SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Entrecard Menambah Trafik Sambil Membeli Belah

Written by taukey on Aug 29th, 2008 | Files under Review Blog / Web / DLL

Setelah beberapa minggu menggunakan Entrecard saya menjumpai sesuatu yang tidak pernah saya explore sebelum ini. Shop. Ya, pelbagai jenis barang disediakan untuk dijual di situ. Antaranya adalah hosting dan domain, ebooks, dan lain-lain lagi. Hmm berbelanja membeli ebook tanpa mengeluarkan sesen pun. Pembelian hanyalah dengan entrecard point yang anda perolehi hasil dari drop dan pengiklanan.

Dulu Entrecard pernah menjajah blog taukey dot com sehinggalah ianya telah dipupuskan kerana berlainan bahasa. Sudah tentu kena banned. Sebab takkan mereka ingin memberikan itik dan ayam bercakap sesama sendiri. (pepatah entah apa apa)  Lagipun satu kesalahan juga sebab tak membaca peraturan terlebih dahulu sebelum join. :D

Apa yang berlaku sekarang adalah saya telah memohon akaun entrecard baru untuk blog berbahasa Inggeris. Sememangnya tiada masalah untuk memohon menggunakan email akaun lama. Setakat hari ini point saya belum banyak lagi. Tapi cukup juga untuk menambah trafik ke blog di samping meningkatkan alexa ranking saya selain dari menggunakan SEO. Betul ke?

Jadi berbalik kepada topik asal saya telah order satu ebook mengenai html dan maklumlah saya ini bebal bahagian html. Saya telah menunggu lebih kurang dalam lima hari untuk ebook tersebut di hantar ke email saya. Ini semua disebabkan blogger tersebut pergi bercuti. Tak kisahlah yang penting saya ada menerimanya.

Pengalaman pertama saya membeli adalah untuk ebook mengenai buat duit blog. Dan kesilapan saya adalah tidak memeriksa empunya blog dan kewujudan blog tersebut. setelah membuat bayaran, saya menunggu 3 hari tapi tiada reply dari empunya ebook tersebut. Akhirnya saya memerika link blog berkenaan dan mendapatinya ia tidak wujud lagi. Saya pun menghantar maklumbalas kepada pihak entrecard mengenai perkara ini dan setelah 2 hari mereka memberikan balik point kepada saya dan kesilapan mereka tidak memeriksa mengenai kedai berkenaan.

Sekarang nak baca ebook berkenaan dahulu. He He He. Ada beberapa ebook lagi rasanya yang akan saya beli di situ. Walaupun mungkin nampak tidak menarik tetapi tak rugi membeli dan membaca.


Tag, Duit dan Merdeka

Written by taukey on Aug 28th, 2008 | Files under Dunia IM, Macam macam, Perihal Taukey

Beberapa hari ini asyik sama sahaja post. Maaflah sebab wabak tag ini terkena saya dan memang sudah menjadi sikap saya walaupun tag sama tetapi dari orang yang berlainan, so saya bertanggungjawab untuk menjawab setiap satunya. :P . Jadi anda asyik membaca entri yang lebih kurang sama. :D Apa pun saya gembira menjawab kesemua tag tersebut dan yang paling bestnya tak perlu fikir sangat sebab copy and paste sahaja. He He He.

Masihkah anda ingin entri memohon nasihat saya? Saya ingin umumkan bahawa saya telah menerima kembali wang saya tersebut. Nasib baik juga dia jujur dalam menjalankan perniagaan ini. Walaupun lambat tetapi saya menerimanya juga. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang telah menasihati saya.

Nampak gayanya beliau mengembalikan wang saya seperti yang disebut olehnya dan iaitu pada hujung bulan. Syukurlah dan sekarang berasa sedikit selesa. Diharap perkara sebegini tidak akan terjadi lagi.

Sekarang saya berasa teramat letih kerana latihan Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak sedang dijalankan dan pihak kami telah beberapa hari menjalani raptai. Yang bestnya, walaupun letih saya merasa enjoy dan gembira menjalankan aktiviti tersebut. Diharap pada hari tersebut nanti stamina saya cukup kuat untuk berdiri dan bertahan selama upacara dijalankan.

Apa pula aktiviti anda pada masa tersebut nanti? :D Diharap anda juga gembira pada hujung minggu tersebut. Merdeka….


Juru Taip Di Rumah

Written by taukey on Aug 27th, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Jurutaip? Dibayar sebulan secara kasar sebanyak RM3,800.00. Kalau betul, memang ramai dah berhenti bekerja dan jadi jurutaip. Sudah sebulan lebih menerima email promosi sebegini akhirnya saya cuba reply kerana ingin melihat maklum balas dari empunya email tersebut dengan mengatakan saya berminat.

Modus operandi program jurutaip ini sebenarnya dah lapuk tetapi kalau kita lihat statistik pengguna internet di Malaysia ini semakin bertambah dan ada yang jenis cepat terpengaruh dan ada yang jenis cepat tertipu, ada yang jenis rajin mencari ilmu, ada yang buat siasatan dahulu. Banyak ragam manusia sebenarnya. Jadi tak mustahil ada yang akan terkena tipu oleh modus sebegini.

Saya ada bertanya juga mengenai nombor pendaftaran syarikat beliau dan nama syarikat tetapi tidak dibalas. Dan akhirnya saya menerima lagi email promosi. Jadi saya beranggapan perkara ini adalah scam selagi tiada orang yang menyangkalnya dengan bukti yang sahih.

Apa yang menjadi persoalan utama saya adalah kita perlu membayar sebanyak RM30 pendaftaran. Sepatutnya kalau sesuatu tugasan itu tidak dilaksanakan oleh pekerja freelance anda bayaran tidak perlu dibuat. Sepatutnya semudah sebegitu sahaja. Jadi saya mengandaikan sekiranya anda membayar untuk mengikuti program jurutaip di rumah tersebut dan bayaran RM tersebutlah yang menjadi pendapatan kepada empunya. Anda buat perkara yang sama dan akhirnya anda pun mendapat duit berikut sekiranya anda mampu menjalankan kegiatan penipuan ini.

Read more..


Kena Tag Rohaizad

Written by taukey on Aug 27th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Nama Rohaizad ni sinonim dengan nama seorang Pengarah tempat saya bekerja. Bila dibuka blog nasib baiklah orang lain. Sekarang dia dah berpindah ke Ibupejabat dan digantikan oleh Pengarah lain. jadi berbalik kepada tajuk, saya pun ditag oleh Rohaizad. Disebabkan saya rajin memberikan komen di blog beliau saya pun di anugerahkan oleh beliau satu tag.

1) What is the most important thing in your life?

  • Mi Familia
2) What is the last thing that you bought with your own money?
  • Car
3) Where do you wish to get married?
  • Long House
4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
  • Only God can answer that for me. I can only work towards it
5) Are you in love?
  • Yes
6) Where was the last restaurant you had dinner?
  • Cafe near my House
7) Name the latest book that you bought?
  • Books? I didn’t buy for a long time. But i do read from time to time at our office information center
8) What is your full name?
9) Do you prefer your mother or father?
  • Both
10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
  • Bapa Kemerdekaan Malaysia
11) Christina or Britney?
  • Britney Spears
12) Do you do your own laundry?
  • Washing Machine
13) The most exciting place you want to go?
  • I think now i want to go to the moon and see how beautiful the world is.

Read more..