SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Entrecard- Apa akaun Taukey.com kena delete?

Written by taukey on Jul 19th, 2008 | Files under SEO, Tips Blog / Perniagaan

Sekali lagi blog saya menjadi mangsa kerana content bukan bahasa english dan akaun entrecard saya bernilai dalam lingkungan 600 ec pun kena delete. Sedih sedih… :( Hendak buat macam mana, memang dah nasib badan. Untuk memberi penerangan mengenai perkara ini pun tidak saya ketahui bagaimana tetapi memang terus terang dalam term and condition dia tertera disitu tak boleh blog content bahasa lain selain english.

Adakah besar kemungkinan ada orang membuat report mengenai blog saya kepada pihak entrecard? Entah mengapa baru sekarang nak buat report dan selama ini saya memang jarang buat iklan dan jarang buat drop. Mungkin memang dah nasib diperiksa secara random oleh pihak admin entrecard juga.

Nampaknya pelbagai cabaran lagi akan saya hadapi untuk berblog. Apa pun alternatif lain masih banyak.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flights to Limnos Island Cheap Flights to La Sarre
Flights to Mytilene Flights to Montpellier


Lagu Jiwang Dari Broery Marantika

Written by taukey on Jul 19th, 2008 | Files under Tips Blog / Perniagaan

Aha, jom dengar lagu jiwang kejap hasil nyanyian Broery Marantika. Nama lagu ini memang saya tak tahu tapi kalau ada sesiapa yang tahu mohon anda memberitahu dengan saya.

Ketika pertama ku jumpa denganmu,
Bukan tak pernah ku tanyakan padamu kasih
Takkan kecewakah kau pada diriku
Takkan menyesalkah kau hidup dengan ku nanti

Memang kau bukan yang pertama padaku
Pernah satu hati mengisi hidupku dulu
Dan kini semua kau katakan padaku
Jangan ada dusta di antara kita

Ok dah cukup jiwang sudah. ha ha ha ha. Blogging satu aktiviti yang baru bagi saya dahulu. Pada mulanya saya memang menggunakan blogspot. My first blog. Saya gelarkan blog saya dulu hell-dwellers dan dikenali oleh ramai bloggers dari filipina dan dikenali dengan nama berikut. Di situlah saya mula mengenal blogging dan cara memperoleh pendapatan walaupun memang sikit. (Kalau saya sebut sikit memang sikit lah, bukan dalam lingkungan RM30 ke atas). Hell-Dwellers tetap menjadi yang pertama dan pernah mengisi hidupku.

Yang bestnya adsense saya ketika itu mempamerkan iklan mengenai neraka dan syurga dan pelbagai benda lagi. Keyword tersebut kalau tak silap saya bernilai dalam $0.10 ke $0.30. Sekarang tak tahu sebab saya tak pernah buat research mengenai perkara tersebut. Read more..


Jadi Pro Affiliate Dengan Video Marketing

Written by taukey on Jul 18th, 2008 | Files under Percuma

VS

Inginkah anda menjadi Pro Affiliate tanpa mailing list dan sambil itu anda menggunakan Rahsia Trafik Video Marketing??? Mesti ada diantara anda pening dengan apa yang saya maksudkan disini. Sebenarnya kedua-dua yang diatas tersebut adalah ebook percuma untuk anda. Saya jamin kedua-dua ebook tersebut amatlah berguna untuk menambah pengetahuan anda terutamanya dalam menjadi seorang IM yang cemerlang, gemilang dan terbilang. hehehehe :P

Pertama sekali saya ingin menerangkan sedikit mengenai ebook berkenaan di atas.

RAHSIA PRO AFFILIATE

Berikut adalah kandungan ebook ini secara ringkas.

  1. Menerangkan mengenai konsep affiliate
  2. Mencari program affiliate
  3. Cara promosi

Ini adalah merupakan ebook percuma yang telah dicipta oleh satu team XXXX yang diwakili oleh Din Beramboi dan Kento. Ramai di antara anda telah mengenali mereka dan saya pasti mereka ini adalah merupakan salah satu team yang bakal menggegarkan IM tempatan. Apa yang diajar oleh ebook percuma ini adalah mengenai program affiliate dan cara - cara untuk mencari program affiliate yang boleh dipercayai dan seterusnya memperolehi pendapatan dari program affiliate. Masih tak faham tentang program affiliate? Ah download sahaja ebook percuma tersebut.

