Halo semua,
Beberapa hari ini, saya sibuk mencari ilmu serta mengaplikasikan ilmu perniagaan internet yang saya pelajari. Perjalanan yang masih jauh untuk berjaya dalam menjana duit secara online masih belum menghantui diri saya dan melemahkan semangat saya. Jauh tak la sejauh 12.8 kilometer kalau dibandingkan dengan 64 kilometer. Akibat tindakan yang bodoh pada masa lampau semestinya akibatnya adalah parah dan mungkin akan akan menderitakan saya. Mungkin kata pepatah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Apakah maksud pepatah tersebut? Boleh periksa kamus peribahasa ya.
Sejak seminggu yang lalu banyak sudah ilmu yang telah dipratikkan. Mungkin belum tiba masanya saya menerima ganjaran. Usaha masih perlu diteruskan juga. he he he.
Etika amatlah penting dalam perniagaan. Bukan sahaja dalam penjualan barang-barang tetapi juga hubungan anda sesama manusia. Sebab kuasa ‘word of mouth” adalah satu kuasa pengiklan percuma. Kalau buruk , mungkin disebabkan oleh aktiviti atau urusniaga pada masa lampau. Lepas itu, anda mungkin takkan dapat membuat duit dari internet. Jadi hati-hatilah ya.
Saya melihat hubungan antara manusia selalunya tegang hasil daripada perbualan, perbincangan, aktiviti kerja dan sebagainya. Kenapakah kita tidak mempunyai nilai ‘give and take’? Adakah kita sememangnya tamak? Ataupun kita mempunyai agenda sendiri? Jawapan hanya diketahui oleh anda sendiri.
Ada yang mencaci, mengutuk, menjatuh, menghina dan pelbagai yang biadap dilakukan semata-mata hanya untuk memuaskan hati sendiri. Tiadakah nilai-nilai moral yang diajar dari darjah satu hingga tingkatan 5 diserap? Entahlah. Saya sendiri pun tidak mengetahui.
Entah apa yang saya merepek di atas. Jika anda faham baguslah. Jika tidak…!!!??? Buat-buat faham.


May 25, 2008 at May 25, 2008
Banyak projek ye taukey..
May 25, 2008 at May 25, 2008
banyak ker? xda lah. Cuma buat sekadar yang mampu sahaja