Powered by Max Banner Ads 

Buat Duit Cara Entah Apa Apa

Written by taukey on Oct 7th, 2008 | Files under Scam / Penipuan

Tepat jam 8.30pm semalam, saya menerima mesej dari seorang mat salleh yang ingin mengupah saya sebanyak USD100 (itupun lepas saya cakap itu upah saya). Kerja yang dibuat hanyalah mudah dan senang. Orang yang tidak tahu menahu tentang dunia komputer pun boleh sahaja membuat tugasan tersebut. Cuma iklankan produk dia di freemarket.my. Antara sebab dia tak boleh nak iklan di situ adalah sebab dia tiada nombor telefon bimbit malaysia. Perlu membuat pengesahan dengan nombor pin yang dihantar ke telefon bimbit.

Jadi dia yang sememangnya telah lama berada dalam senarai yahoo messenger saya terus menghubungi saya dan memohon bantuan. Rasa takut pun ada sebab takut dia scammer dan nombor telefon saya akan dicop nanti. Rasa tamak pun ada sebab tu minta USD100 sebagai upah. Jadi saya cuba la untuk melihat web tersebut dan tertera di situ tak perlu pendaftaran dan sebagainya. Hati pun berasa lega sebab tidak perlu membuat apa apa walaupun tidak mendapat ganjaran USD100 tersebut. Sememangnya boleh sahaja menipu. Tapi duit tu akan jadi duit haram.

Dengan itu, saya pun menasihati mat salleh tersebut mengenai penemuan saya dan menasihati dia untuk membuat laman web jualan sendiri. Kalau tak silap saya dari 3 bulan lepas dia berkata masih dalam pembinaan sehinggalah sekarang. Bertambah pelik lagi dia nak upah saya jadi wakil jualan dia di Malaysia. Hmm upad dia 10 percent dari segala jualan yang saya buat. Barang-barang yang dijual merangkumi barangan elektronik  dan elektrik seperti gitar elektrik, telefon bimbit dan sebagainya.

Mat Salleh ni dari dahulu lagi nak mengupah saya tapi atas sebab ketidakpercayaan saya sering menolak segala tawaran yang dia kemukan biarpun lumayan mana sekalipun. Kalau difikirkan bukan ke lebih baik dia jual di ebay, atau membuat laman web sendiri atau paling paling pun jual di Commision Junction. Lebih mudah dan lebih senang. Alasan yang dia beritahu adalah dia pernah tertipu kerana pernah menerima cek palsu. Apakah bodohnya Mat Salleh tu. Saya pun kata kenapa tak periksa dengan bank dahulu cek tersebut sebelum menghantar barangan? Dia tanpa segan silu mengubah topik perbualan.

So untuk menghindari diri dari dia, saya memohon bayaran terlebih dahulu sebelum membuat kerja. Bincang punya bincang akhirnya dia pun hilang begitu sahaja. Saya anggarkan bahawa bulan depan dia akan kembali mencari saya. Oh Mat Salleh………

Popularity: 8% [?]


23 responses. Wanna say something?

  1. rohaizad
    Oct 7, 2008 at Oct 7, 2008
    #1

    1. Agak kabur permintaan Mat Salleh tu.
    2. Agak kabur permintaan Mat Salleh tu.
    3. Agak kabur permintaan Mat Salleh tu.
    4. Berhati-hati.
    5. Teruskan perjuangan.

  2. titan
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #2

    hehe..aku banyak gak dapat offer jadi moderator dan admin sebuah forum. aku run, dia invest.

    syarat aku simple je. satu minggu 100usd. setakat nih, ramai yang cuba dan ramai gak yang bayar.

    tapi, ramai yang tak bayar banding yang bayar. hehe..

    tu lum yang suh aku jual barang diorang, 50% keuntungan aku amek. UIh..banyak tu. Tapi last2, depa hilang..

    Prinsip aku senang je. Depa bayar dulu dan depa sedia segalanya. Senang aku wat keje..

  3. taukey
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #3

    rohaizad –> thanks utk nasihat. sebab tu takut gak. takut ditipu hari tu

    titan –> hmm orait. tips menarik. aku cuba amalkan ikut ko. hehehe.

