Rumah sewa oh rumah sewa. Akhirnya aku telah terjumpa satu rumah sewa. Rumah sewa tersebut tidak besar tapi cukuplah sekadar untuk aku tidur, makan, minum dan sebagainya. Lagipun hanya aku seorang sahaja di rumah tersebut. Buat apa la aku menyewa rumah yang besar besar. Lainlah kalau aku kaya macam Tomok ke, atau macam Mawi ke. ha ha ha ha. Tapi kalau aku kaya, masih kerjakah aku? Ataupun orang yang kerja dengan aku? hahaha.
Rumah tersebut dikategorikan sebagai “low cost” tapi mempunyai dua tingkat. Tingkat atas ada dua buah bilik tidur yang besar. Aku pun tak tahu siapa yang tidur di bilik tersebut nanti. Di bawah kesemuanya ada. Bilik mandi, tandas, bilik tidur, ruang tamu sekaligus dengan bilik dapur. Bayaran sewa sebulan hanyalah RM250.00 sebulan. Aku pasti sukar untuk mencari rumah sewa semurah itu terutama di bandar-bandar utama. Tapi kalau tempat aku ini, mungkin masih boleh dijumpai.
Sekarang, rumah sewa telah ada. Tapak kukuh telah ada untuk aku bermula kembali seperti jadual aku sediakala. Aku masih belum biasa dengan kehidupan aku sekarang ini. Banyak yang telah berubah. Rakan-rakan baru, tempat tinggal baru, jadual kehidupan baru, tanggungjawab baru dan pelbagai lagi cabaran akan menyusul. Tapi inilah kehidupan. Senantiasa ada cabaran.
Popularity: 1% [?]






…tahniah dpt rumah..
p/s – bila nak letak orang rumah???
Area mana tuh? Umah aku pun ada bilik kosong ni. Area PJ dekat NPE.
hahahaha. nanti aku cari org rumah sam.
Dr House –> kat sarawak. hehehehe. PJ tu jauh sgt.
Patutla RM250 je. Peh, kalau aku dengan gaji skang duk situ memang mewah weh.
hehe..leh la tumpang sekali kot..
murahnya.. di kk apartment 2 bilik kosong tak da perabot RM500..