Nak Bina Blog Anda Sendiri Tanpa Perlu Pengetahuan IT
Powered by MaxBlogPress  

SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Lonia Village Dot Com - Pasar Malaysia Di Internet

Written by taukey on Jul 28th, 2008 | Files under Review Blog / Web / DLL

Kalau dalam Bahasa English ia lebih senang disebut sebagai Market Place. Kalau di alih bahasa secara terus akan disebut Kawasan Pasar. Tapi untuk memahami dengan senang rasanya lebih baik dikenali pusat membeli-belah.

Dengan isu harga minyak yang naik, ramai kita mencari pendapatan sampingan untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Ada yang membuat kerja secara part time dan tak kurang juga yang membuat perniagaan internet.

Apa yang ingin saya buat disini adalah untuk mengenalkan anda kepada satu laman web yang bertindak sebagai medan perang untuk pembeli dan penjual. Laman web ini dikenali sebagai Lonia Village. Apa yang dilakukan dalam Lonia Village ini adalah untuk memberi luang-luang pasaran kepada para peniaga yang ingin memulakan perniagaan internet dan juga mengembangkan perniagaan yang sedia ada.

Pemasaran Online-lonia village

Read more..


Page Rank Update

Written by taukey on Jul 26th, 2008 | Files under SEO

Hari ini saya dikejutkan dengan pemberitahuan mengenai Page Rank. Google telah update PR mereka dan sekarang taukey.com mempunyai Page Rank sebanyak 2. Apakah PR anda sekarang? Diharap orang yang baru menyertai dunia blogging pun menerima anjakan PR. Kalau yang mengalami penurunan tak tahu lah mana silapnya.

PR mengikut kata orang tidak memberi maksud apa apa. Tak kurang juga orang mengatakan Page Rank penting. Saya belum berkesempatan menyiasat mengenai perkara ini disebabkan oleh banyak eksperimen sedang tengah dilakukan ke atas blog ini. Harapannya supaya saya mampu memberi anda segala kesimpulan ke atas eksperimen yang saya jalankan dengan lebih baik.

Mengikut wikipedia, Page Rank adalah bagaikan undian. Semakin banyak undian anda, semakin tinggilah PR anda. Sebagai contohnya, banyak blog atau web link ke weblog anda dan ini bermakna blog anda telah menerima undi dari web atau blog yang lain. Kira macam undi SMS juga. Dan ini memang membantu dalam meningkatkan PR anda. Dalam masa yang sama, ia tidak hanya melihat pada luaran sahaja. Dalaman blog anda sendiri juga dilihat. Sebagai contohnya blog anda memberikan banyak undian kepada web atau blog lain. Ini juga diambil kira. Secara kasarnya, apa yang saya simpulkan adalah link luaran yang masuk dan link yang keluar dari blog anda tersebut akan mempengaruhi PR blog anda. Walaubagaimanapun, apa yang saya tahu, tiada orang pasti sebenar-benarnya cara pengiraan PR. Google mungkin tidak akan mendedahkan informasi tersebut kerana khuathir mengenai kejadian si topi hitam.

Persoalan sekarang adakah PR memang penting untuk sebuah blog? Apakah yang boleh dicapai dengan blog PR tinggi?

Bagi saya sendiri PR 0 atau PR 1 sebenarnya tidak menjadi masalah. Yang penting adalah traffik. Bagaimana anda mempromosikan blog anda, isi kandungan blog anda dan sebagainya. Blog personal pun sebenarnya tidak menjadi masalah sebab yang penting adalah cara anda marketkan blog tersebut. Bak kata Titan “Kalau web jualan power, tapi marketing hancur, tak guna jugak kan?”


mengEVOLUSIkan Minda

Written by taukey on Jul 24th, 2008 | Files under Review Blog / Web / DLL

Cuba lihat di sekeliling kita. Apakah yang anda lihat? Cuba fikirkan sejenak dan bagi pandangan anda. Saya sendiri apabila berjalan di tepi pantai memikirkan tentang putaran dunia dan zaman nenek moyang kita serta zaman hadapan yang bakal akan saya tempuhi. Kalau difikirkan memang bagai laut bergelora yang tidak berhenti kerana ribut.

Bagaimanakah tercipta dan terbina pelbagai benda yang serba moden pada hari ini? Bagaimanakah ibu bapa saya mengharungi kehidupan pada zaman Jepun dahulu? Adakah saya bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku kepada saya pada masa hadapan nanti? Adakah saya akan mencapai cita-cita saya untuk berkahwin dengan Maya Karin (jangan cemburu Saudara Rohaizad) menjadi seorang yang berjaya nanti? Memiliki rumah banglo, mempunyai kereta Mercedes, memberikan kemewahan kepada ibu bapa saya adalah termaktub dalam cita-cita hidup saya.

Sudah semestinya pelbagai jalan akan ditempuhi, pelbagai jenis cara akan dicubai dan sudah semestinya kadang kala kita akan berasa berputus asa. Semua rintangan ini boleh menjadi pemusnah kepada kehidupan seseorang. Di sini bukanlah maksud saya mengatakan hidup anda akan miskin. Cuma ingin memberitahu anda bahawa anda boleh mencapai segala keinginan serta kehendak kehidupan anda dengan kuasa minda anda.

