SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

6 Perlaburan Yang Membuatkan Saya kaya

Written by taukey on Aug 14th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Saya telah membuat pelbagai jenis perlaburan yang telah memberikan aku berjuta-juta. Pelaburan duit, pelaburan sijil, pelaburan untuk cepat kaya dan pelbagai lagi. Saya rasa anda pun ada juga membuat pelaburan biar dalam sedar atau tidak sahaja. Setakat ini, segala pelaburan duit yang telah saya buat tiada kerugiannya malah memberikan saya jutaan harta benda baik dari pelbagai jenis sudut.

Saya telah diberikan anugerah oleh kakeru untuk menyenaraikan 6 pelaburan saya kaya. Ramai kawan-kawan telah menyenaraikan pelaburan mereka dan sekarang saya akan menyenaraikan pelaburan saya sendiri.

1. Ibubapa

Ibu bapa telah melaburkan segala kasih sayang mereka kepada saya. Menjaga saya, membeli barang keperluan saya dan sekarang masih saya untuk membalas mereka. Jasa mereka akan dikenang dan menjadi kewajipan saya untuk menjaga mereka. Mengapakah ini satu perlaburan? Sebab ingin melihat mereka gembira, ingin mereka bangga, ingin melihat senyuman yang diukir di wajah mereka. Segala tangisan kegembiraan merupakan satu faedah hasil perlaburan saya yang tiada nilainya. Bukan bermaksud ingin mendapat balasan. Sekurangnya saya tahu apabila mereka meninggalkan bumi ini untuk ke syurga mereka boleh pergi dengan hati yang gembira dan tenang. Itu perlaburan yang diusahakan dari dahulu sehingga sekarang.

2. Diri Sendiri

Perlaburan ini sememangnya perlu. Kesihatan hendaklah dijaga supaya saya boleh meneruskan perjuangan di dunia yang penih pancaroba. Tanpa kesihatan pelbagai kegiatan tidak mampu dilakukan. Walaupun dapat tetapi cabarannya adalah lebih sengit. Pencegahan adalah lebih baik dari penyembuhan. Itulah pepatah kata yang diajar semasa belajar di sekolah rendah lagi. Walaupun kadang-kadang benda sebegini tidak dapat diduga dan kita mungkin jatuh sakit tapi laburlah pada kesihatan sekarang sementara masih sihat. Ilmu diserapkan kedalam otak dengan membeli pelbagai bahan rujukan dan kadang-kadang mencari pelbagai jenis ilmu yang terdapat di bumi ini samada belajar dari pengalaman, sekolah, universiti. Itu semuanya ilmu. Sudah dilaburkan sebaik-baiknya.

3. Komputer

Sekarang mempunyai dua buah komputer. Yang pertama merupakan komputer yang telah dibeli semenjak tahun 2000 lagi. Tetapi senantiasa diupgrade. Dengan komputer tersebutlah bermulanya pembelajaran mengenai blog. Sememangnya terlampau perlahan komputer tersebut untuk membuka sesebuah laman web dan perlaburan untuk menaiktaraf komputer tersebut juga telah dilakukan. Sekarang komputer tersebut mempunyai RAM 2GB, Black Out Bateri, Monitor 17″, 3D Card, dan secara kasarnya mengambil dalam RM1000 ke RM2000. Komputer yang kedua adalah laptop Acer Aspire 4715z yang telah dibeli semasa PC Fair yang telah berlansung pada awal tahun. Ini penting supaya tak berebut dengan orang lain dalam menggunakan komputer dan saya boleh bebas membuat duit di dalam internet.

4. Handphone dan Internet

Handphone dan internet adalah lebih sinonim ke arah meduim untuk komunikasi. Tanpa medium ini segala benda menjadi susah dan boleh dikatakan mustahil. Handphone yang digunakan cumalah bernilai RM100 sahaja dengan jenama Nokia 2100. Kegunaan hanyalah untuk SMS dan telefon sahaja. Biarpun nampak macam lapuk tetapi telefon ini yang telah membantu aku menjana duit secara offline. Internet juga baru dipasang pada awal tahun apabila Dauz mengajar saya mengenai menjana duit secara online. Sebab itulah dipasang dan segala setting di rumah dilakukan sendiri. Itu pun kakitangan TM Net pada mulanya enggan memberikan password kepada akaun TM Net saya sebab ingin memperolehi komisen memasang nya di rumah ini.

5. Kawan-Kawan

Perlaburan disini adalah dari diri sendiri sebenarnya. Beranikan diri untuk beramah mesra, bersosial baik di forum atau ruangan komen dan pelbagai lagi. Hasil dari ini saya memperoleh ramai kawan. Walaupun ada masanya saya membuat kesilapan dengan membuat orang sakit hati, emosional dan pelbagai lagi saya harap anda maafkan saya. Saya akan belajar dari kesilapan lalu dan berusaha untuk memperbaiki diri supaya tidak menjejaskan persahabatan kita. Tanpa anda, saya takkan kemana. Terima kasih.

6. Taukey.Com

Merupakan satu platform untuk menyampaikan segala benda dan membuat eksperimen untuk menjana duit. Tanpa platform ini sememangnya saya tidak akan mengenali dunia internet, tidak mampu mengorek pelbagai harta karun yang ada dalam internet serta menambah ilmu diri sendiri. Perlaburan atas pembelian hosting dan domain sendiri merupakan antara satu perlaburan bijak.


