Ramai yang telah membuat review mengenai blogstarz.my dan saya sendiri tidak terkecuali. Sehinggakan saya bertegang dengan salah seorang orang kuat blogstarz di blog Ridzuan Richie. Selain itu, pertegangan yang berlaku tersebut telah membuat seorang yang bernama RajaBlog (Tiada link blog. Sekiranya Raja Blog ada blog, sila bagi link kat ruangan komen. Ingin juga mengenali anda dengan lebih lanjut) memberikan komen bahawa saya ingin menjatuhkan perniagaan sesama kaum bumiputra dan Lochoe pun tersalah anggap blog itu adalah blog saya sehingga dia mencaci saya untuk menukar kepada nama Lim Taukey Eng ataupun Taukey Kok. Nampak gayanya, ramai yang beremosi dalam memberikan komen di blog tersebut. Maafkan saya sekiranya saya menyebabkan anda tidak keruan dan menimbulkan kemarahan pada diri anda. He He He. Kepada kawan-kawan yang lain anda boleh sahaja melawat entri ini untuk membaca pertegangan tersebut.Cuma nasihat saya kat sini, tolong jangan “tambah nasi”. ekekekeke. Dalam entri di blog taukey dot com ini mengenai blogstarz pun banyak komen mengenainya. Sila pergi ke entri blogstarz.
Saya telah berjanji kepada anda akan membuat review khas mengenai blogstarz dan saya rasa sekarang saya mempunyai sedikit sebanyak informasi yang boleh kita renung-renungkan. Entri ini mungkin adalah merupakan entri terpanjang yang akan saya buat. Jadi harap anda baca sampai habis dengan hati yang tenang. Kalau ada perasaan marah, saya harap anda tekan butang X di atas dan buat komen pada hari lain. Fikir-fikirkan lah. Kerana mulut badan binasa. Betul tak?
Sekarang kita teruskan cara-cara memperolehi pendapatan melalui blogstarz.my ini. Blogstarz setahu saya memberikan pendapatan kepada pesertanya melalui empat (4) cara.
Cara Pertama dan Utama adalah melalui CLICKSHARE. Ramai juga yang keliru dengan perkataan ini. kekeliruan tersebut bukanlah hanya pada blogger yang lain tetapi juga kepada ahli-ahli blogstarz juga. kalau tidak, kenapa persoalan klik iklan sendiri sering menjadi key point untuk para blogger lain menulis di blog mereka mengenai blogstarz.my ini. Saya pun terfikir teori ini semasa saya membuang air besar semalam. Betul juga kata orang dalam jamban pun boleh memberikan idea-idea yang menarik. Padan pun Mat Salleh serta orang Jepun menghias ruang legar di tandas mereka seolah-olah ianya satu pejabat. Apa pasal pula lari dari topik sehingga ke tandas pula sekarang.
Teori ClickShare adalah seperti berikut : “Sebarang pendapatan yang diperolehi dari pengiklanan samada dari Adbrite, Bidvertisers, Adsense, dan lain-lain lagi yang berkaitan akan dikongsi bersama.” Faham-fahamkanlah ayat tersebut. Maksudnya disini, setiap klik pada iklan PPC akan menghasilkan pendapatan. Dan pendapatan ini akan dikongsikan bersama. Pendapatan yang diperolehi adalah tertakluk kepada pendapatan iklan tersebut. Sebab itulah namanya CLICK SHARE. CLICK bermaksud pendapatan manakala SHARE bermaksud kongsi. Jadi pendapatan kongsi. Ayat Income Share tak marketable. Baik guna Click Share. Kenapa saya berani katakan ada di antara ahli-ahli blogstarz tak faham konsep Click Share ini. Sebab mereka klik iklan tersebut sendiri. Tapi kalau saya pun memang saya akan klik iklan sendiri juga sebab pendapatan tertakluk kepada berapa banyak iklan kena klik. Lebih banyak saya klik, lebih tinggilah pendapatan yang dikongsi bersama ahli-ahli yang lain. Secara tak lansung ia mengalakkan para ahli untuk mengklik iklan sendiri.
Lain pakej mempunyai lain jumlah pendapatan. Jadual dibawah adalah pembahagian pendapatan cara clickshare.
|
PACKAGE BLOGGER
|
PACKAGE BLOG ASSOCIATE
|
PACKAGE BLOG MANAGER
|
PACKAGE BLOG PRESIDENT
|
||||
20% Clickshare Bonus |
40% Clickshare Bonus |
60% Clickshare Bonus |
80% Clickshare Bonus |
||||
Keliru sedikit pendapatan ini bukan? Maksud 80 peratus pada pakej president tersebut adalah termasuk dalam 20 peratus kat pakej blogger. Itulah yang saya faham. Jadi dalam pakej president, anda akan menerima 20 peratus pendapatan dari pakej blogger, 20 peratus pendapatan dari pakej Associate, 20 peratus dari pakej Manager dan 20 peratus dari pakej President. Jumlah keseluruhannya adalah 80 peratus. Pakej-pakej yang lain pun begitu juga perkiraannya secara dasar.
Cara kedua adalah melalui affiliate. Anda memperkenalkan orang program ini dan seterusnya anda memperolehi komisen kerana memperkenalkan orang tentang program ini. Ketahuilah pendapatan ini hanya diperolehi pada level pertama anda sahaja. Ini kira macam program affiliate yang biasa kita lihat dan ceburi. Berikut adalah jadual pakej serta komisen yang anda boleh perolehi sekiranya anda berjaya memperkenalkan orang kepada program blogstarz ini.

Lumayan juga pendapatan sebagai introducer. Ingat ini hanyalah pendapatan komisen satu level sahaja.
Cara Ketiga adalah dengan By2AutoMatch. Saya rasa tiada penjelasan mengenai pendapatan ini sangat. Tapi saya cuba juga cangkul tanah sedalam mungkin dan apa yang saya jumpa adalah seperti berikut :

Anda faham tak jadual yang saya letak di atas tersebut? Kalau tak faham, biar saya tulis dalam sesuatu yang kebiasaannya kita lihat. Ini kita boleh lihat kat kebanyakan program MLM ataupun laman web yang terdapat di dalam internet tersebut.
“2 X 2″
Rasanya sekarang sudah tentu anda faham bukan? Ha Ha Ha. Fahamilah ia memang sistem matrix yang bergerak secara autoplacement. Tapi ia bukan sistem matrix seperti yang terdapat pada laman web lain yang anda biasa lihat. Ia biasa ada terdapat pada laman web syarikat multi level marketing seperti uptrend, extremen2u dan beberapa lagi yang lain. Pendapatan yang diperolehi dari ini adalah secara pairing. Pendapatan pairing akan diberikan apabila kiri dan kanan anda berpasangan. Dengan cara ketiga ini, anda hanya boleh menaja pendapatan maksima RM310 sehari sahaja. Sekiranya terdapat lebihan , ia akan dibawa kepada hari keesokkannya. Pendapatan ini hanya dikira apabila kiri dan kanan berpasangan pada level yang sama. Kita lihat di atas, ia mempunyai 5 level. Dan pendapatan ini biasanya infiniti dan diambil dari wang pembayaran yuran tadi. Sekiranya anda melihat pada jadual pendapatan yang tidak berwarna itu, anda boleh lihat perkataan blog center. Blog center tersebutlah yang akan diambil kira dalam pendapatan ketiga ini. He He He. Tapi pendapatan ini tak diterangkan dalam laman web tersebut. Saya pun tak tahu kenapa. Sekali imbas, ada ciri-ciri multi level marketing juga program ini.
Ok seterusnya penjanaan pendapatan cara keempat. Melalui SMS. Program 2 way SMS adalah cara yang biasa kita tengok dalam majalah, program yang terdapat dalam TV. Antaranya adalah seperti Undian Akademi Fantasia. Cara-cara penjanaan pendapatannya macam tu juga. Kredit akan dipotong dan ini mampu menambah pendapatan para ahlinya.
|
PACKAGE BLOGGER
|
PACKAGE BLOG ASSOCIATE
|
PACKAGE BLOG MANAGER
|
PACKAGE BLOG PRESIDENT
|
||||
50 BulkSMS Credits |
150 BulkSMS Credits |
350 BulkSMS Credits |
750 BulkSMS Credits |
||||
Berikutlah kredit sms yang anda akan terima untuk menjana pendapatan. Diharap tiada spamming berlaku pada handphone pada masa akan datang. Apa-apa pun ini memang cara yang unik untuk memperolehi pendapatan dan diharap ramai tahu selok belok kuasa SMS ini. Irwan Dahnil merupakan antara pakar perniagaan SMS dan boleh belajar dari beliau untuk menjana pendapatan melalui cara ini dengan lebih hebat.
Berikutlah cara-cara penjanaan pendapatan melalui blogstarz yang aku ketahui. Sekiranya terdapat cara lain silalah bagitau kepada saya. Cangkul saya terlalu kecil untuk mengali dalam lagi. Terlalu banyak taktik Black Hat secara offline yang perlu saya pratikkan untuk mendapatkan segala maklumat yang saya perlukan untuk membuat entri yang lebih panjang lagi.