Kuasa minda terlalu besar jika kita fikirkan secara subjektif. Bukan kuasa macam Inccredible Hulk atau Hancock, atau Kung Fu Panda sekalipun. Tetapi adalah lebih kepada “will power” iaitu kuasa untuk mengawal minda anda supaya lebih objektif dan seterusnya mencapai cita-cita anda tanpa anda berputus asa akibat dari halangan serta duri-duri yang berada di jalan tersebut. Anda perlu menguasai minda supaya tak terjebak dan berasa keletihan dengan kegagalan sekali sahaja. Adakah anda tahu bagaimana untuk mengawal minda anda?

Disini terdapat seorang tokoh yang ingin memberi Seminar Kecemerlangan Diri & Mengenal Potensi Diri. Dalam seminar ini, anda akan disajikan oleh pelbagai jenis modul yang dapat membuatkan anda mengawal minda anda dan menguatkan lagi kekuatan mental anda. Cara melatih minda anda dan boleh dikatakan memang lengkap serba sebi. Ingin mengetahui siapakah penceramah dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai seminar ini sila klik banner tersebut.


Blog Bahasa Malaysia Vs Blog Bahasa English

Written by taukey on Jul 23rd, 2008 | Files under Tips Blog / Perniagaan

20050924-13

Image by Indrani Soemardjan via Flickr

Nak bina blog dengan bahasa tempatan atau bahasa english, begitulah dilemma kawan-kawan yang baru ingin berjinak dalam aktivit blog. Pelbagai persoalan lain lagi tapi ini merupakan antara salah yang saya rasa kritikal sekali. Mereka yang ingin berkecimpung sebenarnya konfius dan boleh di katakan mereka tidak tahu dalam mencari jawapan.

Saya dahulu pernah melakukan kesilapan ini dan apabila bertanya dengan orang, jawapan saya tidak dibalas. Tapi saya tidak kisah sebab saya cari jawapan bukan dalam internet tetapi saya biarkan blog ini diisi mengikut hati dan fikiran saya. Dalam perjalanan mencari jawapan sambil berblog banyak benda saya jumpa, banyak ilmu saya pelajari termasuk mengenai SEO, pendirian saya, kehidupan saya, perihal manusia, politik, cara membuat duit secara online dan pelbagai lagi. Ini hanyalah segelintir sahaja yang saya sebutkan tetapi walauapapun ilmu tersebut tetap akan diproses oleh otak saya.

Mengenai jawapan kepada blog BM atau Bi ia sebenarnya terpulang kepada siapa anda ingin sampaikan mesej yang anda tulis di dalam blog anda. Adakah kepada rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura sahaja? Ataupun anda ingin keseluruhan dunia membaca blog anda?

Dalam masa yang sama rasanya ada baiknya kita fikirkan apa yang kita ingin buat dengan blog kita. Ini memang dapat membantu banyak dalam pembinaan blog anda menjadi “authority figure” dalam penkhususan tersebut atau boleh dipanggil sebagai niche. Kadang-kadang kita boleh melihat dalam blog tersebut bercampur aduk dari segi entrinya termasuklah personal, travelling dan pelbagai lagi. Satu nasihat yang saya terima dari seorang rakan secara tak lansung mengatakan “selamatkan entri anda kategori”.

Diharap anda memahami apa yang saya ingin katakan. Akhir sekali, setelah melihat beberapa perkara yang berlaku ke atas blog saya, blog yang bukan blog english mendapat kesukaran sedikit dalam menjana pendapat secara online melainkan target group adalah kepada orang tempatan.

Sebab itulah saya mencuba untuk menyertai adstoreal, adbizzy, advertlets dan nuffnang. Ini eksperimen seterusnya untuk saya. Masa serta tempoh eksperimen tidak dapat saya tetapkan secara spesifik dan kesimpulan akan saya bincangkan lagi di masa hadapan setelah ada jawapannya.


Entrecard- Apa akaun Taukey.com kena delete?

Written by taukey on Jul 19th, 2008 | Files under SEO, Tips Blog / Perniagaan

Sekali lagi blog saya menjadi mangsa kerana content bukan bahasa english dan akaun entrecard saya bernilai dalam lingkungan 600 ec pun kena delete. Sedih sedih… :( Hendak buat macam mana, memang dah nasib badan. Untuk memberi penerangan mengenai perkara ini pun tidak saya ketahui bagaimana tetapi memang terus terang dalam term and condition dia tertera disitu tak boleh blog content bahasa lain selain english.

Adakah besar kemungkinan ada orang membuat report mengenai blog saya kepada pihak entrecard? Entah mengapa baru sekarang nak buat report dan selama ini saya memang jarang buat iklan dan jarang buat drop. Mungkin memang dah nasib diperiksa secara random oleh pihak admin entrecard juga.

Nampaknya pelbagai cabaran lagi akan saya hadapi untuk berblog. Apa pun alternatif lain masih banyak.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Limnos Island Cheap Flights to La Sarre
Flights to Mytilene Flights to Montpellier