Membuat duit melalui internet sememangnya menjadi satu trend pada masa kini. Boleh dikatakan semakin ramai yang ingin mencuba membuat duit melalui internet dan percaya akan ayat membuat duit melalui internet. Walaupun begitu masih ramai juga yang menganggap 60 peratus perkara yang dalam internet adalah sampah dan membuat duit melalui internet sememangnya tidak boleh dipercayai dan ada banyak penyangak dalam internet. Apa pun kita biarkan mereka dengan hidup mereka. Yang penting kita tahu kita tidak menyalahi undang-undang dalam cubaan kita untuk mencari sedikit duit sampingan melalui internet.
Jadi sebelum itu, kita hendaklah mempunyai akaun paypal untuk memudahkan urusniaga kita. Saya pasti ramai dah ada akaun paypal. Keburukan dan kebaikan akaun paypal ini juga banyak sebenarnya tapi jikalau kita berhati-hati rasanya tiada masalah. Banyak lagi akaun lain yang boleh dibuka seperti Alert Pay, tapi saya lebih gemarkan menggunakan paypal kerana majoriti yang menjalankan perniagaan internet menggunakan paypal. Bahkan banyak program hanya membayar menggunakan paypal. Jadi anda semua hanya perlu mendaftar paypal sahaja buat permulaan ini. Dan nanti-nanti anda akan membuka akaun di beberapa payment processor yang lain.
Apa apa pun setelah anda membuka akaun paypal, saya pasti anda akan ketahui bahawa akaun paypal anda adalah unverified. Sebenarnya tiada masalah sekiranya masih unverified cuma kebanyakan program hanya membayar akaun yang verified sahaja. Selain itu, dengan akaun yang verified, anda akan mempunyai kredibiliti yang lebih baik lagi kerana si pembayar boleh mengetahui samada akaun anda verified ataupun belum.
Ada beberapa cara untuk verified akaun paypal. Anda boleh menggunakan Public Bank Debit Card, Kad Kredit Visa, dan Prepaid Card Tune Money. Dengan menggunakan kad tersebut, bukan sahaja anda boleh verify akaun paypal anda bahkan anda boleh membuat pengeluaran duit paypal tersebut ke akaun bank anda. Menarik bukan.
Ada satu lagi alternatif iaitu melalui Virtual Credit Card atau VCC. Ini merupakan kad kredit maya yang dikhaskan untuk verify akaun paypal dan ebay. Kelemahannya cumalah dari segi pengeluaran duit tersebut di mana anda memang tidak boleh mengeluarkan duit dari akaun tersebut. Tapi anda boleh sahaja menjual duit dalam akaun paypal anda di dalam forum-forum. Ramai sahaja yang ingin membelinya.
Read more..
Entri malam tadi sudah menghilang tapi tak kisah asalkan entri yang sebelum ini telah muncul kembali. Terima kasih kepada NETKL kerana membuat demikian. Walaupun terdapat lagi kemungkinan file yang corrupted, terpaksa juga saya upgrade blog saya ke wordpress 2.6.2. Apa yang dapat dilihat pada wordpress 2.6.2 tidak jauh bezanya dengan 2.5.1 yang digunakan sebeblum ini. Apa pun masalah ini diharap sudah selesai cuma terdapat beberapa gangguan dalam blog ini dan kemungkinan ini disebabkan oleh plugin yang digunakan.
Oh ya anda perasan tak sekarang Google sedang update rank website dan blog. Blog taukey ini telah terkena penalty yang saya jangkaan akibat daripada penjualan link. Adakah disebabkan google analytics yang diinstall dalam blog ini menyebabkan script bakclink dot com kena detect oleh google yang seterusnya mengenakan penalty? Hanya Google sahaja yang tahu.
Tetapi salah satu blog milik saya telah meningkat kepada PR1 walaupun tidak membuat sebarang promosi terutama sekali dari segi backlink. Salah satu blog yang menyertai pertandignan SEO dalam Forum Jom Bincang milik seorang blogger bernama Insipration meningkat ke PR2. Dapat ke tak kejar ni? Ha Ha Ha.