Sekarang kita tengok latar belakang syarikat. Saya pasti ramai yang tak tahu mengenai syarikat ini sebab ini merupakan pertama kali kita mendengarnya. Tager Media Sdn Bhd (817142-d) adalah nama syarikat yang menjadi peneraju kepada blogstarz.my. Syarikat ini mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM5 juta. Ini merupakan satu jumlah yang agak tinggi dan dari segi ini kita dapat tahu tahap serius program ini.
Melalui pencarian saya, Tager Media Sdn Bhd adalah merupakan anak syarikat Overseas Delight Group of Company (Profitable Business Consultant And Software Development Industry). Saya ada mencari maklumat mengenai Overseas Delight Group Of Company, tapi tiada apa apa maklumat di dalam internet mengenainya. Jadi ia masih satu misteri kepada diri saya sendiri. Satu lagi informasi yang saya anggap berguna adalah Tager Media Sdn Bhd mempunyai perkaitan dengan ODSB.com.my. ODSB adalah satu laman web yang menawarkan servis membuat laman web MLM. Dari porfolio, saya dapat melihat banyak web site MLM yang telah dibuatnya. Persoalan yang timbul di benak pemikiran saya adalah adakah ODSB sebenarnya yang menerajui Tager Media Sdn Bhd ataupun Overseas Delight Group Of Company. Satu misteri nusantara bagi saya. Apa yang saya pasti adalah Karl Iskandar Awang merupakan founder bagi blogstarz.my ini.
update –> ODSB.com.my adalah Overseas Delight Sdn Bhd. Jadi kenyataan Siapa menerajui tager media sdn bhd sebenarnya adalah kedua-dua syarikat overseas delight sdn bhd dan overseas delight group of company adalah benda yang sama. Ha Ha Ha. Misteri selesai.
KOMEN SAYA TENTANG BLOGSTARZ.MY
Paling penting bagi saya adalah dari segi penampilan blog. Memang betul Content is King tapi first impression juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan orang menjadi loyal reader. Selain itu, first timer yang memasuki blog akan mudah mencari apa yang diinginnya. Saya ada bertanya dengan kawan saya mengenai template blogstarz tersebut. Dia kata ianya lebih kelihatan macam laman iklan dan bukannya blog. Harap dapat diubah penampilannya supaya lebih kelihatan macam blog. Saya rasakan dari segi organik trafik ke blog tersebut amatlah kurang sekali. Ini berikutan template blogstarz tersebut tidak search friendly. Harap orang kuat blogstarz boleh memberikan cadangan ini kepada foundernya.
Kedua adalah dari segi program ClickShare. Ini amatlah membahayakan. Ini kerana google tak boleh diperbodohkan sewenang-wenangnya. Sedangkan John Chow yang memperolehi USD40,000 sebulan hanya dari blogging pun dah kena hukum apatah lagi kita yang belum dianggap sebagai satu authority. Kalau anda tak percaya John CHOW kena hukum, sila cari nama JOHN CHOW melalui Google sure tak jumpa. Apa yang dijumpai adalah JOHN COW. Google bukan setakat memeriksa CTR, tetapi dari mana traffik tersebut datang, keyword yang digunakan untuk sampai ke laman web / blog tersebut, IP address, search engine apa yang digunakan, browser yang digunakan, dan banyak lagi. Jadi proses kantoi masih boleh berlaku. Ketahuilah bukan Google sahaja yang mempunyai sistem seperti ini. Yang lain pun ada walaupun tak secanggih adsense. Apa apa pun semoga tiada apa apa yang berlaku. Cadangan saya adalah memperhalusi sistem click share ini kerana masih banyak kelemahannya. Blogger yang lain cuma risau sekiranya terdapat banyak fraud click activity di Malaysia akan menyebabkan Negara Malaysia di banned dari menyertai program Adsense.
UPDATE : Terdapat beberapa perkara yang membingungkan saya dimana otai-otai blogstarz mengalakkan orang-orang mereka untuk membuat klik sebanyak yang mungkin ke atas iklan iklan yang terdapat dalam blogstarz tersebut. Apa kes? ScreenShot Bukti.
Ketiga adalah pendapatan melalu By2AutoMatch. Seperti yang saya terangkan di atas, ciri-ciri ini terdapat pada program Multi Level Marketing yang terdapat pada Exrememan2u dan Uptrend. Adakah ini tidak memerlukan Lesen AJL. Saya sedikit jahil mengenai lesen-lesen sebegini. Sebab saya tengok syarikat MLM seperti di atas ada Lesen AJL. Adakah tidak diperlukan? Ada sesiapa yang boleh membantu saya mengenai perkara ini? Kalau dilihat pada syarikat yang saya sebut di atas, penjanaan wang adalah melalui menaja orang serta melalui pairing juga. Penajaan adalah satu level dimana sesiapa yang menaja akan mendapat komisen. Dalam masa sama pairing mesti dilakukan. Sesiapa yang tak pandai menaja tetapi mempunyai upline yang handal, sudah tentu akan dapat menerima pendapatan dari pairing. Pairing kebiasaannya diambil dari yuran-yuran pendaftaran yang telah dibayar oleh para ahli yang telah menyertainya. Jika di blogstarz dipanggil blog center tapi di uptrend dan extrememan2u dipanggil lot. Jadi persamaan ini menjelaskan kepada saya mengenai keperluannya lesen AJL. Sekiranya tidak, adalah diharap supaya sesiapa boleh membantu saya menjelaskan perkara mengenai lesen ini dan kenapa blogstarz tidak memerlukannya. Takut nanti tengah syok join, tiba – tiba kena bedah siasat oleh badan-badan kerajaan berkaitan. Bukankah ini menjejaskan pendapatan para ahli yang sememangnya berharap untuk menyertainya?
Update : Pendapatan By2AutoMatch hanyalah satu level dan ini bermakna upline tidak dapat membantu anda mencari orang utk diletakkan dibawah anda. Seterusnya menyebabkan orang-orang yang lebih “handal” mendapat habuan besar. yang lambat join susah akan mendapat pendapatan dari By2AutoMatch yang saya rasa merupakan pendapatan utama dari blogstarz.my.
Keempat adalah laman web utama blogstarz itu sendiri. Semua penerangan hanyalah secara am sahaja. Tiada details. Tiada penjelasan yang jelas. Semua samar-samar sahaja. Details amatlah diperlukan untuk meyakinkan orang ramai menyertai program blogstarz ini. Setiap penerangan di atas saya perolehi dari pelbagi sumber. Ambil sana sikit, ambil sini sikit. Kesemuanya dari para ahli- ahli yang telah menyertai dan tengah mempromosikan link affiliate blogstarz mereka. Harap penerangan dalam web utama dapat diperbaiki supaya kekeliruan seperti yang berlaku sekarang ini tidak berlaku. Pemahaman adalah amat penting dan apabila seseorang tersebut telah faham sudah pasti dia akan lebih tertarik menyertainya.
Begitu sahaja review saya buat masa sekarang. Sama ada program ni mendatangkan berita baik atau buruk adalah terpulang kepada anda semua. Saya tak akan katakan program ini scam atau satu penipuan. Cuma saya rasa beberapa elemen dalam program ini meragukan.
p/s : Artikel diatas bukanlah bertujuan untuk menjatuhkan. Ia lebih kepada cadangan pembaharuan yang boleh difikirkan oleh para blogstarz. Inilah pemahaman saya mengenai blogstarz ini dan beberapa perkara yang saya rasa ragu mengenainya.
p/p/s : Sekiranya terdapat kesilapan sila bagitau kepada saya. Dengan gembiranya saya akan edit balik artikel di atas.
p/p/p/s : Sila komen dengan berhemah. Yang menyentuh secara personal dan sebagainya akan saya delete ataupun akan saya edit. Ini kerana saya ingin perbincangan yang menyeluruh mengenai program ini. Mohon kerjasama daripada anda semua.
Terima Kasih. Dan JOM KOMEN.
DOWNLOAD PRESENTATION BLOGSTARZ / DOWNLOAD IKLAN BLOGSTARZ
Popularity: 29% [?]



Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
aku pon selalu dapat idea dari jamban.. haha..
er.. google tak dapat kesan lagi ke?
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
well, this discussion look better, well, saya pun menunggu another jawapan dari pengurusan blogstarz sendiri.. anyway, TQ of this article, at least i got 3 new thing from ur article…
erm.. kan bagus kalau awal2 tulis mcm ni… barulah pihak yang hendak ditanya boleh menjawab tanpa emosi. well..
