SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Pengenalan Kepada SEO

Written by taukey on Jun 23rd, 2008 | Files under SEO

SEO atau Search Engine Optimization adalah faktor penting dalam blog ataupun web. Saya juga telah membuat satu eksperimen berdasarkan pengetahuan saya mengenai SEO pada post yang lepas iaitu buat duit pendapatan lumayan - Wangmatrix.Net. Segala pengetahuan cetek saya mengenai SEO, saya serapkan dalam post yang lepas dan merupakan salah satu sesi pembelajaran dari saya.

Biarlah sekarang saya maklumkan hasil SEO yang telah saya aplikasikan dalam post berkenaan. Anda semua boleh sahaja melihat gambar berikut.

Read more..


Buat Duit Pendapatan Lumayan - Wangmatrix.Net - Program Penipu dan Scam

Written by taukey on Jun 22nd, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Entah sekarang saya berada dalam keadaan tidak siuman (bukan gila lah tapi marah wakakakaka) dan saya ingin menyimpulkan bahawa WANGMATRIX.NET adalah PROGRAM YANG MENIPU DAN SCAM. Bagaimana hendak memperoleh pendapatan RM9,000.00 hingga RM 15,000.00 sebulan dengan hanya menghantara email? Kalau betul, saya pun ingin berhenti kerja saya sekarang dan bekerja dengan program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.

Mungkin ada diantara anda mengatakan saya hanya membuang masa dengan menulis begini tetapi termaktub di dalam hati saya untuk menghentikan program sebegini. Dalam masa yang sama, salah seorang saudara yang saya sayangi hampir terjerumus ke kancah penipuan sebegini. Mengapa saya katakan dia terjerumus? Kerana dia pun terpaksa menipu orang lain untuk memperolehi kembali modal sebanyak RM50.00 dan seterusnya memperoleh wang tidak tumpah seperti mencuri dan merompak dari orang lain.

Biar saya dedahkan whois untuk program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.

Registrant:
SUCCESS MILION
Million Money ()
Kinarut Lama
Papar
Sabah,89608
MY
Tel. +013.8822001

Creation Date: 30-Sep-2007
Expiration Date: 30-Sep-2008

Hoi pengecut. Kenapa tak berani hendak letak nama sendiri? Nombor telefon pun tidak boleh dihubungi. Saya hendak bawa anda pergi minum kat coffee house Hotel 5 Bintang. All you can eat dude.

Modus Operandi Program Penipu WangMatrix.net

  1. Anda Daftar dan Bayar RM50.00
  2. Cari orang join dengan menghantar email kepada kawan kawan.
  3. Mereka join dapat komisen, mereka tak join tak dapat duit.

Mana pergi hantar email sahaja dapat duit? Bangang betul.

Read more..


Hujan Melanda

Written by taukey on Jun 21st, 2008 | Files under Perihal Taukey

Sepanjang minggu yang lalu, saya telah merancang untuk membuat banyak bloghopping ke mana-mana blog atau forum yang mampu memberikan pengajaran tentang SEO. Rata-rata kita sebagai pengguna internet untuk membuat duit secara online sememangnya tidak boleh memandang rendah terhadap faktor ini. Trafik yang datang dari Search Engine sememangnya merupakan antara trafik yang paling berkualiti sekali. Jadi sebab itulah saya ingin mempelajari dan mendalami ilmu yang sedia ada mengenai search engine sebelum saya meneruskan fasa kedua perancangan dalam membuat duit secara online.

Tapi perkara tersebut terpaksa tergendala sebentar. “Hujan” telah melanda dan tak berhenti mencurah keluar dari hidung. Sekarang saya cuma mampu merehatkan diri dan menunggu ubat yang diambil memberikan kesan sampingannya dan saya mungkin akan terus tidur.

Diharap selepas bangun nanti saya mampu mengejar kembali perancangan yang telah dilakukan tadi.

Tadi pun saya sedang mencuba untuk verufi blog saya di mybloglog. Tapi nampak gayanya gagal dan ditambah dengan gangguan “hujan” membuatkan saya tidak mampu menjelajah dengan lebih jauh buat masa sekarang.


Verify or Claim Site/Blog That I Author

Written by taukey on Jun 21st, 2008 | Files under Perihal Taukey

Undergoing MyBlogLog Verification