Hello semua,
Nampaknya lama dah saya tidak mengunjungi blog saya sendiri sebab sibuk dengan sambutan perayaan Gawai dan di samping itu membantu menguruskan perkahwinan kawan saya di kampung. Line telefon pun tiada dan apa lagi internet kan. Sebab jauh dari kawasan bandar.
BERITA BAIK
Saya baru sahaja selamat sampai di rumah hari ini pada jam 6.00 pm setelah menunggang “kuda awam” yang dah nak runtuh. Sebaik online terus reply kat email , komen dan segala benda yang perlu diuruskan. He He He. Tidak sebanyak mana pun sebenarnya. hehehe. Terima aksih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada saya dan ini termasuklah kepada yang SMS. hehehe
BERITA BURUK
Minyak Petrol naik lagi sebanyak RM0.78. Bagaimana nak atasi perkara ini? Dengan cara revolusi? mogok? tunggu tahun 2010? atau nak biar dan ubah cara hidup? (cara hidup nak ubah macam mana ya? Public Transport sekarang “terlampau bagus sangat” ) Pilihan di tangan anda.
p/s : Harga barangan keperluan pun akan naik lagi rasanya.


Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
Komen berita baik: Selamat Hari Gawai
Komen Berita buruk: Sebenarnya kita ni macam mentimun.Yang naikkan harga macam durian. Walau macam mana kita lawan pun tetap tidak akan berjaya. Tapi jangan putus asa sebab tanpa kita siapalah ‘mereka’.
Kita boleh tukar ‘mereka’ kepada ‘mereka’ satu lagi.Itu hak kita
Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
Patut la lama menyepi.. Ingat mana pegi.. hehe.
Welcome back.. hehehe..
Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
welcome back dan selamat hari gawai taukey. walaupun lambat sgt aku wish.hehe. mase 1 jun tu. aku pun tak dapat online, aku ke kota tinggi(baca :dekat Johor Bharu) sebab ada majlis perkahwinan sepupu.
p/s: taukey, aku dah buat pertandingan buat pertama kalinya kat creamstudents.com . kalau nak join, datang2 la jenguk yer. adios~
Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
starline—> kita gunakan hak kita sebaiknya dan itu sahaja penyelesaiannya
nasrun—> terima kasih nasrun. aku g bertapa jer hari tu….hehehe
nuarx—> orait nuarx. aku akan menangi contest ko nanti…hehe
Jun 10, 2008 at Jun 10, 2008
selamat hari gawai taukey..
pasal minyak ni memeningkan kepala..sebagai seorang student kolej swasta yang semmgnya memerlukan duit yang banyak, kenaikan harga minyak ini sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan seharian-makan mggi je ni..
Jun 10, 2008 at Jun 10, 2008
terima kasih hafifi, hehehe…nampaknya kita terpaksa ubah cara hidup kita secara drastik….
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
kadang2, kita perlu berterima kasih dengan setiap benda baru yang datang ke dunia kita.
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
bak kata org setiap yang datang ada hikmahnya…so kita cuma mampu usahakan dan kalau ada hikmah bagus la. kalau tiada pun tidak menjadi masalah sebab kadang-kaang kita kena keluar dari zon selesa