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
haa. sbnrnya.. 4 benda baru.. bila nak pikir.. masuk jamban..!!! (br perasan tgk komen menteil).. erm.. jangan pikir2.. weih.. aku x sedap hati la nama aku ada dlm article ni, aku suka low profile je..
sorry ek.. taukey tersalah sebut nama… sbb tgk ko emosi sgt dlm article lepas…
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
lochoe –> it took me 4 hours and 30 minutes to write. hopefully someone will answer it. Nak aku edit nama ko ke lochoe? hehehehe. aku tak ambik hati pun. sebab kita manusia senantiasa ke arah kesilapan
menteil –> hahaha. dari jamban pulak ko ni. tatau detect ke tidak. harap belum buat masa ini
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
4 jam? ko biar betul..
hoho..aku wat dalam 1 jam lebih. Itupun aku tak detail cam ko bab 4 cara buat duit dr blogstarz.
Apapun. Aku rasa google dah jeling2. Tapi tak tau la pihak blogstarz akan wat macam mana nanti..tunggu ajela..
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
4 jam lebih taip, padam, taip padam. aku nak buat secara detail yang boleh supaya semua faham.
aku pun rasa google mesti dah jeling gak dah. mesti tgk IP address yang klik. tu internasional punya kes.
Aku nak tau tentang lesen AJL. adakah perlu atau tidak? melibatkan undang-undang jugak tu
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
Em..ada point disitu la Bro Taukey,harap semua bijakz dlm memilih!!
Nov 5, 2008 at Nov 5, 2008
aku cuma bagitau apa yang aku jumpa dan siasat. ni pun blm menyeluruh sangat. harap harap aku founder blogstarz sendiri datang ke sini dan bagi komen
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
.. aku nak komen pasal jamban.. apa kata kita tubuhkan ‘jamban thinker club’..
p/s – aku tak tau nak komen pe…
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
thanks 4 good information,skrg kita boleh tau mana boleh
yg mana berjanji manis…
http://peminatjutawan.blogspot.com/
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
@samdaddycool – apa kata jamban smoker club?
p/s – aku pn xtau nk komen ape. aku dah ikut ni dari blog Richie lagi…
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
senyum itu sedekah…:)
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aiyooo mana founder blogstarz atau sesiapa yang bekerja dengan sykt blogstarz nih.
takper nanti aku komen kat ruangan blogstarz mereka sendiri
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aku paling setuju sekali pasal layout blog2 di blogstarz tu. memang nampak macma myspace sgt dengan basic table dia. Harap ada improvement terhadap layout dia.
Kalau takpun, cuba try intergrate Blogstarz dengan Wordpress MU. Takkan mustahil kot, since blogstarz ada bajet yang besar untuk upah web developers.
Contoh paling senang, macam blog 2.0 yang friendster buat.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aik cuti sekolah ka sekarang? hehehehe.
p/s : aku masih menunggu jawapan dari founder
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
@spatt – ni kena buat entry lain.. pasal ‘club’ kita .. kikiki
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
apa yang aku takutkan.. program yang macam dia buat ni.. takkan lama.. dia bergerak disebalik nama “blog”.. dia boleh membunuh industri blog tempatan dengan menggunakan skim pairing, mlm & dsb.. masalahnya dia ni bukan blog.. dia sosial network site sebab pakai myspace.. lain la dia pakai mu..
lepas tu gezet kan atas nama blog.. kalau dia bergerak as blog, kenapa kenapa ada pakej sampai seribu lebih.. dan kualiti blog dia.. semua sama macam pakai teknologi tahun 1997? Just sebab nak bezakan jawatan saja.
macam taukey cakap.. yang “kalau saya pun click iklan sendiri”
so boleh fikir long term tak bila “all noobs so called blogger” ni click iklan sendiri..
lambat laun, adsense akan banned malaysia, clickbank pun gitu, paypal pun akan. sebab apa, network dia besar dan diorang boleh bagi impact pada industri IM malaysia..
bagi advertiser pulak.. awal-awal je lah join kemudian dia takkan masuk dah.. sebab apa? CTR tinggi tapi biz lingkup sebab ahli dia click iklan sendiri.. bukan nak beli pun…
fikir2lah sebab kita dah terkena benda2 camni banyak kali.. tapi orang msia tetap tak serik sebab diorang suka kerja senang, nak cepat kaya (bukan kata dia skim cepat kaya ye), itu sebabnya diorang tak hirau apa akan jadi kelak..
jadah apa makcik pakcik kat felda yang dah bergelar haji hajah pun pun suka buluhmas atau program yang seumpamanya.. suruh masuk dan menawarkan pulangan tetap dalam %.. tukan riba sebab dah tau “keuntungan” yang dijanjikan dah ditetapkan adalah riba, tak melibatkan jual beli pun.. ambik duit orang bawah rolling ke orang atas.. so apa jadi bila program tu dah tepu? dah ramai masuk… orang bawah akan merasa tertipu sebab benda dah tak gerak..
sama la keadaannya bila skim pairing dia tu.. itu sebenarnya dia punya main program, nak cari untung, penganjur serta kroni diatas untung, orang bawah nganga.. gunakan nama blog sebab blog industri yang mendapat sambutan serta heboh diperkatakan.. tapi diorang ni nak melingkupkan blogger.. dia cuma bergerak as blogger tapi sebenarnya fake..
kau lihat contoh disini..
katakan aku ada sebuah kedai komputer dan cc, tapi cc aku 10 buah jer. tapi aku boleh bertahan dalam perniagaan tersebut. Sebab apa?
Biasanya orang yang bukak kedai komputer n cc ni diorang ada kerja lain. CC tu buat cover sewa kedai, api, air n internet.. tapi main income datang dari kerja luar membaiki komputer bagi rumah kediaman dan ofis-ofis kecil >20 orang. buat networkla.. jual pakej internet la. itu main income diorang, cuma dia tak reveal je.
sama la keadaan cam yang mlm dia buat sekarang, kenapa tak cite sangat dalam site dia pasal sistem pairing semua tu.. sebab dia tau orang dah tepu cuma marketing dia bagus pandai cerita pasal blog, pandai bukak cerita pasal click share, sms, tapi nama bab mlm dia, dia tak cite sangat? Itu sebab 200 orang datang marah2 sebab tak diberitahu yang diorang bole buat duit dengan blog diorang tu..
Itulah main dia.. So kawan2 aku rasa cukup2 la.. fikir la baik-baik..duit korang, tapi walaupun seposen, aku tanya berapa lama lagi korang nak biarkan diri korang ditipu? orang kata, kalau seposen atau bawah 100 kira niat sedekah jelah.. tak besar mana pun.. tapi pada aku.. tak kira besar atau kecik, mentaliti kita nak kena set, bukan semudah niat sedekah.. dia dah kaya.. jadah apanya nak sedekah.. baik ko bagi kat fakir miskin tu.. begitu bermaknanya hidup diorang bila fikir ada orang nak bantu.. lagi tambah pahala..
PS: Aku rasa jamban thinker club lagi ramai pengikutnya dari smoke club.. sebab bukan semua orang smoke dalam jamban.. huhu..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
Haha..Am sudah panas,sy sokong Am, Jamban Thinker Club is the Best.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
kau lg ganas taukey..banyak post..smpai dua..haha…
jom tukar link jom..comment kat aku if setuju
kita satu geng keras kepala..ada sorang budak kat blog aku ckp yang blogstarez ada menyamar..clone..aku tak fhm sgt..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
pasal Bu2Automatch tu memang pair system. tapi ia masih single level by group sale A dan B,
pair di group A dan B tidak di kira berdasarkan level, asal saja ada di group A dan B, dah kira pair.
hanya satu level, so tak perlu AJL la..
matrix susunan left right, binary guna placement group A & B, system ini di panggil Group Binary.
introducer & by2automatch tu single level..
so takde kaitan dengan MLM,
kalau unilevel tu dah sah kena MLM license..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
opss.. dengar2 traffic Blogstarz dari 900K turun 800K dalam masa separuh hari.. huhu
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aku nak join ‘Jamban Thinker Club’
bez!!
*pon tak tau nak komen ape.. tapi suka baca komen orang.. haha.. am punya komen boleh wat entry tu.. hehe.. siyez aku tak tau pasal mende2 cam nie*
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
@blogstarez – beli trafik ke?hahaha
@menteil – sekali-sekala kite kene amik tau gak mende cmni wlaupun kite x phm…
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
oopss.. ada yang nak kena saman guna gambar tanpa kebenaran tu.. hehe.. tunggu je le sape datang cari..
pengurusan blogstarz memang rapat sangat dgn TMB/streamyx management, senang2 jer track IP dan akses dari mana..
selamat memberi traffic kepada blogstarz..
salam sukses.
ahad ni dengarnya iklan blogstarz keluar di harian metro.. jangan lupa beli ye..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aku tak tahu nak cakap ape sbb aku ni newbie..kang salah cakap, tak pasal2 aku kena..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
tgk ayat ni dlm komen blogstarez diatas..