RAHSIA TRAFIK VIDEO MARKETING

Video marketing. Kalau difikirkan sejenak mesti terfikir tentang iklan - iklan yang terdapat dalam televisyen. Cuba fikirkan tentang iklan tersebut. Adakah berkesan? atau bagaimana? Pendapat saya sememangnya berkesan tapi kita kena gak tengok perkara-perkara tertentu. Contoh seperti masa iklan tersebut dikeluarkan. Sebab lain masa lain penonton yang menjadi sasaran.

Kalau di dalam internet kita boleh juga buat begitu dan kita boleh sahaja meletakkan apa sahaja jenis video untuk pengiklanan dalam video sharing site. Contohnya seperti You Tube dan lain-lain video sharing site yang saya sendiri tak tahu. Kita tak perlulah melihat ke video sharing site yang lain. Fikirkan sejenak berapa ramai yang masuk ke dalam You Tube?

Penulis ini hanya saya kenali dengan nama The Reds (Mungkin peminat Manchester United agak nya) dan merupakan salah seorang yang bergiat mempromosikan perniagaan beliau dengan cara ini dan ebook ini sedikit berbentuk teknikal. Tapi jangan risau ianya mudah.

p/s: Saya bercadang mengaplikasikan kedua-dua metodologi yang diajar oleh otai tersebut atas sebab rasanya saya akan mendapat impak secara maksima. Apa pun mungkin ini akan menjadi eksperimen saya seterusnya.

p/s/s: sila download kedua-dua ebook tersebut dengan klik di banner di atas.


Maxblogpress Stripe Ads dan Spam Karma

Written by taukey on Jul 17th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Warning: session_start() [function.session-start]: Cannot send session cache
limiter - headers already sent (output started at
/home/taukey/public_html/blog/

wp-content/plugins/SK2/sk2_second_chance.php:2)
in
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/maxblogpress-stripe-ad/include/mbp-stripe-ad.cls.php
on line 58Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output
started at
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/SK2/sk2_second_chance.php:2)
in
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/maxblogpress-stripe-ad/include/mbp-stripe-ad.cls.php
on line 70

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output
started at
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/SK2/sk2_second_chance.php:2)
in
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/maxblogpress-stripe-ad/include/mbp-stripe-ad.cls.php
on line 80

Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output
started at
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/SK2/sk2_second_chance.php:2)
in
/home/taukey/public_html/blog/wp-content/plugins/maxblogpress-stripe-ad/include/mbp-stripe-ad.cls.php
on line 81

Ada sesiapa yang pernah mengalami masalah ini? Terima kasih kepada Abd Fatah yang juga merupakan peserta SEO Busby Challenge , beliau telah memberitahu saya mengenai perkara ini. Saya masih tak fasih dalam bahasa isyarat html atau php atau apa sahaja yang anda panggil di atas tersebut tapi rasanya apa yang saya dapat simpulkan adalah complication di bahagian maxblogpress stripe add plugin dan spam karma plugins.

Sebenarnya masalah ini memang dah lama berlaku tetapi saya tak berani nak baiki takut kerosakan semakin menjalar. Walaupun telah membuat backup tapi proses ini mungkin menganggu pengunjung blog-blog ini pada masa berikut. Jadi saya mengambil keputusan untuk membuat reasearch di dalam internet, dalam forum, dan pelbagai sumber lagi. Tiada jawapan yang tetap dan boleh saya katakan saya tak menjumpai sebarang masalah seperti yang saya alami.

Jadi saya pun terfikir mungkin proses download dahulu tak lengkap dan menyebabkan ada di antara file tersebut telah corrupt. Jadi saya download semula dan buat ikut seperti jawapan yang saya jumpa semasa google dan dari apa yang saya lihat hasilnya saya menemui kejayaan.

Walaubagaimanapun, saya masih belum mendapat kepastian sepenuhnya dan diharap kalau ada sesiapa yang mengalami masalah semasa memberikan komen di blog ini diharap dapat copy paste masalah tersebut di ruangan hubungi.

p/s: Dalam pada itu, saya memohon anda membaca link (klik disini) ini juga untuk mendapat kan bantuan dari anda. Terima kasih.