taukey on May 22nd, 2008 |
Files under Percuma
Adakah anda telah berjaya mendapat bayaran pertama dari Google Adsense? Adakah anda berpuashati dengan pendapatan adsense anda sekarang?. Jika tidak, janganlah anda kecewa, sebagai seorang usahawan internet anda tidak sepatutnya mudah berputus asa.
Mungkin cara yang anda lakukan selama ini kurang tepat & berkesan maka hasilnya pun kuranglah. Mahukah anda belajar dari seseorang yang bergiat sepenuh masa dengan program google adsense. Beliau telah menulis sebuah ebook adsense percuma bertajuk “6 Modul Adsense Terbaik - Rahsia Memulakan Google Adsense Anda Dengan Betul” .
Ebook 6 Modul AdSense Percuma ini mengajar anda strategi dan teknik bagaimana memulakan google adsense dengan betul. Anda juga akan mempelajari bagaimana mendapatkan Niche Market yang anda dan pesaing anda sendiri tidak terfikirkannya. Dengan ebook ini anda akan dapat belajar :
1. Apa itu Program Google Adsense
2. keyword Research
3. Keyword Brainstorming
4. Memohon Akaun Google Adsense
5. Membina Blog Adsense
6. Meletakkan kod Adsense di blog adsense anda
Sebaik sahaja anda memuat turun 6 Modul Adsense ini, saya cadangkan anda membuat secawan kopi dan mula membaca dan mempraktikan teknik Adsense yang diberikan, bahkan anda boleh terus memulakannya. Download ebook percuma ini sekarang. Sila klik Di Sini