“tunggu je le sape datang cari..”
dah siap nak mengancam blogger lagi tuh!! isk berat ni.. kenapa nak detect ip orang ni..
blogstarz nak pergi pukul blogger ke??
apa la bengap sangat otak tuh, jangan la buat cara org kurang terpelajar…kan x pasai2 ada yang saman blogstarz rm5 juta, habis je modal business ko tuh..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aku pun nak try daftar hari tu..nak try alami sendiri bukan nak join pun..just nak kodek2 apa yang ada jer
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
ramai jugak orang mcm ko ek kita, just try2 register, bawah aku pun ada 103 user yang saja2 register.. confuse aku
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
web sape ni pandai2 mainkan gambar, takde cara lain ke..
http://starstreet.us/lets-check2.jpg
agaknya cara ni menunjukkan u all ornag terpelajar..
ish ish ish
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
owh really.. nak saman2.. aiyo takutnya..
tuan tanah aku nak kemas beg baju… pack mane2 yang patot.. kensel line tenet, aku nak lari ikut sempadan..
btw sape nak ikot?? lol
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
jangan terkejut gaban, pandai buat pandai bertanggungjawab.. hahahhaa
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
orang berbudi kita berbahasa…
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
budi oleh blogstarz… sesiapa yang mengutuk blogstarz akan ditrace/ditrack dan dibelasah oleh blogstarz…
bahaya- bahaya – warning signal ni…
blogstarz sorang je gagah kat dunia blog ni, blogger lain lemah..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
“apa la bengap sangat otak tuh, jangan la buat cara org kurang terpelajar…kan x pasai2 ada yang saman blogstarz rm5 juta, habis je modal business ko tuh..
”
ada yang kurang di ajar tu yang kena ajar…!
so sape2 yang buat gambar tak berkenaan tu, patut-patut buang dan selamatkan diri anda..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
Blogstarez,
ko kata pairing cuma 1st level sahaja kan? ok. kalau begitu kan kenapa ia nya tidak ditulis dengan jelas dalam FAQ / Opportunities blogstarz?
Gambar mana yang digunakan tanpa kebenaran? sila bagitau?
p/s : Kemungkinan akan ada siri ketiga mengenai Blogstarz. tatau bila tapi rasanya memang ada
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
tentang gambar tu bukan bermaksud artikel u taukey, tgk kat sini.. person to person ni.. tak baik naya orang http://starstreet.us/lets-check2.jpg
fasa ni (kumpulan), bukannya bermaksudkan level.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
tentang gambar tu sila tgk http://starstreet.us/lets-check2.jpg
Fasa bermaksud kumpulan di group A dan B.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
oh itu.
aku tau fasa bermaksud kumpulan A dan B. Soalan aku kenapa tak buat detail atau penjelasan yang jelas mengenai program blogstarz dalam ruangan FAQ ataupun opportunities.
Kalau dilihat pada presentation takder apa apa maklumat tambahan.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
lochoe, ko masih banyak kena belajar pasal business, business bukan hanya setakat kat blog ni je…
kalau kpd sesiapa yang tak suka blogstarz, jangan join…kalau suka join..blogstarz tak ajak pun blogger2 pandai macam korang semua..
so kalau korang mengutuk blogstarz, korang ingat takde yang balas balik..?
so berpada-pada..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku rasa “am” patut tarik balik gambar tuh..
sbb ko nak buat perbandingan .. blogstarz dengan myspace clone..je kan..
jangan la letak gambar dgn bubble talk tuh..(ko mmg jahat “am”)
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
lochoe,
takpa, malaysia ada undang2 kan..so kita empower je undang2, tak perlu pukul2 ni.. kalau itu yang di fikirkan.. duduk hutan je la..heheh
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
ps dr taukey
p/s : Kemungkinan akan ada siri ketiga mengenai Blogstarz. tatau bila tapi rasanya memang ada
wah anti betul taukey dgn blogstarz ek?? sampai nak kluar siri ke3..
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
heheheheh….
penipu punyer blogstarz…
aku nk ko jwb soalan aku…
1. aku dengar ko buat mcm2 program..antaranya take a biz, oda card, dan terbaru blogstarz…ape da jadi kpd org yg da bayar bisnes lame ko tu?
2. setiap 3 bulan ko keluarkan prgm baru? nk kutip duit org je ker
3. ape da jd dgn progm2 yg lama tu?
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
oii orang lama,
kau nampak web yg tu tutup ke bukak..? kalau bukak tu.. faham2 la… bisness masih jalan, orangnya yang tak serius buat..yg buat dapat untung…
idea kolot nak jatuhkan orang, jeles cakaplah jeles!
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
blogstarz mengajar orang buat blog. kenapa menipu pula? sms charge, clickshare, by2automacth, single level.
banyak program? program lama? program apa?
program dalam blogstarz pun dah banyak, tak tengok ke?
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
yang ini ke?
odsb dot com dot my
odacard dot com/aboutus.html
takeabiz dot com/?View=1
yang blogstarz punya sudah tentunya untuk pembelajaran blog untuk orang ramai yang berminat nak buat duit dengan blog. itu aje la salah satu fungsinya.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
tak faham la apa maksud orang lama ni… dah nama bisness, tak semestinya buat satu jer.. ODSB ni nak go Berhad..semua bisness diaorang masih jalan ok je..yg tak ok, org2 yang join bisness diaorang tapi dok diam..
taukey, bersihkan blog u ni…
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
pembelajaran buat blog?
yang takeabiz tu buat web dan jana pendapatan darinya….sekarang apa perkembangan….dah ada yang berjaya perolehi pendapatan ke?
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
kalau buat domain sendiri tu lain cerita melalui takeabiz
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
erm bila kita diajukan soalan.
kita menjawab dengan tenang dan berilmiah, maka org akan hormat kita kerana ilmu yg kita ada amat bernilai.
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
betul aku sokong kata ko qrodat, soalan aku setakat ni hanya satu dijawab. berjela-jela panjang aku tulis artikel beserta dengan soalan. hanya satu yang dijawab
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
soalan ke kejian ke kutukan?
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
oh bagus punya pertanyaan, sebelum tanya cakap orang penipula, itu la ini la..
takkan korang tak boleh bezakan di antara soalan dan kejian.?
Nov 6, 2008 at Nov 6, 2008
aku punya soalan sila jawab….aku tak keji….aku menyoal
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
Panjang betul post ko ni..
Dare to answer la. Be a man. Kejian tak semesti buruk. Pujian tidak spertinya baik.
So, if you are in the rite platform. Just give us explaination.
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
paling aku setuju apabila melibatakn antaramuka sesebuah web tersebut. ibarat kata web cincai, harga pun cincai.
ambil jalan yang paling general. setiap orang punya visi pada pandangan mereka tentang keindahan dan kecantikan.
program yang dijalankan masih meragukan!!
ps : mungkin aku baca artikel ini ketika aku separuh sedar (mengantuk).
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
aku pun menyoal dengan cara baik but a bit sinis.. btw member boleh sakit hati siap panggil orang mangkok bagai.. that’s why people get angry.. the way you talk is macam nak ajak bergadoh..
btw am memang mulut laser.. tapi kat sini blog orang.. I just bagi yang sinis.. tapi dalam maksudnya.. orang bila dia sakit hati, dia akan keluar bukan2 tapi bila you can prove something.. you better do.. for me, when I think that’s not a good.. still no good. either you can show me that you’re right.. at least jawab dengan ada bukti.. bukan when you become speechless, you blame it on others.. that’s not a good way to do a thing..
lochoe.. I just erase the pic.. I admit I was not doing the right thing… but only the founder and it’s name & bubble talk, the rest… still available..
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
Aku rasa mmg Mr Karl tu founder blogstarz. ODSB jugak ade banyak cabang bisnes antaranya http://www.bossacademy.org
Untuk sistem MLM, dorg memperkenalkan tagersoft. Ia satu software khas MLM yang dorg gune sekarang.
Mcam kata ORANG LAMA.. mereka ni ada banyak bisnes online, korg google je la kalau nak cari. pasal pendapatan tu, aku rase illustrasi je kot, biasenye website2 mcm ni ade buat disclaimer especially ttg pendapatan. Semuanya bergantung kat usaha individu.. kat situ menunjukkan apa-apa program cam ni memerlukan usaha keras kalau nk berjaya. Bkn senang mcm yang ditulis kat interface website.
So ttg blogstarz ni, lagi bagus jumpe direct source. Tanya betul2. Dengar dulu then baru buat kesimpulan… Aku xmo komen sbb aku mmg x join and tak tau sngat pasal bende nih. kang komen salah da fitnah orang..
papepun kpd taukey, bagus ko bukak tajuk cam ni. bg kesedaran kat orang, dan blogger akan lebih berhati-hati dlm memyertai apa-apa aktiviti pun kat internet. Jgn dok caya bulat-bulat apa yang ditulis…
Yang nk buat bisnes kat internet ni, do real business. jgn nk wat bisnes yang bukan-bukan, especially scam! Nnti bole rosakkan reputasi orang lain yang buat bisnes online!
