Bisnes Prepaid
Powered by MaxBlogPress  

SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Blog Bahasa Malaysia Vs Blog Bahasa English

Written by taukey on Jul 23rd, 2008 | Files under Tips Blog / Perniagaan

20050924-13

Image by Indrani Soemardjan via Flickr

Nak bina blog dengan bahasa tempatan atau bahasa english, begitulah dilemma kawan-kawan yang baru ingin berjinak dalam aktivit blog. Pelbagai persoalan lain lagi tapi ini merupakan antara salah yang saya rasa kritikal sekali. Mereka yang ingin berkecimpung sebenarnya konfius dan boleh di katakan mereka tidak tahu dalam mencari jawapan.

Saya dahulu pernah melakukan kesilapan ini dan apabila bertanya dengan orang, jawapan saya tidak dibalas. Tapi saya tidak kisah sebab saya cari jawapan bukan dalam internet tetapi saya biarkan blog ini diisi mengikut hati dan fikiran saya. Dalam perjalanan mencari jawapan sambil berblog banyak benda saya jumpa, banyak ilmu saya pelajari termasuk mengenai SEO, pendirian saya, kehidupan saya, perihal manusia, politik, cara membuat duit secara online dan pelbagai lagi. Ini hanyalah segelintir sahaja yang saya sebutkan tetapi walauapapun ilmu tersebut tetap akan diproses oleh otak saya.

Mengenai jawapan kepada blog BM atau Bi ia sebenarnya terpulang kepada siapa anda ingin sampaikan mesej yang anda tulis di dalam blog anda. Adakah kepada rakyat Malaysia, Indonesia dan Singapura sahaja? Ataupun anda ingin keseluruhan dunia membaca blog anda?

Dalam masa yang sama rasanya ada baiknya kita fikirkan apa yang kita ingin buat dengan blog kita. Ini memang dapat membantu banyak dalam pembinaan blog anda menjadi “authority figure” dalam penkhususan tersebut atau boleh dipanggil sebagai niche. Kadang-kadang kita boleh melihat dalam blog tersebut bercampur aduk dari segi entrinya termasuklah personal, travelling dan pelbagai lagi. Satu nasihat yang saya terima dari seorang rakan secara tak lansung mengatakan “selamatkan entri anda kategori”.

Diharap anda memahami apa yang saya ingin katakan. Akhir sekali, setelah melihat beberapa perkara yang berlaku ke atas blog saya, blog yang bukan blog english mendapat kesukaran sedikit dalam menjana pendapat secara online melainkan target group adalah kepada orang tempatan.

Sebab itulah saya mencuba untuk menyertai adstoreal, adbizzy, advertlets dan nuffnang. Ini eksperimen seterusnya untuk saya. Masa serta tempoh eksperimen tidak dapat saya tetapkan secara spesifik dan kesimpulan akan saya bincangkan lagi di masa hadapan setelah ada jawapannya.


25 responses. Wanna say something?

  1. abdfatah
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #1

    bagi nasi campur laa. bleh selang selikan, semua bahasa adaaaaa dalam satu blog. hahahaha….

  2. ijamidayu
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #2

    tak macam rojak ker abd fatah? :) Terpulang la.. Pada saya selagi ilmu itu dikongsi kita akan mendapat habuan kelak.

  3. aman
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #3

    aku lagi selesa menulis blog berbahasa melayu.. :D

  4. dauz
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #4

    Bahasa Melayu bahasaku..Malaysia tanah airku..hehe

  5. titan
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #5

    Melayu untuk blog personal.

    Kalau nak wat duit, english.

  6. taukey
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #6

    fatah—> tak macam rojak ke nanti bercampur aduk sangat?

    ijamidayu–> itula pandangan saya. cam tak best sangat bercampur bahasa. hehehe

    aman–> orait. no problem. kalau dah selesa tu takper la. Nanti boleh kembangkan sedikit ke bahasa inggeris

    dauz—> mmg bahasa kebangsaan tu. ekekeke

    titan—> oh. utk blog personal yer. hehehe. tapi target group org malaysia boleh gak utk buat duit. hehehe

  7. Ecko
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #7

    Tidak menjadi soalan mana bahasa yang hendak dipilih. Bila target market hanya penduduk tempatan, saya rasa gunakan bahasa tempatan sahaja. Bila target market lebih luas, tentu sahaja lebih baik gunakan english. Di Indonesia hal ini juga menjadi dilemma, terlebih tak banyak program menjana wang di internet yang dapat diikuti dengan blog berbahasa tempatan.

