Entah sekarang saya berada dalam keadaan tidak siuman (bukan gila lah tapi marah wakakakaka) dan saya ingin menyimpulkan bahawa WANGMATRIX.NET adalah PROGRAM YANG MENIPU DAN SCAM. Bagaimana hendak memperoleh pendapatan RM9,000.00 hingga RM 15,000.00 sebulan dengan hanya menghantara email? Kalau betul, saya pun ingin berhenti kerja saya sekarang dan bekerja dengan program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.
Mungkin ada diantara anda mengatakan saya hanya membuang masa dengan menulis begini tetapi termaktub di dalam hati saya untuk menghentikan program sebegini. Dalam masa yang sama, salah seorang saudara yang saya sayangi hampir terjerumus ke kancah penipuan sebegini. Mengapa saya katakan dia terjerumus? Kerana dia pun terpaksa menipu orang lain untuk memperolehi kembali modal sebanyak RM50.00 dan seterusnya memperoleh wang tidak tumpah seperti mencuri dan merompak dari orang lain.
Biar saya dedahkan whois untuk program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.
Registrant:
SUCCESS MILION
Million Money ()
Kinarut Lama
Papar
Sabah,89608
MY
Tel. +013.8822001
Creation Date: 30-Sep-2007
Expiration Date: 30-Sep-2008
Hoi pengecut. Kenapa tak berani hendak letak nama sendiri? Nombor telefon pun tidak boleh dihubungi. Saya hendak bawa anda pergi minum kat coffee house Hotel 5 Bintang. All you can eat dude.
Modus Operandi Program Penipu WangMatrix.net
- Anda Daftar dan Bayar RM50.00
- Cari orang join dengan menghantar email kepada kawan kawan.
- Mereka join dapat komisen, mereka tak join tak dapat duit.
Mana pergi hantar email sahaja dapat duit? Bangang betul.
Lihatlah email spam yang saya terima tadi.
Cuma hantar email sahaja dapat RM350.00 seminggu. Boleh jadi jutawan begitu. Ha Ha Ha. Sekarang saya siarkan pada anda laman web utama program penipu dan scam wangmatrix.net. Lagi Satu dalam web tersebut ada tertulis BUKTI. Gambar mana la yang diambil dan diletakkan di situ. Kenapa tak letakkan sekali nombor telefon setiap orang dalam ruangan bukti tersebut?
Ingin sekali saya berjumpa dengan Admin Web tersebut supaya saya dapat memberi pengajaran kepada beliau mengenai sikap moral dan etika. Cukuplah makan duit haram tersebut. Berhenti menipu dengan membuat program penipu dan scam wangmatrix.net ini. Tutuplah website tersebut. hahaha.
Saya pun setuju bahwa orang ramai sepatutnya menyiasat perkara ini terlebih dahulu tetapi dengan jumlah rakyat Malaysia sebanyak 25 juta, rasanya tidak semua yang mengetahui perkara ini.
p/s : Kalau admin Web Program Penipuan Dan Scam Wangmatrix.net baca ini sila reply kat ruangan komen. Ingin sekali mendengar penjelasan tersebut.
p/s/s: Semoga perut Admin Web Program Penipuan Dan Scam Wangmatrix.net pecah kerana makan duit haram.
p/s/s/s : Kepada rakan-rakan blogger saya mohon anda untuk komen tentang SEO saya. terima kasih. hehehe
Popularity: 30% [?]









aku suka la dengan logo ko ni taukey. unik dan ada identiti… keep it up!
hahahahaha logo tu buat sekejap jer. hehehehe. lagipun aku bagitau dengan nasrun kat blog makmalcyber utk buatkan untuk aku. aku approve jer. hehehehe.
Thanks atas kata-kata semangat dan peransang.
Teruk betul program ni.. memang penipu n scam habis..
Lagi ade orang caye erk?
hahahaha…biasalah nasrun. hehehe. macam macam ada sekarang. aku saja buat post ni nak testing teknik SEO yang aku tau. Eksperimen la kononnya
perh..kalo camni..tak payah belajo tinggi dh kaya raya..lahanat pny scumbag nih..