-Star
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
mm..
memang panas, sampai matlamat aku buat topic ni panas..terima kasih.
kalau tak, takde la korang bincang sampai mcm ni sekali.. huhu
errkk.. aku sebenarnya belum masuk pun lagi blogstarz, tapi aku dah dgr briefing di HQ, hari ni pg HQ nak bayar jadi regional center, modal RM50000 siap dgn equipoment training centre.
ahad ni dengarnya blogstarz masuk harian metro, 2 pages..
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
Aku setuju apa yang diperkatakan Star dan Am.Untuk newbie, rujuk kepada pakar smada sesuatu program tu real atau scam. Dapatkan juga kesahihan serta halal dan toiyibah sesuatu sumber pendapatan. jangan main redah, asal jumpa perkataan cari wang / duit mudah / duit masyuk / jana wang tanpa modal / lipatgandakan wang dsb, terus masuk tanpa ada ‘tolak dan tambah’.
Gunakan akal dan kewarasan!
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
tauke..sorry..aku baru letak link kau ni..tak prasan kau reply comment aritu..hehehe
Nov 7, 2008 at Nov 7, 2008
am –> the same goes for me bro.
star –> yup aku tau dia memang founder blogstrz. Aku cuma nak tahu kredibiliti dia sebagai seorang blogger dan IM. Sedikit sebanyak aku setuju juga komen ko. Apa yang aku tulis kat atas aku tiada sebut perkataan scam cuma terdapat beberapa keraguan yang aku kenal pasti
sam –> hahahaha. Malaysia adalah antara pencari keyword make money online tertinggi sekali di search engine google
richie –> takper. perlahan -lahan bro. ekekeke
Nov 11, 2008 at Nov 11, 2008
punya panjang lebar susun atur dia punya susunan artikel susah sangat ke nak benor nak bagi jawapan yang panjang lebar.
biar betul boleh buat duit dengan blogstarz
Nov 11, 2008 at Nov 11, 2008
Memang ni lah yang terhangat setakat ni. Bila baca, then tengok sendiri rupa bentuk blogstarz, lepas tu baca pulak ungkapan “orang kuat” dia dekat blog orang lain yang bahasa tak tentu hala, saya x rasa bende alah nih bertahan lama. Banyak sangat flaw. Dari hal Google Adsense sehinggalah ke layout dia yang…… hurm.. Pepaham jer la.
Saya tengok juga orang-orang yang dah buka blog kat situ. Kalaulah konon tujuan asalnya nak ajar orang Malaysia berblog, saya tak rasa objektif tu tercapai. Terlalu terkebelakang sangat rupanya. Tak berbaloi dengan hasil kajian dia yang LAPAN TAHUN tuh.
Tak termasuk lagi dengan hal kene bayar sebelum masuk. Kenapa pulak nak kena bayar? Kan dah ada 5 juta. Takkan taram 5 juta tuh habis untuk promosi semata. Filem “Wayang” punya promosi yang seminggu dua nih jengah ke TV pun habis 400 000 jer.
Ntahlaa… Banyak sangat lobang yang bocor. Air nak isi pun tak boleh penuh..
Nov 11, 2008 at Nov 11, 2008
hehehehe…memang byk lubang bocor dilemma. apa yang pasti program ini masih terlalu lemah
Nov 11, 2008 at Nov 11, 2008
Fuh panas… sepanas isu buluhmas ni.
Nov 14, 2008 at Nov 14, 2008
Saya tengok kat CG, tak ada siapa berani bangkang projek nih. Dia punya “boss” tuh nampak agak “berkuasa” kat sana.
Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
emme –> memang panas isu ni. heheheh
dilemma –> kalau dibaca betul artikel aku memang aku tak bangkang…cuma aku harap dia orang perhalusi web tersebut. buat lebih SE friendly dan terangkan lanjutan dalam web dia orang.
Nov 16, 2008 at Nov 16, 2008
tipu ni. tipu tipu tipu ni. kata abby abadi kepada norman sehangat blogstarz
Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
Saya taknak kata program ni scam atau tak selagi tak dapat gambaran yang jelas..
Sebenarnya soalan yang taukey kemukan kat atas adalah soalan yang basic yang memang menjadi pertanyaan banyak blogger & IM local termasuk saya..
So, saya mengharapkan ada yang akan menjelaskan especially org kuat blogstarz atau sape2 yang join program ni..
nampaknya soalan di atas tak terjawab tapi lebih kepada kutuk mengutuk je..especially daripada blogstarez..
tak perlu terlalu emo sgt..sebaiknye sila jawab persoalan yang ditulis di atas…kami suma nak tau..
kalau betul2 telus, kami akan sokong..
Saya sendiri akan menggalakkan pengunjung blog n subscribers saya join program u all..
but since banyak persoalan n keraguan yang timbul n perlukan penjelasan, hopefully ada wakil blogstarz yang kedepan bagi penjelasan..
Kalau semua dah clear, IM2 local suma akan support..
percayalah..
Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
Kipas-kipas….hehe
Yg lain2 aku xmo sentuh. 1 jer aku nak bgtau, clickshare yg klik2 sendiri tu sgt la tak bagus.. ya, utk korang sbg publisher, best la dpt duit. Tapi advertiser dpt ape? Rugi beb…
Advetiser buat iklan utk org beli produk dia, service dia dan sbgnya…klu kita yg klik sendiri, habiskan bajet campaign dia jer…bermoral ke mcm tu.
Sory klu tersalah topik..
Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
Ya aku setuju dengan apa yang Din Beramboi katakan tu….
Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
yup…tu memang basic…belum lagi part kalau aku kemukan soalan kepada pihak KPDN & HEP. Belum lagi part akta-akta. Part tu kita biar pihak berkuasa yang tentukan. aku tak ingin campur sangat urusan tu.
Tapi masalah sekarang aku tatau dan takder jawapan sangat mengenai perkara ini.
Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
fuh..penat aku baca entry ko..ruper nyer ko nyer comment lg panjang dari entry…panas2 lak tuh…aku pon tgh usha2 pasal blogstarz ni…nk tahu gak aper kisah sbnrnya sbb part clickshare tuh amat meragukan..harap2 jgn google ban malaysia udah !!
Nov 19, 2008 at Nov 19, 2008
1001 persoalan untuk blogstarz…
Nov 23, 2008 at Nov 23, 2008
Kalo je pun, janganlah mengutuk sampai jauh ke dalam perut bumi. Bukan senang nak mulakan sesuatu yang bertujuan baik. Saya harap gitulah ya. Apa2 pun memang elok kita selidik sedalam-dalamnya sebelum keluarkan duit sebab zaman siber ni mcm2 boleh jadi.
Nov 23, 2008 at Nov 23, 2008
maya kari –> kutuk? sapa yang mengutuk? Aku rasa aku tak kutuk kat situ. Segala-galanya persoalan yang membuat aku ragu sahaja. Memang betul bukan mudah nak buat utk tujuan baik. Nak buat jahat pun susah jugak kan. Jadi segala-galanya memerlukan usaha kita juga.
Nov 24, 2008 at Nov 24, 2008
blog sampah laa pulak dah. blogstarz blog sampah? apo kes?? tak tau sila cari sendiri kalo nak tau… hahahaaa… mau menjawab persoalan tersebut? sila google daaa… wakakakakaaa…
jawapan kepada persoalan perlu ada, mana jawapannya?
Nov 25, 2008 at Nov 25, 2008
tak dapat nak jawab sebab tu jawapan tak ada.
Nov 26, 2008 at Nov 26, 2008
setuju dengan abg din beramboi… memang tak bermoral langsung aktiviti clickshare tu. rugi la para pengiklan kalau buat camtu kat diorang.
Nov 27, 2008 at Nov 27, 2008
well cuba lihat di blogstarz bubbletalk. karl mahu kuarkan saman, dan ambil tindakan undang2…adakah benar???
Nov 27, 2008 at Nov 27, 2008
Akhirnya ada gak ruang utk aku mencelah..kat blog mael mcm dah tutup je komen section dia..hafreze pon mcm dah close gak…xsempat aku nak mencelah…
Tapi..aku nak mencelah ape eh..?
Aku rasa topik ni lebih panas dari topik *separa lucah* yang diterbitkan oleh harian metro..
Oh..dan lagi satu..Kalau kalian benar…buktikan yang kalian benar..tak perlu berdolak dalik..
1 soalan…kempen klik iklan sediri adalah salah…kenapa dorg tak buat kempen..klik iklan kawan…walaupun tak bermoral..tp legal…*kot*
Nov 27, 2008 at Nov 27, 2008
kataks –> memang pengiklan akan rugi. sebab CTR tinggi, impression tinggi tapi takder hasil.
saya –> dia nak saman siapa? dan atas kesalahan apakah dia nak saman?
pakcique –> dah tutup ke komen kat situ? mgkn gak la…legal mgkn legal…tapi Malaysia akan dicop sebagai salah satu negara yang buat program tu tidak beretika. Silap haribulan kebanyakan program luar negara akan banned malaysia. blogger nak dapat duit dari mana lepas tu kan. Itu yang aku takut. mgkn bukan aku seorg. kebanyakan blogger akan rasa begitu
Nov 27, 2008 at Nov 27, 2008
BACA NI!