    Do you understand what I mean? I’m sorry, my Malay is not good even I live in Jambi, Sumatra. :D

  8. samdaddycool
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #8

    … pro dan kontra… kalau kita buat english, audience mmg target sebenarnya lebih kepada satu dunia
    utuk BM, memang spesifik kepada Malaysian, Indonesian, Brunei dan sebahagian Singaporean..

    tapi kalu kita buat English , kadang2 komen dalam Bm juga … :P, so kalau kita jawab English, ‘mungkin’ ada yang cakap poyo?

  9. nasrun
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #9

    Blog english penting untuk seantero dunia..

    Tapi best buat blog BM banyak Idea.. English blog mental block aku.. haha.. tapi ku gagahkan jua..

  10. taukey
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #10

    ecko—> ok sahaja Malay anda. hehehe. selamat singgah ke taukey.com

    Sam—> Poyo? ekekekeke. aku kalau blog english, mmg jawab english. kalau blog rojak, aku ikut main language dia. kalau blog BM aku jawab BM

    nasrun—> hahaha. boleh belajar jer. Kuasai minda anda. hehehe

  11. samdaddycool
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #11

    nasrun, taukey.. tu la pasal.. aku blog yang aku maintain english kadang2 terasa nak buat dlm bm.. kadang2 benda yang aku promo dlm BM.. so aku terbuat juga BM.. last2 tak dpt maintai semua english..

    p/s- poyo…kadang2 mental masyarakat kita susah nak ubah… :) aku dulu english 100x lagiteruk dari sekarang…

  12. farahaznil
    Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
    #12

    tak kisah sebenarnya..bm atau bi..terpulang..jnji presentation dlm blog tu yg best isi kandungannya..tp klu nak trafic atau pndtng dr luar negara msk ke dlm blog kita..ada baiknya juga kita selitkang sbulan satu post dlm bahasa inggeris…bak kata pepatah..di mana ada kemahuan di situ ada jln..klu nak org rmi atau org luar msk blog kita..apa lg tulis la dlm bahasa bi..ini bkn bermakna kita lupakan bahasa ibunda kita..betul x??hehehehe..ini pndpt aku la…aku pun bkn pndi sngt bab blog2 ni..kang aku ckp lebih2..ckp aku lak poyo..hahaha..

  13. samdaddycool
    Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
    #13

    mana diorang dapat perkataan poyo ni? dlm kamus dewan ada tak?

  14. taukey
    Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
    #14

    sam—> takper english teruk. yang penting sanggup belajar jer.

    farah—> ko memang poyo. wakakakaka

    sam—> aku pun tak tahu ada ke tak perkataan poyo. maksud dia pun aku tak tahu sangat

  15. Pangeran
    Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
    #15

    Lebih senang pakai English…
    Dan lebih indah pakai BM…

    Bergatung kepada siapa pembaca kita…
    Begitulah cara menentukan bahasa dalam blog…

  16. taukey
    Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
    #16

    hehehehehe. orait.

  17. samdaddycool
    Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
    #17

    kesian ko kata farah poyo.. yg aku faham.. poyo mcm ikan sepat

  18. taukey
    Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
    #18

    hahahaha
    aku memain jer dgn farah tu. ikan sepat ke poyo tu? hahahaha :P

  19. farahaznil
    Aug 1, 2008 at Aug 1, 2008
    #19

    ah sudah…samakan aku dgn poyo dgn ikan sepat lak..ada yg nak kena ni…hi hi hi

  20. taukey
    Aug 1, 2008 at Aug 1, 2008
    #20

    hahahahaha. jangan arrr marah farah. takkan sikit pun nak marah. wakakakakaka

  21. farahaznil
    Aug 3, 2008 at Aug 3, 2008
    #21

    mana ada marah la…farah reti marah ke??hi hi hi

  22. taukey
    Aug 3, 2008 at Aug 3, 2008
    #22

    hehehe. mana la tau kan.

  23. zen
    Aug 20, 2008 at Aug 20, 2008
    #23

    nak best lg buat blog bergambar jer - letak 1-2 pekataan sj…gambar tuh plak mesti pict yg ada unsur humor atau pelik2…mesti ada org layan punya

  24. taukey
    Aug 20, 2008 at Aug 20, 2008
    #24

    hehehehe….ikut niche blog jugak….kalau cam anime nyer blog boleh jer kot buat gitu. kalau tentang kesihatan ke apa ke mmg tak leh sembarangan letak gambar

  1. 1 Trackback(s)

  2. Aug 16, 2008: Its Important to get Tired? | Life as Nomad Blogger

Post a Comment