Oh ini intipati entri entri yang lepas.
1. Aeropama Dot Com telah dikenakan tindakan ISA oleh Persatuan Blogger kerana menghina blogspot.
2. Catzer jual hosting. Nak minta kena ‘ayat’ kalau nak beli hosting dia.
p/s : kepada kengkawan yang telah mengomen dalam blog ini sebelum ini saya ingin minta maaf sebab komen anda pun turut hilang atas akibat proses restoration oleh pihak NETKL.
Saya sudah menjadi seorang jutawan kerana Ebook sahaja. Percaya tak percaya. Kalau anda tak percaya terpulang kepada diri anda sendiri. Ini baru sahaja dari Ebook tetapi kalau saya lebih rajin lagi menggunakan Google kemungkinan saya sudah menjadi billionaire sudah sekarang.

Image Credit to : Make Money Online
Dari Seorang “LOSER”
Ni pun satu lagi.Sama je dgn yg lain-Scam. Aku tengok semua program dlm internet jual ebook.tapi kata boleh kaya-raya.pasti kata yg lain scam.sini kata sana scam.sana kata sini scam.aku dah join banyak program, tapi gak kaya-raya…
semua jual ebook..cuba jual bende lain mcm senjata api ke,dadah ke,pompuan ke..
aku dah marah ni pasal dah banyak join program jana wang dlm internet tp tak kaya-kaya gak…
huh..!!!
Inilah mesej yang saya terima hari ini. Tetapi percayakah anda saya dah jutawan sudah sekarang????? Tepuk dada tanya selera. Ingin sekali saya membuat satu entri mengenai perkara ini tapi dah terlampau banyak entri mengenai nasihat kepada kawan -kawan yang sebegini dari para bloggers dan para Usahawan Internet. So diharap dia membaca post ini dan faham-faham sendiri.
Kalau anda masih juga tidak faham, sila bertanya dengan baik. Kita sebagai rakyat Malaysia patut menunjukkan segala etika tak kira kaum dan agama. Sebab itulah Malaysia mampu aman dan makmur serta berkembang dengan pesat. Saya dengan rela hati akan membalas email segala pertanyaan anda. Sekiranya ia terlalu kompleks mungkin saya boleh berikan anda rujukan.
Beberapa hari ini asyik sama sahaja post. Maaflah sebab wabak tag ini terkena saya dan memang sudah menjadi sikap saya walaupun tag sama tetapi dari orang yang berlainan, so saya bertanggungjawab untuk menjawab setiap satunya.
. Jadi anda asyik membaca entri yang lebih kurang sama.
Apa pun saya gembira menjawab kesemua tag tersebut dan yang paling bestnya tak perlu fikir sangat sebab copy and paste sahaja. He He He.
Masihkah anda ingin entri memohon nasihat saya? Saya ingin umumkan bahawa saya telah menerima kembali wang saya tersebut. Nasib baik juga dia jujur dalam menjalankan perniagaan ini. Walaupun lambat tetapi saya menerimanya juga. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang telah menasihati saya.
Nampak gayanya beliau mengembalikan wang saya seperti yang disebut olehnya dan iaitu pada hujung bulan. Syukurlah dan sekarang berasa sedikit selesa. Diharap perkara sebegini tidak akan terjadi lagi.
Sekarang saya berasa teramat letih kerana latihan Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak sedang dijalankan dan pihak kami telah beberapa hari menjalani raptai. Yang bestnya, walaupun letih saya merasa enjoy dan gembira menjalankan aktiviti tersebut. Diharap pada hari tersebut nanti stamina saya cukup kuat untuk berdiri dan bertahan selama upacara dijalankan.
Apa pula aktiviti anda pada masa tersebut nanti?
Diharap anda juga gembira pada hujung minggu tersebut. Merdeka….