SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Social Bookmarking Cara Mudah

Written by taukey on Aug 16th, 2008 | Files under SEO

Semakin hari semakin rancak dunia penjanaan pendapatan dari internet di Malaysia. Pelbagai jenis panduan, tips serta perbincangan mengenai perkara tersebut dilakukan samada di dalam forum, blog atau mungkin di dalam yahoo messenger sekalipun. Ingin saya ucapkan tahniah kepada anda semua. Semoga anda senantiasa berjaya di masa hadapan.

Ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberikan komen kepada entri yang bertajuk “Memohon Nasihat”. Untuk pengetahuan semua, segala nasihat tersebut akan dijadikan pendorong serta memberikan panduan untuk diri saya sendiri bagaimana untuk berdepan dengan masalah sedemikian rupa. Lagi satu, IM tersebut mengatakan yang dia akan membayar hujung bulan ini. Jadi kita tunggu dan lihat. Ada juga dia mengatakan bahawa dia tengah restructure website tersebut. Maaf hanya satu kesilapan sebegini akan membuatkan kewujudan ketidakpercayaan dalam diri saya.

Saya sebenarnya dalam keadaan lemah sebab bermain bola malam semalam. Penat sangat. Tapi berbaloi sebab saya merasakan diri menjadi lemah dan kesihatan mungkin terganggu. Salah satu simptonnya adalah mengantuk setiap kali lepas makan biar pun sedikit atau pun banyak. Kadar kolestrol dah meningkat agak nya. Jadi kesimpullannya lepas ini saya wajib bersukan biarpun seminggu sekali.

Read more..


Menjana Wang Dengan Affiliate

Written by taukey on Aug 11th, 2008 | Files under Dunia IM, SEO

Rahsia menjadi pro - affiliate memang rahsia. Ingatkan hanya letak banner sahaja kat ruangan blog ataupun sekadar mengiklan secara terus. Nampak gayanya banyak benda lagi perlu dibuat. Saya sendiri boleh dikatakan masih baru dan hanya sekadar berada di dunia maya lebih kurang 4 bulan lebih. Hmm dah kurang pun ada lebih jugak. :D

Sebenarnya ebook rahisa menjadi pro - affiliate keluaran kumpulan smart brain ini banyak mengajar erti kehidupan sebagai seorang affiliate. Apa yang perlu dibuat, kajian yang perlu dijalankan dan sebagainya. Untuk makluman, ebook ini adalah percuma. Ebook ringkas ini sudah memberikan saya wang. Kalau diikutkan kata titan memang 4 angka. Ingin melihat screen shot. Boleh sahaja. Tengoklah ya. Memang 4 angka pun.

Read more..


Percubaan Menggunakan Google Analytics

Written by taukey on Aug 9th, 2008 | Files under SEO

Selama ini saya sememannya tidak pernah menggunakan tool google analytics. Kebiasaannya menggunakan tools lain seperti stat counter dan sebagainya kalau untuk blogspot. Sekiranya untuk blog ini, kebanyakkan data saya perolehi dengan menggunakan awstat.

Oh ya, terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang telah memberikan nasihat kepada saya mengenai kes saya tersebut. Saya akan usahakan segalanya yang diperlukan dan berita baik atau buruk akan saya umumkan nanti. he he he. Macam bunyi pilihanraya.

Banyak jugak info yang boleh diketahui kat tools ini rupanya. Saya sendiri belum menggunakan sepenuhnya. Tapi yang menariknya saya dapat mengetahui bounce rate, keyword, visit dari mana dan sebagainya. Dulu, selalu membaca di blog orang mengenai kekuatan tools ini. Rupanya banyak guna jugak. he he he. Sekarang saya dah letak kat beberapa blog adsense dan sedang melihat dan mencuba teknik keyword.

Rupanya bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Banyak ilmu dan usaha perlu dicurahkan sebelum kita boleh berjaya.


Social Bookmarking Malaysia Style

Written by taukey on Aug 1st, 2008 | Files under SEO

Digg it dah tak boleh tapi sekarang saya boleh Fave it. Mesti ramai yang sedikit keliru dengan apa yang saya katakan ini. Jadi teruskan usaha anda untuk membaca lagi.

Ada tengok gambar bendera Malaysia kat sebelah. Rata-rata pengunjung blog ini tahu domain ini telah di flagged oleh Digg kerana mempunyai bahasa yang lain dan bukan English. Jadi subdomain atau directory sudah tidak dapat digunakan untuk proses “Digg It”. Walaupun berkat kesabaran, kreativiti dan usaha seorang bloggers, satu web social bookmarking telah dicipta. Ramai yang kenal dengan bloggers tersebut dan adalah lebih senang saya kenali dengan nama NH atau Noktah Hitam. Aha kan dah cakap tadi semua kenal. He He He.

Seperti yang kita tahu web social bookmarking dapat membantu dari segi off page optimization (SEO). Jadi dengan menghantar entri anda ke web sebegini anda akan mendapat backlink dan seterusnya membantu dalam PR blog anda serta dalam SERP. (Ini apa yang saya faham la)

Jadi berbalik kepada web tersebut, ia dinamakan negaraku.net. Jadi setahu saya ianya masih dalam versi Beta. Dan akan dikemaskinikan dan diupgrade dari masa ke semasa tertakluk kepada kesenangan beliau nanti. Apa yang penting disini saya lihat satu kesamaan dengan Digg it iaitu negaraku.net juga mempunyai wordpress plugins.

Berikut adalah kata-kata dari beliau sendiri:

Read more..