Perasan tak sekarang sudah hujung tahun. Adakah anda telah mencapai impian anda atau lebih senang jika saya sebut azam tahun 2008? Saya buat masa ini sedikit sebanyak tercapai. Saya boleh katakan hanya 30 peratus sahaja tercapai. Amat sedikit bukan. Tapi pengalaman saya sepanjang 30 peratus tersebut sememangnya satu pengalaman yang saya tak lupakan.
Antara azam saya tahun lepas adalah untuk memperolehi wang melalui internet. Skop tersebut adalah erlalu luas. Walaupun begitu, sedikit demi sedikit saya telah mempelajari banyak benda terutama sekali dalam cubaan tersebut. Dan paling penting sekali adalah mengetahui kepentingan fokus, pengkhususan dan usaha gigih. Atas sebab azam itu juga, saya membina blog ini. Walaupun Page Rank telah jatuh kepada kosong dari PR2, tapi sekurang-kurangnya ia memberikan saya pengalaman yang amat berbaloi bagi saya.
Sekiranya anda sering membuat lompatan dari satu blog ke blog yang lain dalam usaha mencari ilmu ataupun hiburan, saya pasti anda akan membaca sesuatu atau terserempak dengan blog yang mempunyai artikel ingin berhenti menulis blog. Kenapakah berlakunya perkara sebegini? Saya sendiri pun tidak mengetahuinya. Jawapan tersebut semua terdapat dalam diri kita sendiri.
Jikalau anda perasan juga, berhenti menulis blog seolah-olah macam menjadi satu virus. Apabila salah seorang rakan blogger ingin berhenti menulis blog, rakan-rakan yang lain akan terasa sunyi, sayu dan tiada mood untuk meneruskan aktiviti blogging. Jangkitan dari entri sebegitu turut dirasai oleh saya sendiri. Tapi akhirnya saya kuatkan langkah dan teruskan juga dengan aktiviti blogging. Sehingga artikel saya yang lepas, saya tidak mampu mengemaskinikan blog ini atas alasan saya tiada akses kepada internet.
Saya sebenarnya berada di luar kawasan untuk tiga malam. Kalau diikutkan malam ini barulah balik ke rumah. Tapi proses kerja yang lancar akhirnya setiap kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mengizinkan kami balik awal. Apa pun, jauh dari internet memberikan saya satu nafas baru. Semakin bersemangat, semakin fokus dalam mencari duit dari internet ini.
Orang kata motivasi perlu dalam blogging. Anda boleh baca artikel tersebut. (klik sini). Diharap anda mendapat sesuatu dari artikel tersebut. Saya sudah mempelajari sesuatu. Anda bila lagi?
p/s : Apakah azam tahun 2009 anda?
p/p/s : Buang yang keruh dan ambil yang jernih
p/p/p/s : Terbaca mengenai Blogstarz lagi yang mengatakan Syarikat Tagermedia Sdn. Bhd. bernilai RM2.00 sahaja. Selanjutnya di sini.
Popularity: 5% [?]







biar betul. RM2 aje? mahal lagi rokok dunhill tu..
rokok dunhill memang mahal. harga secawan tongkat ali.
tu laa..harga rm2 jee..janji ngan orang ramai boleh menjana beribu-ribu…
di overseas, byk pulak bloggers ketagih jual blog sendiri.
aku pun rasa nak stop blogging & jual blog dekat sitepoint macam The University Kid buat:
http://theuniversitykid.com/this-blog-is-for-sale/
Kena ada semangat dan pendorong..
Memang ramai yang give up dengan blogging..
AKu pun tak tau sampai bila..
Harap2 aku dapat berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.. Cam pejuang plak ayat aku
chuckiesd –> hehehe. betul ke boleh dapat ribu ribu ke orang atas tu jer.
zool –> aku pun tak tahu sampai bila. tapi tempoh persaraan akan ada juga nanti. tu memang akan menjadi pusingan hidup. biasalah kan. yang baru akan menggantikan yang lama. tapi buat masa ni kita buat dengan hati yang riang dan enjoy
banyak azam aku yang tertinggal..
huhu.. aku dalam masa terdekat akan aktif balik..
slow2..
azam aku tahun depan mungkin mengembalikan semangat menunaikan azam2 yang tak tertunai.. hehe..
syuxx –> memang byk. jadi maksudnya disini bercampur-campur lah dengan blogger dari luar negara dan pasti kesepian tu hilang.
menteil –> aku pun lagi la banyak. wakakak. apa apa pun kita teruskan juga
kalo beli domain dan jual balik lagi bagus… memang untung buat flipping site nih… dah siap sedia dengan harga yang berpatutan , maka lepas tu boleh jual balik… berbaloi laa…
Hurm, lainlah kau dah plan nak jual blog kau dari awal penubuhannya. Maka aku rasa, tak salah jual
abdfatah –> yup memang untung
rajakamil –> hmm kalau tetiba nak jual taukey dot com ni amacam? hahaha.
bab bab jual blog ni bagi pendapat aku sendiri blog tersebut mesti ada niche. kalau MMO blog, personal blog, memang boleh jual tapi identiti blog tersebut akan berubah
Jangan katakan Dunhill, Halftime pun lagi mahal. Hoho….
Kalau aqnak tolak blog aq kat ko, ko nak mik brapa sekilo ???
aik boleh main timbang ke blog sekarang. hahahahaha
..blogging.. seronok! lebih-lebih lagi kalau keywords panas.. kita beradapada ‘front page’..
lagi seronok bila RM atau USD mencurah-curah…
Ramai blogger luar yang suka jual blog sendiri. Tapi kalau blog BI senang la.
sam –> yup. mencurah-curah jer duit tu masuk. semua traffik tu convert kepada duit
jimmy –> hmmm sebab blog BI bersifat global sebab tu lebih mudah jual berbanding dengan blog BM.
Jimmy, BI tu mmg penting..untuk berurusan ngn org luar mmg kena berbahasa inggeris.
yup memang penting. Orang kata untuk menjana byk duit dari aktiviti blogging kena target international. Kalau domestik kurang habuan yang kita dapat
Dah lama aku tak singgah blog ko ni..apsal skrng dah jarang kuar artikel2 gempak dowh..huhhuu
hehehe. ko nak gempak cemaner erkkk farah. nanti la aku kuarkan yang gempak gemapk. hehehe