“Apabila seseorang mula mendaftar sebagai ahli berbayar di BLOGSTARZ maka dia akan bernaung dibawah BLOGSTARZ dan mendapat menafaat daripadanya.Ahli-ahli yang mempunyai laman yang berbayar ini memperolehi satu akaun blog.Dengan pelbagai kelebihan lain setelah anda mendaftar sebagai VIP.
Clickshare
Pengunjung laman blog ini perlu click setiap iklan yang ada(terutamanya ads by g00gle) sebanyak lebih 20kali dan biarkan selama 5minit.
Kemudian close selepas 5 minit, dan ulangi langkah tadi. Maksimum hanya 50 klik bagi setiap kali.
Setiap klik yang dibuat, g00gle akan membayar kepada blogstarz setiap bulan mengikut jumlah klik yang dibuat oleh ahli2 atau sesiapa sahaja yang masuk ke sini dan hasil pendapatan blogstarz akan diagihkan-agihkan kepada ahlinya mengikut pakej masing-masing.
Jadi sekiranya anda merupakan ahli berdaftar(VIP), anda layak mendapat manfaat ini.
Hanya KLIK iklan(terutamanya g00gle) yang ada dilaman blog anda sendiri.”
Aku quote dari – http://gjenny84.blogstarz.my/?View=3620&action2=read
Nilaikan sendiri…
Nov 27, 2008 at Nov 27, 2008
hmm…ni la aku tak nak dengar. aku tak akan cakap halal dan haram. Aku tak layak.
cuma letakkan senario pengiklan tu kat kita. itu pun dah cukup. Duit habis beribu ribu. klik tinggi menyebabkan hasil pun tiada.
perlukan diperangi gejala ini dengan lebih hebat. aku tatau. ketua blogstarz tu pun tak berani kata apa apa dengan kita semua. sekurang-kurangnya tunjukkan kepada kita yang kita salah. takkan dia nak diam dan nafikan cam cerita 360 semalam.
Nov 30, 2008 at Nov 30, 2008
Wawawa…
Am bersiaran live dari qatar.. selepas ca alif but.. dari malaysia sebab takut kena saman kaedahnya… Motif lari…?? mananya surat saman tu beb.. nape mamat yang keluar modak 50k, belum join tapi dah bising2 tu tak timbul2..
halamak… jahatnya komen aku..
tapi kalau betullah cam kat bawah ni..
memang patut di elakkanlah.
Nov 30, 2008 at Nov 30, 2008
klik dan tinggalkan blog anda dan duit masyuk ribu riban daaaa…
Dec 1, 2008 at Dec 1, 2008
am –> jauh lari. hahaha. yup memang patut dielakkan. takder faedahnya. sebab ianya takkan lama dan berkekalan
fatah –> ahahahha.
Dec 7, 2008 at Dec 7, 2008
Ada apa kecoh-kecoh ni..
he he ho ho
Dec 7, 2008 at Dec 7, 2008
kwang kwang kwang kecoh dengan syarikat blogstarz yang cuma berharga RM2 sahaja. kwang kwang kwang
Dec 11, 2008 at Dec 11, 2008
SAYA MENYAMPAH TENGOK KOMEN-KOMEN DARI BLOGGER-BLOGGER SEPERTI ANDA YG ASYIK DOK MENGHENTAM ORANG. BERBANYAK 2 LAH INSAF WAHAI KAWAN 2 SALING MEMBANTULAH ANTARA KAUM DAN AGAMA. CUKUP 2 LAH DARI PERKARA JATUH MENJATUHKAN ORANG NIII.. HASILNYA KAMU JUGA SUKA TENGOK MELAYU JADI HANCUR
Dec 11, 2008 at Dec 11, 2008
Rahman –> aku tak perlu cakap banyak. adakah aku menjatuhkan? tepuk dada tanya selera. Aku cuma timbulkan persoalan mengenai program ini. kalau boleh jawab sila jawab. Tidak perlu anda emosional sedemikian rupa. So harap anda jawab persoalan tersebut jika boleh.
terus terang saya katakan saya boleh lagi membuat entri yang lebih panas dan pedas utk anda melihat tapi atas dasar IA MERUPAKAN PERNIAGAAN BUMIPUTRA LAH saya tidak berbuat demikian.
SO SILA JAWAB SOALAN. JANGAN EMOSIONAL DAN MENULIS KOMEN YANG LARI DARI TOPIK.
Dec 11, 2008 at Dec 11, 2008
Aku dah join Blogstarz ni. Sangat mengecewakan la. Tmplate blog dia macam budak baru belajar IT yang buat. Hangus RM99. Aku tak dapat nak letak google adsense code kat blog aku (blog beli dari blogstarz la). Kalo nak beli pakej blogstarz semata – mata nak buat blog baik pikir 20 kali. bonus dia agak lumayan la tapi aku blom dapat lagi..
Dec 11, 2008 at Dec 11, 2008
kalau aku join pun aku tak berani nak letak google adsense aku dalam blogstarz tu. asyik kena klik jer nanti. kang kena banned bahaya pulak.
takper la dan harap anda bersabar. Saya cadangkan anda selalu google untuk mendapat maklumat cara mendapatkan duit dari blogging. Guna blogspot pun ok jugak.
Dalam blogging kita tak boleh pikir secara short term. Kena long term. apa apa pun semoga berjaya di masa akan datang
Dec 15, 2008 at Dec 15, 2008
aku dh join blogstarz, tp ku pun keliru la psl aku baru sgt2 dlm dunia blog2 nie. anyway thanks taukey, persoalkan segala2 yang taukey tau, at least semua org tahu hak dan bukan hak.
Wasalam
Dec 15, 2008 at Dec 15, 2008
akulahaku –> orang sarawak kah? sikpa la geng. aku cuma tanya apa yang patut. ya pun nak ngereco sik tentu pasal cdak nya ya. nasihat aku ngan sesiapa nak mok polah and semua belajar dari guna blog percuma. Mun rasa sanggup kuar modal boleh beli hosting ngan domain sigek
Dec 20, 2008 at Dec 20, 2008
Wah, ada yg versi ke2. Erm.. kat mana2 aku baca psl nie. W/pun saya tak cuba sendiri, tp bnayak keburukan nya dari kebaikan
Dec 24, 2008 at Dec 24, 2008
ini blog yang ke6 aku baca pasal blogstarz. Yang ni bagus skit ideanye. Bagi aku semua korang cakap tu betul ikut pendapat masing-masing .Ia untuk orang miskin yang tak mampu beli domain dan hosting RM120 dan ia juga untuk orang kaya yang tak tau guna duit. Orang yang mahir blogging tak sesuai join.
Dec 28, 2008 at Dec 28, 2008
zaki blogjer –> hehehe. versi pertama takder sisi. masa tu masih mengumpul lagi.
blogstarz –> untuk hosting dan domain tak perlu RM120. Boleh cari harga bawah RM99 pun. Jadi isu miskin atau kaya tak timbul dalam kategori blogging. Naper tak guna blogspot utk blogging? Percuma jer. aku masih anggap blogstarz bukan blog
Jan 2, 2009 at Jan 2, 2009
good article. explaination yg full pasal blogstarz. tp, as a member yg dah preregistered, all those u mentioned here aku dah faham..cuma jawpan yg lebih solid masih belom ditemui. from semua sumber2 yg aku baca, blogstarz ni a program yg sounds risky la…tp when i consider 1 factor, looking back at blogstarz itself, ramai gak yg tgh guna the blog, and doing the promo(blogging la kononnye). and, none of those people yg dah join berbayar (mane2 la, 99 ke, 1+++ ke) yg complain diorg x dpt duit….tp xde gak yg ckp dia dah dpt duit…haha…xde sape2 nk wat pengakuan???dpt ke x sebenanye…
Jan 2, 2009 at Jan 2, 2009
tompoq –> kira risky la sebab RM99 tu boleh guna utk beli hosting dan domain sendiri. lagi satu kalau takda modal boleh guna blogspot ataupun wordpress.com ataupun lain-lain platform yang percuma. aku pun perasan takder yang komplen mereka tak dapat duit tapi takder plak yang mengaku dpt duit. melainkan orang awal awal join. Dia kata dia dapat belasan ribu tapi tak pernah lagi tgk screen shot
Jan 16, 2009 at Jan 16, 2009
haha.. seronok aku tgk or berperang keyboard ni..hii..
lyn myportal lagi bags..huuu
Jan 17, 2009 at Jan 17, 2009
hahahaha. best ke perang keyboard. hehehe. nanti-nanti aku akan buat artikel baru setelah mendapat jawapan dari founder blogstarz
Jan 18, 2009 at Jan 18, 2009
tak sabar nak menunggu artikel blogstarz yang terbaru dari taukey. elok rasanya buat interview ahli-ahli mereka sendiri. jangan nanti ahli-ahli blogstarz sendiri yang akan memberontak jika mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan blogstarz. itu satu perkara yang parah jika ahli sudah memberontak disebabkan tiada hasil yang menguntungkan.
hati-hati blogstarz. jaga-jaga taukey blogstarz.