  4. Nasrun
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #4

    Haha.. dah lama dah mat salleh ni..

    masih lagi mengejar kau.. haha :P

  5. am
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #5

    yerlahkan.. sekarang ni macam2 cara diorang boleh buat.. so paling senang mintak duit dulu.. kalau betul serius..

  6. zen
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #6

    dah sah ler mat saleh tuh scam…usah pecaya sgt dgn email n mesej cam tuh…

  7. taukey
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #7

    Nasrun –> entah kenapa Mat Salleh ni masih kejar aku gak

    Am –> yup mmg gitu la aku tgh buat. terus dia sunyi.

    zen –> hehehe. mmg scam la tu. dia ni antara orang orang yang suka spam kat forum-forum tu. promote barangan elektrik dan elektronik dia tu.

  8. samdaddycool
    Oct 8, 2008 at Oct 8, 2008
    #8

    .. kalo dia pompuan, ko ajak dia dating..

    kalo jantan, no money , no funny

  9. titan
    Oct 9, 2008 at Oct 9, 2008
    #9

    mintak duit dulu kalau dia serius. itu amalan aku. depa tak serius. ko cakap je boleh blah. bukan dia faham pun..

  10. pakar clickbank
    Oct 9, 2008 at Oct 9, 2008
    #10

    ha ha ha ..cerita yang best juga dibaca ,cinta yang suci adalah cinta yang abadi ,mat salleh ni suruh dia terjun saja dari mount kinabalu

  11. taukey
    Oct 9, 2008 at Oct 9, 2008
    #11

    titan –> nanti aku minta duit dulu lagi kalau dia nak monta tologn aku lagi

    pakar clickbank –> cerita mesti best tapi apa pulak kaitan dengan cinta. hehehe.

  12. myadlan
    Oct 9, 2008 at Oct 9, 2008
    #12

    harap2 job baru utk buat web bisnes klien ku ni xde la yang tipu2..

    ye betul juga kene berwaspada..

  13. taukey
    Oct 9, 2008 at Oct 9, 2008
    #13

    hehehe. aku tatau sangat. tapi utk buat web ni aku rasa si noktah hitam byk pengalaman dalam bab bab pembayaran macam tu. boleh minta nasihat dia. :D

  14. farahaznil
    Oct 11, 2008 at Oct 11, 2008
    #14

    mat salleh tu berkenan dgn ko ni..haha

  15. taukey
    Oct 11, 2008 at Oct 11, 2008
    #15

    cis ko. hahaha. aku bukan gay…….

  16. farahaznil
    Oct 12, 2008 at Oct 12, 2008
    #16

    sblm tu tanya la..mat salleh tu kayo ke tak..kalo kayo..ko sapu jelah..bak kata sam..sebat je..hi hi hi

  17. taukey
    Oct 12, 2008 at Oct 12, 2008
    #17

    heheheh….sebat je ke? nanti dia tak bayar kan ke rugi ko buat kerja daah….hehe.

  18. ihateher
    Oct 15, 2008 at Oct 15, 2008
    #18

    hehe. ambil deposit dulu sekurang-kurangnya. :)

  19. taukey
    Oct 15, 2008 at Oct 15, 2008
    #19

    hehehe…yup betul betul. dah cuba minta. tak berani bagi..

  20. ijamidayu
    Oct 18, 2008 at Oct 18, 2008
    #20

    Bulan depan dia wat la kisah lain lak erk? :)

  21. taukey
    Oct 18, 2008 at Oct 18, 2008
    #21

    hahahaha. ntah la. hari tu dia ada buzz aku plak. tapi takder plak kata apa apa… :D

  22. reddebt
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #22

    ler. macam-macam ye sekarang orang kalau nak wat duit. kira okla tu. tapi jangan mudah terpedaya ye.

  23. taukey
    Oct 20, 2008 at Oct 20, 2008
    #23

    :D nor problem. sebab tu saya tak berani nak buat kerja yang dia suruh tu…

Post a Comment