SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Peranan Penting Pemilihan Keyword dalam SEO

Written by taukey on Jun 29th, 2008 | Files under SEO

Keyword sememangnya memainkan peranan penting dalam SEO. Mengapa? Kerana dengan hanya keyword tersebut, artikel anda mudah dicari di dalam Search Engine seperti Yahoo, Google dan MSN. Sekiranya teknik SEO keyword ini dimanipulasikan oleh anda dengan betul sudah semestinya anda akan dapat menarik trafik secara percuma. Kalau ikutkan kata orang trafik dari search engine adalah berkualiti serta ini memudahkan anda mencari duit secara online.

Ok kita belajar mengenai penggunaan keyword. Pada post yang lepas dan yang lepas, Syam ada memberi komen sambil menanyakan soalan bagaimanakah kita ingin mencari keyword yang sesuai dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. He he he. Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. Tetapi disebabkan soalan tersebut, daya pemikiran dan perasaan ingin tahu saya semakin membuak-buak untuk merungkai misteri mengenai keyword ini dan kaitannya dengan SEO.

Apa yang saya dapat simpulkan hasil dari pencarian saya adalah sebelum kita menggunakan sesuatu keyword dalam blog atau web kita, adalah wajib kita memilih keyword berdasarkan kepada niche kita. Niche adalah bermaksud kepada pengkhususan blog atau laman web kita. Contoh blog atau web kita adalah mengenai komputer. Carilah keyword yang lebih spesifik seperti software penjagaan computer, upgrade computer, dan lain-lain lagi. Ini hanya idea yang terdapat di dalam otak saya sekarang. Kalau anda ingin guna anda dipersilakan. Hehehehe. Anda fikirkan beberapa keyword lain yang berkaitan. Contoh lain yang saya boleh bagi adalah seperti weight loss program, how to lose weight, how to be slim, dan macam-macam lagi. Kesilapan dalam pengunaan keyword akan mengakibatkan anda tidak akan mendapat result yang diingini.

Okay sekarang keyword yang kita target dah ada. Sekarang apa yang perlu kita lihat adalah berapa banyak pencarian berdasarkan keyword tersebut. Ini boleh dicari dengan menggunakan pelbagai jenis tools yang percuma yang boleh didapati dalam internet.

Read more..


TauKeY.Com “Do Follow” Blog

Written by taukey on Jun 28th, 2008 | Files under SEO

Image by kerjakeras

Dengan ini, saya mengisytiharkan Blog TauKey.Com adalah sebuah blog “Do Follow”. Ini adalah kerana ianya adalah sebagai satu balasan kepada anda yang memberi komen di blog ini dan semakin banyak anda komen semakin itulah anda mendapat backlink dari blog saya ini.

Terima kasih.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Hilo Flights to Montpellier
Marseille Provence Airport Limoges Flights


Digg Dot Com Banned Blog Bahasa Tempatan

Written by taukey on Jun 27th, 2008 | Files under SEO
Description unavailable

Image via Wikipedia

Digg dot com banned blog atau web bahasa tempatan? Betul kah? Mesti ramai yang hairan dan terkejut melihat post saya pada masa yang lepas. Jangan risau mengenai digg dot com banned blog anda. Tiada yang patut anda khuatiri. Dari post yang lepas banyak juga feedback dan persoalan mengenai digg dot com block web atau blog yang menggunakan bahasa tempatan.

Biarlah saya mengulas mengenai apa yang telah berlaku sebenarnya. Setelah saya publish post blog saya yang bertajuk “Buat Duit Pendapatan Lumayan - Wangmatrix.Net - Program Penipu dan Scam“. Saya pun teruja juga sebenarnya sebab selepas 5 ke 6 jam saya melihat post tersebut berada di tangga keempat untuk keyword yang panjang dan boleh dikatakan kurang pencarian. Apa pun itu merupakan salah satu langkah pertama yang saya boleh anggap baik juga untuk newbie macam saya. Di tangga ketiga pada masa itu, saya melihat post summary saya dari digg dot com. Menjadi semakin teruja la saya sebab saya tahu digg dot com memberikan kekuatan kepada post tersebut.

Jadi dengan tamaknya, saya pun submit keseluruhan post yang ada di dalam blog saya ke digg dot com. hahahaha. Keesokkan harinya, saya melihat saya pun dah kantoi. hehehe. Kesilapan saya adalah sebab saya submit kesemua blog post saya dalam tempoh masa yang singkat. Ini menyebabkan digg dot com detect dan meneliti setiap blog post tersebut. Akhirnya mereka pun terus block domain name ini. Tak kisahlah, sebab propeller dot com. hehehe

Jadi kalau anda submit ke digg dot com seminggu sekali saya boleh rasakan yang domain anda mungkin tidak akan diblock. Jadi janganlah risau sangat. Sekiranya terkantoi juga jangan risau, masih ramai lagi directory atau blog atau blog dan web .edu yang mempunyai Page Rank yang tinggi di luar sana. Yang penting anda hanya kena rajin cari.

p/s : Post mengenai pencarian keyword masih tidak dapat saya laksanakan buat masa ini sebab post tersebut memerlukan artikel yang baik dan mudah difahami. Harap anda faham keadaan saya sekarang juga sebab sedang melalui cabaran dan dugaan yang tinggi dalam pekerjaan saya sekarang. Kalau diizinkan, kemungkinan minggu depan akan saya siarkan kepada anda tentang pencarian saya tentan ilmu pencarian keyword.


Perkembangan SEO yang Lepas

Written by taukey on Jun 25th, 2008 | Files under SEO

Satu kejadian telah berlaku dalam beberapa hari ini. Sememangnya post wangmatrik.net satu penipuan tersebut memang berada di tangga keempat search engine Google pada masa itu tetapi dengan keyword yang terlalu panjang. Dan sekiranya anda mencari sekarang, saya rasa post tersebut telah hilang. Hilang entah kemana saya sendiri pun tidak tahu. Salah satu sebab utamanya adalah mungkin kerana digg.com telah block nama domain saya kerana saya menggunakan bahasa lain dan bukan English. Saya mengandaikan bahawa digg.com merupakan antara penyumbang kepada kekuatan post tersebut. (Teori tentang trik ini akan dijelaskan lagi di post mendatang) Tidak apa juga sebab kita belajar dari kesilapan. So I’ll be back next time with a new domain and a new English blog. Ekekeke

Rasanya pasti ada yang akan berkata blog saya pun menggunakan bahasa Malaysia tetapi tiada masalah menghantar ke digg.com. hehehe. Tapi perkara tersebut memang telah terjadi kepada saya kerana gelojoh dan sikap tamak haloba. Lihatlah screen shot tersebut.

Read more..