Jan 18, 2009 at Jan 18, 2009
kalau ada feeedback dari founder dia tu, artikel terbaru akan dibuat. kita tengok dia dapat atau tidak menjawab soalan-soalan yang aku hantar pada dia
Jan 20, 2009 at Jan 20, 2009
blogstaz siap masuk dalam paper metro lagi tu… kalau tak silap ahad lepas kot? ke smalam? ntah ler…
Jan 20, 2009 at Jan 20, 2009
promosi dapat dilakukan dengan hebat sebab ada duit dan sebagainya. Dan sekarang aku tgh menunggu artikel dari founder blogstarz
Jan 21, 2009 at Jan 21, 2009
aku pun hampir kena tipu..
Jan 21, 2009 at Jan 21, 2009
tq bro..hehe…hebat jugak info ko ye…boleh balas balik tak sorang mamat kat website aku tu .huh…http://www.muhdfarhan.com/?p=164 …. semangat sangat dah ngan blogstarz dia tu..
Jan 22, 2009 at Jan 22, 2009
haritz –> hehehe. nasib baik tidak
muhdfarhan –> nanti aku berkunjung ke blog ko.
Jan 25, 2009 at Jan 25, 2009
hampeh…….semuanya hampeh…….kesimpulannya apa saja duit yg dapat dari internet memang haram. Termasukala duit yg hang dapat taukey wooi…… Ada unsur2 menghina orang. Menggalakkan mengata kat orang. Gambar iklan yang mengghairahkan aku, sampai aku kena tutup mata laaa. sebelah je..ha hu ha hu. Aku rasa suka hati diorang Blogstarz la nak buat apa pun Yang ekau sibuk apasal. Ada ke diorang paksa ekau masuk?. Sebenarnya eden raso ekau ni takkan berenti selagi blogstarz tak tutup ye…Berhati perut la kawan. Mungkin diorang masih boleh membetulkan apa yang bengkok,menambah baik apa yg kurang, just give them sometime. Someday you will know……..pahitnya menjadi duda…sakitnya menjadi janda.. hu ha wa ka ka
Jan 25, 2009 at Jan 25, 2009
@hampeh IP Address : 203.82.79.2
duit dari internet haram ke? boleh bagi contoh? Aku rasa ko memang tak faham dan aku rasa mgkn ko tak baca artikel aku tu yang panjang lebar. Apa yang aku tanya kat situ bukan mengata orang. Aku cuma perlukan penjelasan. blogstarz adalah pengamal adsense dan lain lain terbesar. Kalau negara kita kena banned macam mana? Mana nak dapat duit dari internet. Itu yang aku khuatir.
Lagipun aku dah email kat iskandar mengenai persoalan aku dan dijawab oleh dia dengan gentleman. Tak macam kau yang menyalak tak tentu pasal.
Jan 26, 2009 at Jan 26, 2009
blogstarz sudah kuar metro yay! yay! kuar metro daaa… yay!
Jan 27, 2009 at Jan 27, 2009
@abdfatah I’m been published on metro? HUREY!!! LOL…
Jan 27, 2009 at Jan 27, 2009
Aku budak baru belajar… baru nak berjinak2 ngan blog. Terconsider gak nak join blogstarz… yalah, kita tak tau sgt, ada platform yg boleh tunjuk ajar, kira ok gak tu…tambah2 lak dah 2 Metro Ahad cerita ttg blogstarz ni… tapi bila dah baca komen2 berkaitan, betul gak kata taukey…
Baru 1st time kat cni, tak rasa lak post yg taukey letak tu sebagai menghina ke apa… more kepada mempersoalkan… rasanya tak salah.. .tapi tak taulah if org lain terasa marah….Alah, cam kat sekolah, if tak faham tanya cikgu… tapi if cikgu marah coz murid bertanya… susah la nak dapat ilmu cam tu… Jadi jgn marah if orang salah faham.
So far yg aku ikut ni, tak nampak lak, org blogstarz defend blogstarz cara betul… maksudnya, if org lain dah persoalkan teknik & cara pemasaran… napa tak explain apa2 ttg tu? Yg nampak, asyik kata org nak memghina @ memperkecilkan blogstarz je….Alah2 cam org politik je…
Sebenarnya, aku minat ngan idea blogstarz ni… iaitu menjadikan blog sesuatu yg senang utk org biasa cam aku yg buta IT… jadi boleh tak org blogstarz terangkan persoalan tu di sini?
Jan 27, 2009 at Jan 27, 2009
@kristalheart
saya sendiri sebenarnya berminat dengan blogstarz dan cuba membantu mereka dengan persoalan ni dan sekaligus mereka dapat memperbaiki lagi sistem sistem yang ada pada blogstarz. Tapi disebabkan dilayan dengan sebegitu terus dan dikatakan “menembak secara rambang” dan “mempunyai perasaan hasad dengki”. jadi sekarang aku tak nak terlibat lagi dengan mereka dan cuba membantu mereka dari segi tersebut. Aku mempunyai beberapa idea utk blogstarz tapi biarlah aku tanamkan idea tersebut dan mgkn di masa hadapan aku oleh gunakan untuk aku sendiri.
Jan 27, 2009 at Jan 27, 2009
kalu masyuk meeting pun cadangan dan idea lain dah tentunya tak lepas.
yay! blogstarz sudah semakin popular ke seluruh pelusuk alam…
ko jangan senang hati blogstarz,net hahahahaaa…
senang hati nampaknya masuk harian metro. domain akublogstarz available lagi tak?
Jan 27, 2009 at Jan 27, 2009
wahahahaha suka betul blogstarz.net tu masuk metro. muahahaha, kena saman kang
Jan 27, 2009 at Jan 27, 2009
lol abdfatah… hahaha… gogogo blogstarz.
Jan 28, 2009 at Jan 28, 2009
aku rasa adsense kat blog2 tu semua blogstarz yg punya, user click2 pastu bonus keuntungan diberi kepada mereka mengikut pakej yg diorang masuk. kalau betul l, tak baik o wat camtu. merempat advertiser ads nanti. byk lagi sistem bagus2 buleh buat.
Jan 28, 2009 at Jan 28, 2009
Semalam aku belek lagi cerita pasal blogstarz kat metro ahad… terperasan lak, rasanya, pendapatan yg diorg dapat byk2 tu bukannya datang dr blog tu sendiri, sebaliknya, dtg dari orang2 bawah… stail alah MLM…. sbb, ada makcik tu kata dia tak aktif, tapi 3 org bawah dia aktif, so tat’s y dia tetiba dapat RM3000. Setahu aku, blog ni kena buat sendiri kan…? if kena depend pd org bawah utk jalankan, maknanya buat cara MLM la tu… Betul tak?
Cadangan utk taukey, since ko terrer bab blog memblog ni… apa kata ko buat something cam blogstarz tu. Ko pun ada idea kan, so why not ko come up wit something like Blogging for Dummy( cam aku la, hehehe)… Coz org buta IT cam aku ni, mmg harapkan cara yg mudah je… tu pasal bila blogstarz muncul, ramai org melayu ikut, coz kita ni tau blog boleh buat duit cuma tak tau cara je. So bila ada cara konon2 mudah, cepat je terpengaruh… Amacam?
Jan 29, 2009 at Jan 29, 2009
Aku dah penat nak komen ttg blogstarz ni.
Tapi rasa nak komen jugak.
Tunggu jawapan dari owner blogstarz pun
sampai la ni tak dapat lagi.
Rasanya diorang ni langkah kiri. Lepas ni
kalau blogstarz dah ‘tutup’, diorang susah
la nak guna real name untuk promosi skim baru.
Terpaksa guna proksi pulak. Google akan
simpan semua artikel-artikel dan blog-blog
yang buat ulasan ttg blogstarz ni.
Maybe takde jawapan dari owner dia sebab skrg
ni mereka tengah counting days. Nak bagi jawapan
apa kalau memang takde jawapan kan?
Penat si TAUKEY karang posting elok-elok sampai
4 jam, last-last jawapan yang di terima tak ada.
Aku harap blogstarz boleh bertahan at least lagi
5-6 bulan sebab aku bercadang nak beli domain
‘blogstarz.id’ (indon version) Boleh buat duit ho
dengan word blogstarz ni. Hahaha
Jan 29, 2009 at Jan 29, 2009
kristal heart –> aku buat program macam tu? mgkn tidak. Blogging is about passion tentang sesuatu subjek, biarpun ianya personal. Byk benda kena belajar dari segi SEO, keyword, trend. Yang kes code html, php, asp tu tak perlu diketahui sgt. Sikit sikit sahaja. Salah satu cara utk mahir dalam blogging adalah mempunyai mentor
mat blogger –> aku tgk blogstarz.net dah ada dah org buat. aku pun tak kenal.