[...] Buat Duit Pendapatan Lumayan – Wangmatrix.Net – Program Penipu dan Scam [...]
hahahaha….tak yah risau minyak naik, tak yah apa apa yang berkaitan dengan duit. hahaha. memang pun lakhanat. hehehe
he…23x menganas nmpk…hapuskan scam..perigiduit pun same
Ganas ke? biasa tu. hehehe. aku nak testing power. hahaha
mmmg ade urmmm…(iklan teh boh) mana2 yang ko rasa xkena dalam internet nie…ko kne lafaskan..lepas nie jd YB la ek
hehehehe. jadi YB? tak nak dulu lah. Aku belum ada bakat untuk berdebat. Nanti aku jadi macam abang Bung. bahaya beb. hehehe
YB kat parlimen blog je la…menegakan hak asasi blogger yang semakin diperkatakan..
hahahaha…ko la jadi YB blog. ko ada bakat dan pengalaman jadi MPP. aku hampeh jer la. wakakakaa
[...] Sebenarnya, masalah ini boleh diatasi oleh newbie sendiri, elakkan diri daripada teripu dengan skim-skim penipu seperti yang ada sekarang termasuklah Monsun Biz dan WangMatrix.net. [...]
…. program ni dah lama wujud… dengan konsep surat berantai… tapi kali ni, mamat ni kreatif, ceduk balik idea asal, di IT kan. So yang menjadi mangsa adalah orang ramai (especially newbie) yang terdesak utk kaya / mencari duit lebih.
mereka tanpa berfikir kali kedua… atau mungkin patut sampai 18 kali… terus join.. (sapa taknak duit!)
…jadi tugas bloggers / IM mennyedarkan umum kepada scmmers macam ni supay minda masyarakat kita lebih terbuka dan mengenali mana satu IM, mana satu HYIP dan scam2 yg lain…
hehehehe…saya sokong sam. hehehe. rasanya kat forum wangcyber best. byk dapat tahu ttg program cenggitu. ehehhe.
dapat tau mana yang betul dan tak betul
Tapi walau camanapun kita bagitau scam kalau ada lagi yang buat program camnii mesti ada lagi yang join.. dan spam kat email aku..
hhahahaha…betul jugak tu. takper la. sebagai salah satu cara blogging dan mantapkan teknik teknik SEO yang ada. hehehe
Hahaha…berlambak-lambak program scam. Kesian la kat org yg taktau apa2..moga apa yg ko harap tu supaya perut admin wangmatrik ni pecah akan menjadi kenyataan sebab makan duit haram..kih3.
Eh, Framestone..apesal ko cakap perigiduit scam aaa? Boleh jelaskan?
hahahaha. perut pecah la plak. hehehe. pasal perigiduit tu aku susah sikit nak cakap scam cuma ianya skim piramid. tapi kalau ebook yang dia bagi kat situ berkualiti takder masalah agak nyer la.
[...] Buat Duit Pendapatan Lumayan – Wangmatrix.Net – Program Penipu dan Scam [...]
makin banyak scam, kawan-kawan saye kalu nak buat pelaburan tenet semua tanya kat saye
hehehehe esempoi.com dah arif ttg hal internet dan perniagaan internet serta blogging jadi tiada masalah nyer nak ajar dia org. Bagus la takut nanti ditipu susah.
aku tak kata diorang ni tipu. Tapi diorang ni cam monsun biz gak. Diorang tak jelas terang-terang. Promosi diorang hype lebih.
Bagi aku, sistem macam nih memang dah berleluasa. Aku rasa sistem ni still leh pakai. Cuma kaedah diorang promosi tu wat kita rasa bengang aje. So, abaikan aje sebab memang ramai yg buat duit dari program ni. Aku tahu sebab kawan aku sendiri dapat duit. Tapi macam yg ko cakap la. ramai yg rasa tertipu. Sebabnya? Diorang tak perjelaskan benda nih awal-awal.
Lagi satu, silap kita gak. Main join aje mana2 program yg nampak best. Sekali bila susah nak wat duit. Mula la salahkan orang lain.
So, persoalannya. Kita nak salahkan siapa dulu?
