Blog wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ramai yang berlumba-lumba membuat blog dengan harapan memperolehi duit dari aktivit blogging. Ketahuilah blogging untuk mendapatkan pendapatan bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekali bagi orang-orang yang baru menceburinya. Kini, Mas Dino atau lebih dikenali dengan nama MoneyCeo telah membuat satu panduan ebook Rahsia Jutawan Blog. Semestinya ramai yang dah mengenalinya terutama sekali yang selalu bertandang ke forum tanyasifu.com.

Untuk menjadi jutawan dalam blogging bukanlah sesuatu yang mustahil tetapi anda perlu mempunyai satu panduan untuk menunjukkan jalan supaya anda tidak tersesat ke arah objektif tersebut. Di dalam pakej rahsia jutawan blog ini, terdapat beberapa elemen rahsia yang jarang kita dengari dan mungkin pernah didengari tetapi tidak dititikberatkan.
Read more..
Ramai yang telah membuat review mengenai blogstarz.my dan saya sendiri tidak terkecuali. Sehinggakan saya bertegang dengan salah seorang orang kuat blogstarz di blog Ridzuan Richie. Selain itu, pertegangan yang berlaku tersebut telah membuat seorang yang bernama RajaBlog (Tiada link blog. Sekiranya Raja Blog ada blog, sila bagi link kat ruangan komen. Ingin juga mengenali anda dengan lebih lanjut) memberikan komen bahawa saya ingin menjatuhkan perniagaan sesama kaum bumiputra dan Lochoe pun tersalah anggap blog itu adalah blog saya sehingga dia mencaci saya untuk menukar kepada nama Lim Taukey Eng ataupun Taukey Kok. Nampak gayanya, ramai yang beremosi dalam memberikan komen di blog tersebut. Maafkan saya sekiranya saya menyebabkan anda tidak keruan dan menimbulkan kemarahan pada diri anda. He He He. Kepada kawan-kawan yang lain anda boleh sahaja melawat entri ini untuk membaca pertegangan tersebut.Cuma nasihat saya kat sini, tolong jangan “tambah nasi”. ekekekeke. Dalam entri di blog taukey dot com ini mengenai blogstarz pun banyak komen mengenainya. Sila pergi ke entri blogstarz.
Saya telah berjanji kepada anda akan membuat review khas mengenai blogstarz dan saya rasa sekarang saya mempunyai sedikit sebanyak informasi yang boleh kita renung-renungkan. Entri ini mungkin adalah merupakan entri terpanjang yang akan saya buat. Jadi harap anda baca sampai habis dengan hati yang tenang. Kalau ada perasaan marah, saya harap anda tekan butang X di atas dan buat komen pada hari lain. Fikir-fikirkan lah. Kerana mulut badan binasa. Betul tak?
Sekarang kita teruskan cara-cara memperolehi pendapatan melalui blogstarz.my ini. Blogstarz setahu saya memberikan pendapatan kepada pesertanya melalui empat (4) cara.
Read more..
Project Wonderful adalah merupakan salah satu projek pengiklanan di mana pengiklan perlu membida untuk mendapatkan ruangan untuk mengiklan di blog anda. Ini merupakan antara salah satu cara menjana pendapatan dengan pengiklanan di blog.
Saya secara tak sengaja melihat shaxx (Papa Bear) membuat review bahawa beliau telah dibayar hasil pengumpulan setiap bidaan yang diterima. jadi secara tak lansung saya mendapat tahu bahawa peluang menjana pendapatan melalui Project Wonderful sememangnya bukan scam.
Bagaimanakah caranya untuk menjana pendapatan melalui Project Wonderful ini?
Semestinya program ini merupakan antara yang termudah dan saya pasti ramai blogger boleh sahaja melakukannya. Apa yang anda perlu buat hanyalah mendaftar di web Project Wonderful dan seterusnya membuat pendaftaran blog anda. Setelah mendaftar anda perlu menunggu sehingga anda menerima email bahawa blog anda di approve oleh admin Project Wonderful.
Sebaik sahaja blog anda approve, anda hanya perlu membuat beberapa lagi perkara seperti, jenis paparan iklan yang anda ingin paparkan, bidaan terendah, nofollow atau dofollow link, dan sebagainya. Semuanya amatlah mudah. Setelah semua selesai, ambil kod yang diperlukan dan letakkan di dalam blog anda. Biar dan tunggu bidaan masuk. Anda boleh memilih untuk auto approve setiap bidaan ataupun sebaliknya.
Saya tiada tips istimewa untuk menjana pendapatan melalui program ini. Cuma apa yang saya pasti adalah traffik ke blog anda akan menentukan bidaan yang anda terima. Untuk permulaan ini, sila letakkan bidaan terendah USD 0.01.
Mantapkan traffik ke blog anda dan saya pasti bidaan akan senantiasa masuk ke blog anda
p/s : Contoh boleh dilihat di bahagian side bar blog ini yang ditulis dengan sponsored.