SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Email Promosi Berkesan ???

Written by taukey on Nov 11th, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Spamming adalah ayat yang kita sering kedengaran terutamanya dalam forum serta ruangan komen. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Tak kurang juga yang membuat spam atas alasan politik, ekonomi dan sebagainya. Adakah ianya berguna? Sudah tentu kesannya lebih memudaratkan. Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai cara yang lain untuk mempromosikan perniagaan anda.

Sekiranya dibiarkan ibarat dibanjiri oleh air sungai yang bah ketika hujan turun tanpa berhenti selama seminggu. Dan apabila hujan berhenti dan air mula surut, kesan sampingan seperti bau, sampah, kerosakan harta benda dan sebagainya akan dialami. Begitu juga spamming. Kesan yang buruk akan berlaku kepada perniagaan anda ataupun anda sendiri. Secara tak lansung ini memburukkan nama anda sendiri.

Saya pasti aktiviti spam akan terus wujud di alam maya ini tak kisah samada kepada email anda, forum komuniti anda, website anda, chatbox anda dan sebagainya. Dimana tempat boleh ditaip disitulah tempat yang boleh dispam. Cuma apa yang membuatkan saya berasa sakit hati adalah apabila spammers menggunakan nama orang lain untuk membuat spamming. Nama-nama yang digunakan adalah nama orang yang sememangnya terkenal dalam dunia perniagaan internet ini.

Read more..


Juru Taip Di Rumah

Written by taukey on Aug 27th, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Jurutaip? Dibayar sebulan secara kasar sebanyak RM3,800.00. Kalau betul, memang ramai dah berhenti bekerja dan jadi jurutaip. Sudah sebulan lebih menerima email promosi sebegini akhirnya saya cuba reply kerana ingin melihat maklum balas dari empunya email tersebut dengan mengatakan saya berminat.

Modus operandi program jurutaip ini sebenarnya dah lapuk tetapi kalau kita lihat statistik pengguna internet di Malaysia ini semakin bertambah dan ada yang jenis cepat terpengaruh dan ada yang jenis cepat tertipu, ada yang jenis rajin mencari ilmu, ada yang buat siasatan dahulu. Banyak ragam manusia sebenarnya. Jadi tak mustahil ada yang akan terkena tipu oleh modus sebegini.

Saya ada bertanya juga mengenai nombor pendaftaran syarikat beliau dan nama syarikat tetapi tidak dibalas. Dan akhirnya saya menerima lagi email promosi. Jadi saya beranggapan perkara ini adalah scam selagi tiada orang yang menyangkalnya dengan bukti yang sahih.

Apa yang menjadi persoalan utama saya adalah kita perlu membayar sebanyak RM30 pendaftaran. Sepatutnya kalau sesuatu tugasan itu tidak dilaksanakan oleh pekerja freelance anda bayaran tidak perlu dibuat. Sepatutnya semudah sebegitu sahaja. Jadi saya mengandaikan sekiranya anda membayar untuk mengikuti program jurutaip di rumah tersebut dan bayaran RM tersebutlah yang menjadi pendapatan kepada empunya. Anda buat perkara yang sama dan akhirnya anda pun mendapat duit berikut sekiranya anda mampu menjalankan kegiatan penipuan ini.

Read more..


Buat Duit Pendapatan Lumayan - Wangmatrix.Net - Program Penipu dan Scam

Written by taukey on Jun 22nd, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Entah sekarang saya berada dalam keadaan tidak siuman (bukan gila lah tapi marah wakakakaka) dan saya ingin menyimpulkan bahawa WANGMATRIX.NET adalah PROGRAM YANG MENIPU DAN SCAM. Bagaimana hendak memperoleh pendapatan RM9,000.00 hingga RM 15,000.00 sebulan dengan hanya menghantara email? Kalau betul, saya pun ingin berhenti kerja saya sekarang dan bekerja dengan program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.

Mungkin ada diantara anda mengatakan saya hanya membuang masa dengan menulis begini tetapi termaktub di dalam hati saya untuk menghentikan program sebegini. Dalam masa yang sama, salah seorang saudara yang saya sayangi hampir terjerumus ke kancah penipuan sebegini. Mengapa saya katakan dia terjerumus? Kerana dia pun terpaksa menipu orang lain untuk memperolehi kembali modal sebanyak RM50.00 dan seterusnya memperoleh wang tidak tumpah seperti mencuri dan merompak dari orang lain.

Biar saya dedahkan whois untuk program penipu dan scam WANGMATRIX.NET.

Registrant:
SUCCESS MILION
Million Money ()
Kinarut Lama
Papar
Sabah,89608
MY
Tel. +013.8822001

Creation Date: 30-Sep-2007
Expiration Date: 30-Sep-2008

Hoi pengecut. Kenapa tak berani hendak letak nama sendiri? Nombor telefon pun tidak boleh dihubungi. Saya hendak bawa anda pergi minum kat coffee house Hotel 5 Bintang. All you can eat dude.

Modus Operandi Program Penipu WangMatrix.net

  1. Anda Daftar dan Bayar RM50.00
  2. Cari orang join dengan menghantar email kepada kawan kawan.
  3. Mereka join dapat komisen, mereka tak join tak dapat duit.

Mana pergi hantar email sahaja dapat duit? Bangang betul.

Read more..


Wang USD $2,750.000.00

Written by taukey on Apr 13th, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Hari ini saya sibuk membuat promosi blog saya ini demi untuk menambahkan trafik jamm. Selain itu juga, saya juga tengah nak belajar dengan lebih banyak lagi ilmu-ilmu yang berkaitan. Walaupun saya mengalami masalah dari segi “Terms” kerana kurang memahami ayat-ayat internet ini tapi ini sebenarnya tidak mematahkan tulang semangat saya. Malah membuatkan saya lebih seronok. Selain itu, apa yang saya perasan dunia IM dan dunia akhirat MLM adalah dua dunia yang amat berbeza.

Mengapa saya katakan berbeza?

Paling utama adalah mereka lansung tidak besifat dengki, cemburu di antara satu sama lain. Malah mereka lebih suka membantu. Mereka lansung tidak gentar atau takut dengan sebarang persaingan kerana bagi mereka persaingan yang sihat adalah merupakan antara faktor yang akan menentukan kejayaan mereka. Saya tak nafikan yang menjadi monopoli market dapat menjadikan anda seorang yang gila mendapat pendapatan yang tinggi tetapi ianya tiada kesinambungan. Maksud saya di sini adalah produk anda akan senantiasa begitu dan tiada perubahan kepada kualiti yang dilakukan. Saya tahu saya masih baru dan mungkin juga belum layak untuk memberikan info sebegini tetapi itulah perbezaan yang saya ketahui. Saya sendiri pun agent MLM dan saya lihat segelintir agent MLM yang menjalankan perniagaan MLM di dalam bidang yang sama mengutuk antara satu sama lain dengan memperhebatkan pelan pemasaran mereka dan dalam masa yang sama menjatuhkan pelan pemasaran orang lain. Hmmm…..nice food for thought.

Dah melalut panjang pula dah sekarang. Dalam kesibukan mempromosikan blog ini, saya menerima satu email. Email tersebut hanyalah dapat menipu orang yang bodoh, tamak, serta kekurangan ilmu di dada. Tak sangka- sangka pula saya sendiri terkena pula dah. Berikut adalah email yang saya terima :-

Read more..