Kena la pkir sendiri.. salah sendiri salah kan orang lain camni la jadi nyer.. hehe
Titan—> tu la pasal sebab kurang informasi yang diberikan mungkin menyebabkan kita kekadang berfikir secara negatif. Usaha penting juga kan titan. hehehe. Tanpa usaha apa apa pun tak boleh jalan
Nasrun—> wakakakakaka….mmg la. kekadang kita tersilap pandang sesuatu. Berhati di jalan raya. wakkaak
tu pasal wujudnya 2 kategori baru kat blog aku.
1. edisi siast
2. open case
Jangan blog korang jadi mangsa edisi siasat aku sudah la. haha..
haha..marah tul ko taukey ye.. biasela tenet ni byk je tipu helahnya.. kene hati-hati cket..
hahaha. bunyi cam marah erkk… hehehe…best kan kalau pandai manipulasi ayat. wakakaka. aku rilek jer. post tu utk testing SEO.
[...] kurang juga yang tertipu dengan beberapa skim-skim cepat kaya seperti Monsun Biz dan WangMatrix.net. Ini lah yang membuatkan pengguna internet di Malaysia semakin fobia untuk berkecimpung di dalam [...]
Ishh…ish… elok bebenoo lee dedah kan macam-macam program scam di Malaysia nii… buat lee satu ruang untuk perkongsian SCAM al SCAM !
wakakakaka…dedah jer apa sahaja. asalkan boleh dan tau dan pasti
Terima kasih banyak, ada orang random email kat aku. Aku pun tertarik la RM9000, siapa tidak mau. Tapi kawan advise cari kat google pasal scam… aku pun cari… Terima kasih
tidak menjadi masalah. saya gembira sekiranya anda mendengar nasihat saya ini. Apa apa pun kajian hendaklah dibuat secara menyeluruh sebelum menyertai sebarang program di internet
hi kengkawan..betul ker??nasib baik mimi
tak perdaya bebenda nie semua mane ade duit dtg melayang…..
a’ah. nasib baik erk mimie. kalau tak habis gitu jer duit. kalau duit datang melayang semua dah menyambut duit tu
… masalah benda haram jadah ni, ayyyaaatt memang power, susunan bait2 perkataan tu memang memukau lah sapa yg mmg tgh kering / desperatenak duit…
tapi paling power ‘ anto emel, dpt duit’ .. sapa takanak! kalo budak sekolah rendah yang dah pandai guna emel, mesti nak.. anto emel = dapat duit. dapat duit = beli jajan
jajan tu apa benda sam? tatau pulak aku.
hello…aku pernah join bende nie tp website lain..(www.mtmssuccess.com).. tapi nasib baik kena bayar RM10 je.. sekarang nie banyak betul penipu kat internet nie…
hello…aku ade join bende2 macam nie..tapi dr website lain (www.mtmssuccess.com)..matif operasi masih sama iaitu nak kena hantar email kepada email orang lain untuk dapatkan duit… sekarang bayak betul penipu kat internet nie.. tapi nasib baik kena tipu RM10 je..haha.
kalau kat johor , jajan = junk food
tak tau mcmana diorg convert jadik jajan.. muahahaha
hisham—> hahaha Rm10 jer yer. ok la. Sekurangnya blh ajar org yg mudah tertipu nanti.
sam–> hahaha. ada duit dapat beli jajan erk. wakakaka
bagus gak tu,,nnti bleh tebus dosa kita kat admin wangmatrix ni…..
hahahaa….nak tebus dosa la pulak. hehehe
salam,sape2 tlog gtaw aku scam dgn spam ni ape?aku xtaw la..aku pon ade join program ni.tlog aku weih
scam = penipuan.
spam = letak link sembarangan dalam forum, hantar email promoi ke email yang tidak dikenali, buat komen kat ruangan blog sambil meletakkan link promosi
saya pun br je tgk website wangmatrik td..terpikir jgk, betui ka cuma htr email je dah dpt RM30. cam tak logik..
sebab nak tau betul ke tak..tu pasal saya search ttg dia..nasib baik jumpa website ni… TQ utk penerangan..hehe
hehehe memang tak logik pun kan. kalau hantar email dapat RM30 semua dah jadi jutawan.