Jan 29, 2009 at Jan 29, 2009
Gosh! Hahaha… I got free advertisement from Karl Iskandar blog.
Feb 15, 2009 at Feb 15, 2009
hye taukey,
sebenarnya terbaca dlm metro ahad pasal blogstarz nie, bila tgk dalam tuh rasa tertarik nak join, tp b4 that nak survey dulu benda nie menipu or selamat tak..baca blog founder mr karl tentang soalan2 yang taukey tanya, baca blog richie,taukey,mael juga. n lepas baca semua2 tuh, saya decide not to join la..coz banyak sangat perkara yang meragukan..btw, thanks..coz memberikan info yg berguna untuk newbie seperti saya..
Feb 15, 2009 at Feb 15, 2009
tiada masalah sukabacaje. Aku cuma bagi point point yang relevan. Aku suka cara kau. Kau cari informasi terlebih dahulu sebelum menyertai apa apa program. Aku suka dan aku pasti kalau ko rajin ko akan berjaya jugak nanti sekiranya ko betul betul ingin membuat duit melalui internet.
Aku suka konsep mereka dan tertarik. Nak aku bagi idea tapi salah seorg mereka kata aku PHD. jadi ada baik juga aku simpan idea tersebut.
Kalau ingin maklumat lanjut juga, bro boleh layari blog ini juga.
http://www.uzairubiah.com/2009/01/review-jujur-untuk-blogstarz-karl-iskandar/
http://www.uzairubiah.com/2009/02/komen-dari-karl-blogstarz/
Feb 15, 2009 at Feb 15, 2009
thanks taukey,
dah habis bace entry dekat blog uzair tuh..thanks 4 da link!
great!salute dengan blogger yg macam korang nie..berani+prihatin..teruskan!
Feb 15, 2009 at Feb 15, 2009
tiada masalah sukabacaje. aku buat yang mampu. Blogger blogger yang lain pun buat apa yang mereka mampu juga
Feb 23, 2009 at Feb 23, 2009
aku harap enkau orang hati2 dan buat pemerhatian yang sebaiknya, klu betul dah guna sistem sama macam MLM setahu aku memang kena ada lesen AJL klu tak jadilah macam yang kita biasa dengar.Modal pon leh tahan juga
Mar 20, 2009 at Mar 20, 2009
akupun baru join blogstarz ni…aku ingat hebat sangat blog mereka ni sebab berbayar. pas aku log in kali pertama …hampeh…hahahaha..lebur duit aku 3999…mau berblog pun macam hajam jadah..agaknya fouder bs ni tak habis sekolah menengah kot…
kesialan aku….
hampeh
Apr 3, 2009 at Apr 3, 2009
budak budak..mcm ni la…
Apr 3, 2009 at Apr 3, 2009
ya. budak budak yang buat duit dengan banyak tanpa blogstarz memang macam ni.
Apr 7, 2009 at Apr 7, 2009
tokey kedai ucap terima kasih kerana anda dan termasuk saya juga telah membantu memperomosi website tokey kedai ni. dan disini juga tokey kedai telah letakkan google adsen dan nuffnang utk anda klik.. tokey kedai dapat untung anda apa dapat????
Apr 7, 2009 at Apr 7, 2009
saya juga ucapkan terima kasih kerana turut mempromosikan blog saya secara SEO.
Apr 9, 2009 at Apr 9, 2009
apa citer blogstarz sekarang? ada perkembangan terbaru ke?
Apr 9, 2009 at Apr 9, 2009
dah tatau apa cerita sekarang dah. mgkn dah nak slow down kot.
Apr 27, 2009 at Apr 27, 2009
salam semua…
dalam bekerja keras mencari rezeki yg halal.. memang begitu banyak cubaan & dugaan akan ditempuhi..
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubahnya..
utk pengetahuan semua di sini.., blogstarz.my baru saja menjayakan Karnival Gegaria Blogstarz sbg rakan pintar bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Senbilan, dirasmikan oleh TKSU Kementerian Pelancongan Malaysia di Pantai Cahaya, Port Dickson @ 24 – 26 April 2009 (baru semalam kemuncak hari terakhirnya..)
utk pengetahuan semua juga.. clickshare tlh digantikan dgn program adshare di mana semua blogger dlm blogstarz.my akan mendapat manfaat bersama drp pendapatan yg dijana oleh syarikat..
sesungguhnya.. yg terbaik itu milik Allah Subhanahuwataala.. dan yg buruk & taksempurna itu adalah manusia itu sendiri…
jadi, sama2lah kita berfikiran positif & berusaha bersama2 utk menjayakan serta meningkatkan prestasi kita sendiri.. terutamanya bangsa Melayu kita..
janganlah kita terus2an mencaci, menghina, serta mengkondem org/pihak lain sebelum kita mencuba & menilainya terlebih dahulu.. kita tak blh predict the future…
ANDA BERANI GAGAL..?? kalau tak berani, anda bukanlah pejuang yg sebenarnya..
utk pengetahuan, saya adalah salah seorang master.centre dgn modal RM3,399.00 dan alhamdulillah.. berkat usaha saya yg tulus & kerja kuat, pendapatan saya alhamdulillah… syukur atas segala rezeki kurniaanNYa…
siapa yg nak tolong org Melayu kalau bukan org Melayu sendiri yg menolong mereka… hayati kata2 saya ini..
salam…
(p/s) saya hanya akan beri email address saya atas permintaan mereka yg berfikiran positif.. bukan kpd mereka2 yg nak jatuhkan bangsa mereka sendiri.. harap maklum.
Apr 28, 2009 at Apr 28, 2009
Company2 mcm Blogstarz.my dan Monsoon ni memang kurang ajar.
Last2 org yg buat internet business full-time (e.g yg jual product, affiliate, adsense etc) jadi buruk.
Bagus taukey. Ini bukan masalah memburuk2kan orang Melayu. Ni masalah org2 Melayu memperbodoh2kan org Melayu.
Yg dah jatuh dalam lubang dan masih “berfikiran positif” bahawa bila gali lagi dalam, lagi bagus, teruslah gali lubang. Teruslah berjuang membela program2 bengong Blogstarz & Monsoon.
Dan recruitlah lagi ramai2 kawan yg akhirnya akan kena tipu.
Apr 28, 2009 at Apr 28, 2009
hahaha. ayat ko mmg pedas. kalau dilihat pada linkback atau trackback yang aku terima dari artikel ini aku blh agak ramai tak suka dengan program macm ni.
ini yang nampak, belum lagi yang kita jumpa dalam forum carigold, wangcyber dan rakan-rakan blogger yang lain.
aku pernah ingin memberi cadangan pada pihal blogstarz tapi ada seorg mamat yang gelar dirinya rajablog tu terus marah dan sindir aku. baik idea aku tu simpan sendiri. kalau dia orang nak idea aku dia orang boleh bayar satu juta dulu. wakakaka.
May 21, 2009 at May 21, 2009
hmmm…sudah2 la nk kondem org lain,cuba2 la yg kaki kutuk tu buat sesuatu program mcm blogstarz or lg better..atleast ada jugak saingan dan bole manjana income utk rakyat m’sia..kpd yg berkenaan plz show us something wat u got first,dont juz talk people’s bad thing! at least i can see blogstarz improving them self rite now..
p/s:nk jugak suatu hari nnt join taukey punya program plak…
May 21, 2009 at May 21, 2009
my bro bagitau..ini sumer mengarut..
mlm skrang ni ada mcm2… BLOG tu konon jer…
function sama jer..hahahaa bangkai.
lagi satu, apsal penyamun2 blogsampah mcm mengamuk jer?
kalau lu betul, jwb laaa profesionally.. tak skolah ker???
hahahaha LOL
ps: abg aku penah buat mlm..so dia tau selok belok tipu daya mlm ni…
so LU PIKIR LA SENDIRI!
Jun 14, 2009 at Jun 14, 2009
x taw la nk komen ape lagi.. cume nk bg taw.. mmg x gaye blog.. hehe..
Jun 30, 2009 at Jun 30, 2009
Tahniah saudara taukey kerana memberi ulasan review yg amat berguna ini.
Saya dapati review anda ikhlas demi kebaikan bersama juga. Membuat sesuatu program mestilah di kaji kesan baiknya dalam jangka masa panjang jangan dek ghairah mengejar kekayaan tetapi akhirnya menghadapi risiko lebih besar tanpa mengambil perhatian seperti hal-hal yg saudara bangkitkan.
Kebanyakkan peserta mungkin tidak menyedari hal-hal ini kerana kurang pengetahuan maka ulasan saudara memang kena pada masanya demi mengelakkan sesuatu yg tak di ingini berlaku.
Kalau boleh biarlah program ini betul-betul berjaya dan benar-benar menolong bangsa kita berjaya tetapi jangan ada yang mengambil kesempatan di atas mereka-mereka yg lurus bendul nak buat duit tetapi nanti akhirnya kecewa. Kesian….