25 responses. Wanna say something?

  1. titan
    Aug 14, 2008 at Aug 14, 2008
    #1

    hehe..bagus. bagus. :D

  2. samdaddycool
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #2

    cukup skema ayat ko … :D

    anyway good job!

  3. taukey
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #3

    titan –> bagus ke? hehehe.

    sam –> memang terlalu skema. aku baca balik pun skema. susah hati aku semalam nak susun ayat. hahahaha. Akhirnya tanpa segan silu aku publishkan jugak

  4. ijamidayu
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #4

    memang pelaburan yang memberi pulangan pada masa sekarang dan long term..

    Bagus… :)

    Skema? Skema juga la.. Tapi bagi kengkawan rapat memang rasa skema.. :)

  5. dauz
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #5

    aik aku ajar ko jana wang Internet ke bro??hehe…
    dulu ko cakap aku scam :D hehe..apa2 aje la..
    sekarang nie ko jadi taukey dah..
    So apa macam bisns ko bro??

  6. taukey
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #6

    ijamidayu –. ha ha :D memang skema. aku cop artikel di atas terlampau skema. ekekekeke

    dauz –> otai masuk blog aku. Otai blog muhdfirdaus.com. Scam? bila? hehehe :P Bisnes? Blm ada kemajuan. hehe. masih tgh berusaha

  7. samdaddycool
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #7

    … ayat je skema… kadang2 kena juga…

  8. yazidyahaya
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #8

    memaag best..oh dan good luck dengan investment ko ni..bagus dok ade

  9. am
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #9

    alamak am tak buat lagi entr ni….

  10. taukey
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #10

    sam –> ayat skema kena belajar lagi supaya next time tak nampak skema daaa

    yazidyahaya –> hehehe. thanks. :D

    am –> jeng jeng jeng . buat jgn tak buat. hehehe :D

  11. megat
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #11

    setuju. jaminan kejayaan dalam apa jua bidang yang kita ceburi.

    tahniah, info bagus!

  12. cyza
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #12

    He he…. 3 pelaburan berupa manusia, 2 pelaburan adalah material dan 1 lagi adalah virtual. cool :)

  13. taukey
    Aug 15, 2008 at Aug 15, 2008
    #13

    megat –> hehehe. Thanks megat. Itu yg buat aku semakin semangat walaupun ada masanya ingin putus asa

    cyza –> pelaburan manusia blh jer. ekekeke. jangan buat pelaburan kat benda benda halus dah. :D

  14. kakeru
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #14

    Thanx Taukey! Dah jawab pun, 6 pelaburan yg bagus. Harapan saya moga Taukey mendapat pulangan yg baik juga selepas ini :)

  15. taukey
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #15

    no problem kakeru. kekekeke. aku dalam dua ke tiga hari ni tak leh nak akses ke blog kakeru. ada masalah erkkk

  16. kakeru
    Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
    #16

    Alamak…ye ke Taukey? Apesal eh…? Skang ni pun tgh pening, theme tu dah berterabur…kenapa eh? Kena hack kena kena virus dari spammers yg hampeh tu..huhu..

    Tolong saya…tolong..

  17. taukey
    Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
    #17

    apa kata kakeru tukar theme lain. tak pun download semula. Buang theme yang ada sekarang dan upload semula. Mgkn theme tu ada broken link

  18. kakeru
    Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
    #18

    Tadi baru jer tukar dgn theme yg lain…tapi hasilnya tetap sama… Side bar tu tetap ke bhgn bawah…camner eh?

  19. taukey
    Aug 18, 2008 at Aug 18, 2008
    #19

    hmmm…saya pun tak tahu sangat jugak. selalu okay jer. mesti ada orang kacau theme tu

  20. mamamia
    Aug 22, 2008 at Aug 22, 2008
    #20

    salam mesra….wah.. good.. boleh la ajar saya nanti.. saya budak baru belajar.. baru hendak berjinak2 dgn internet n bisness online ni…

  21. taukey
    Aug 22, 2008 at Aug 22, 2008
    #21

    hai mamamia…..no problem…kalau saya blh tolong saya akan cuba tolong.

  22. Raja Kamil
    Aug 23, 2008 at Aug 23, 2008
    #22

    Pelik tul aku, tadi aku tgk kat feedjit, ada orang datang blog aku dari link ni:)
    Tapi, tgk2 balik, Tak jumpa lak url blog aku ;)
    Neway, nice post

  23. taukey
    Aug 23, 2008 at Aug 23, 2008
    #23

    aku pun tatau raja kamil. berblog ni mmg membawa banyak keajaiban. hehehehe. mgkn mereka klik link yang kat sebelah tu kot. hehee

  24. yazidyahaya
    Aug 23, 2008 at Aug 23, 2008
    #24

    best betul inverst ko ni..aku harap ape yang ko wat ni ko akan dapat untung nanti

  25. taukey
    Aug 23, 2008 at Aug 23, 2008
    #25

    no problem, di mana usaha di situ ada jalan. entah betul entah tak aku tatau peribahasa aku guna tu betul ke tak. hantam jer la

Post a Comment