Taukey Dot Com

...Fenomena Ajaib Dunia

Beranikah Membuat Teguran?

Ditulis Oleh taukey Pada October 17th, 2009 Dan Dibaca Oleh Orang

Adakah rakan semua pernah terdorong untuk membuat satu artikel yang membuat teguran tak kira samada teguran yang membuat orang sakit hati atau pun sebagainya? Apa yang aku maksudkan disini adalah menegur apa yang berkaitan dengan dunia internet.

Aku akui aku sedikit pengecut dari segi itu. Mungkin aku terlalu ingin menjaga hati pihak-pihak yang berkepentingan. Ingin aku maklumkan bahawa ada beberapa draf artikel dalam ruangan admin blog ini. Aku dah siap tulis artikel-artikel berunsurkan perkara berikut, tapi aku tak berapa berani tekan publish. Malah ada yang pernah aku set pada schedule publish tapi aku tarik balik.

Terlalu menjaga hati? Ya, mungkin itu antara penyebab aku membuat seperti berikut. Tapi apakan daya. Itu memang sikap aku. Aku tak suka nak cakap sesuatu yang seperti itu. Tak kira dalam internet ataupun secara berdepan muka. Kalau ada pun aku akan cakap dalam bahasa kiasan. Orang itu faham atau tidak terpulang kepada dia.

Terdapat juga aku menulis artikel-artikel yang boleh membuat orang marah, artikel mengenai penipuan dan sebagainya. Kalau diselidik dalam blog ini, aku boleh kira dengan jari artikel sedemikian rupa. Aku sebenarnya lebih suka menulis artikel yang berunsurkan kepada teknik-teknik serta memberitahu peluang yang ada dalam internet. Sebab aku nak semua merasa apa yang aku rasai.Aku nak semua mampu jana wang dengan usaha sendiri. Malah aku ingin buktikan bahawa orang yang baru seperti aku yang tiada pengalaman dalam bidang IT pun boleh mencari pendapatan sampingan melalui internet. Jadi kalau aku boleh, aku pasti semua rakan-rakan pun boleh buat.

Mungkin lepas ini aku akan menulis artikel yang lebih bersifat extrovert. Apa yang aku rasa perlu aku tulis aku akan tulis dan terus publish. Aku pasti ada di antara yang akan terasa tapi itu hakikat hidup. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Bos aku pernah kata bos dipuji, bos dikeji. (ada buku bertajuk itu dijual dipasar). Kita dipuji bila kita dilihat baik, dan dikeji bila kita marah ataupun menegur sesuatu yang salah. Itu hakikat hidup. Kadang kala kita jatuh, kadang kala kita naik.

Disini bukan kejatuhan yang menjadi penentu TETAPI bagaimana BANGKIT dari KEJATUHAN tersebut.

Popularity: 1% [?]

Anda Pasti Suka Artikel Ini Juga

8 Org telah Berinteraksi ↓ Org Lagi Tengok Jak Kah?? Jom La Join Sama....

  1. KomenEbook says:

    saya suka sangat kalo ada individu yang tegur secara terbuka atau tertutup. At least kita boleh tahu, apa yang perlu diperbaiki.

    setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan. kalo tak suka dengar teguran..dudukla dalam gua sorang2.. :-D

  2. tegur menegur untuk kebaikan bro…
    x salah menegur….tp kena care..
    jgn sampi nnti kena pukul…huhu

  3. samdaddycool says:

    Katakanlah kebenaran, walaupun pahit untuk ditelan. Bukan senang nak tegur orang tanpa menyinggung perasaan. Paling berjaya jika kita dapat tegur dengan berhemah, dan yang ditegur dapat terima dengan hati yang terbuka.

  4. taukey says:

    mgkn aku tak cukup keberanian. mgkn sekarang aku perlu tulis ikut gerak hati aku dan akan cuba untuk membuat teguran dengan lebih manfaat dan berhemah supaya dapat diterima oleh sesiapa sahaja

  5. titan says:

    dulu pun aku fikir begitu. Tapi aku dah set dalam minda. Biarlah orang benci kita, tapi jangan tidakkan kebenaran. Jika kita buat salah, mengaku sahaja. Jika orang lain buat salah, kita tegur. Lagi satu, kalau nak hantam, hantam ajela. Janji cukup bukti..

    kita kena ingat, hidup ni saling ingat-mengingati. Umat Islam sekarang ni dah lemah. Sikit-sikit tak boleh tegur. Bila kita nak jadi kuat kalau kita masih kekal begini? Sedangkan yahudi selamba badak aje gelak guling-guling tengok kejatuhan Islam..

  6. taukey says:

    aku setuju pabila kau kata mengenai tegur mengenai kesilapan dan bukti yang cukup. Aku rasa teguran tak semestinya mengenai marah, dengki dan sebgainya, malah lebih kepada unsur nasihat. hahaha. dan aku baca dari beberapa entri kau mengenai perkara itu. aku setuju sangat sangat

  7. Penang says:

    Tegur menegur amalan mulia. Manusia mana ada yang sempurna. Teguran dapat membantu insan lain mengambil pengajaran darinya.

  8. taukey says:

    betul betul betul

Sila Tinggalkan Komen Anda





CommentLuv Enabled