SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Ulasan dan Tips Program Internet Mat Salleh

Written by taukey on Oct 25th, 2008 | Files under Tips Blog / Perniagaan

Program jana wang melalui internet sememangnya perkara yang asing terutamanya kepada orang-orang yang kurang pengetahuan mengenainya. Apa lagi kalau ingin menyertainya. Duit lumayan sememangnya boleh diperolehi sekiranya mempratikkannya dengan cara yang betul.

Saya sendiri ada menjana duit melalui internet. Walaupun tidak banyak, tetapi saya tetap bersyukur kerana apa yang saya perolehi sudah cukup untuk menampung perbelanjaan kecil-kecilan dan ini termasuklah dalam mencari ilmu tambahan untuk tujuan mencari duit sampingan. Saya tidak akan membandingkan diri saya sendiri dengan IM serta bloggers yang menjana pendapatan ribuan Ringgit Malaysia. Mereka telah lama berkecimpung dan telah mempunyai banyak idea, tips serta trick untuk menjana pendapatan tersebut.

Musuh utama adalah diri kita sendiri. Rajin dapat duit, malas dapat habuk. Program jana wang melalui internet ini sememangnya mampu memberikan duit yang lumayan. Antara kategori program jana wang online adalah pengiklanan seperti adsense, buat review seperti pay per post, penulisan artikel seperti bukisa, penghantaran gambar seperti triond dan banyak lagi. Apa yang penting adalah membaca TOC dan mencari ilmu yang terdapat dalam internet. Sekiranya sudah buntu mencari, saya pasti ada ebook yang dijual mengenai program tersebut. Kalau tiadapun semestinya ada coaching.

Ebook yang dijual tidak semestinya bersesuaian dengan anda. Orang kata ebook boleh memberikan jalan singkat kepada anda dalam menjana wang melalui internet. Saya tak nafikan itu. Tapi hendaklah diketahui ebook ebook yang ada tak semestinya bersesuaian dengan diri anda. Ini mungkin dari segi kekangan modal, masa serta kemudahan yang terdapat pada anda. Apa yang penting adalah memanipulasikan ebook yang dibeli untuk tujuan menjana duit tersebut.

Lain orang mempunyai takdir yang berlainan. Ada yang akan cepat berjaya dan ada yang lambat. Jadi kesabaran anda akan menentukan segala-galanya. Risiko sememanya ada. Setiap perniagaan, setiap program jana wang online, setiap perkara yang anda buat dalam hidup ada risikonya. Entah-entah masa saya sedang menaip entri ini di laptop, tiba-tiba meletup laptop. Bukankah itu sesuatu yang malang. (Harap-harap laptop tak meletup)

Saya dah ada banyak ebook. Ini termasuk ebook percuma, berbayar dan ******. Terdapat satu dua yang dibeli sememangnya berbaloi. Tapi yang lain, saya tak mampu buat lagi sebab kekangkan modal serta masa. Saya pasti suatu hari nanti saya akan. (tengah dibuat sebenarnya tapi mengambil tempoh lama sedikit dari biasa)

p/s: Ruangan Tentang Admin terpaksa diberikan password terlebih dahulu sebab hampir kantoi dengan rakan-rakan sepejabat.


Penulisan Ebook Percuma

Written by taukey on Oct 21st, 2008 | Files under Tips Blog / Perniagaan

Ramai di kalangan kita yang minat dengan perniagaan internet sudah tentu akan mempunyai ebook percuma yang diambil dari web, blog, forum ataupun mana-mana tempat yang berkaitan. Semakin hari kita dapati semakin banyak ebook baru samada yang berbayar ataupun percuma. Tak kurang juga yang melakukan program pay per lead di mana para affiliate dibayar untuk setipa yang mendaftar secara percuma di bawah link mereka.

Pokoknya kenapa ingin membuat sebuah ebook percuma? Apakah faedahnya kepada kita? Ebook jenis apakah yang patut ditulis? Semua ini antara beberapa persoalan yang sering ditanya di dalam hati. Jawapan ini semua boleh dijawab dengan satu perkataan iaitu wang. Sememangnya ebook percuma boleh memberikan anda wang jikalau anda pandai memanipulasikannya.

Ebook percuma ini boleh dikatakan sesuatu yang boleh meningkatkan kredibiliti anda serta nama anda sendiri. Orang akan lebih mengenali anda dan merasa lebih rapat kepada anda. Dengan ini kepercayaan mereka terhadap anda adalah lebih tinggi. Pastinya anda tidak ingin mengaut keuntungan hanya sekali sahaja bukan. Sudah tentu sekiranya boleh anda ingin memperolehi keuntungan dalam tempoh yang lama. Jadi jangan menipu dalam perniagaan internet anda

Read more..


Saya Dah Jadi Jutawan Kerana Ebook

Written by taukey on Sep 16th, 2008 | Files under Dunia IM, Macam macam, Tips Blog / Perniagaan

Saya sudah menjadi seorang jutawan kerana Ebook sahaja. Percaya tak percaya. Kalau anda tak percaya terpulang kepada diri anda sendiri. Ini baru sahaja dari Ebook tetapi kalau saya lebih rajin lagi menggunakan Google kemungkinan saya sudah menjadi billionaire sudah sekarang.

Image Credit to : Make Money Online

Dari Seorang “LOSER”

Ni pun satu lagi.Sama je dgn yg lain-Scam. Aku tengok semua program dlm internet jual ebook.tapi kata boleh kaya-raya.pasti kata yg lain scam.sini kata sana scam.sana kata sini scam.aku dah join banyak program, tapi gak kaya-raya…
semua jual ebook..cuba jual bende lain mcm senjata api ke,dadah ke,pompuan ke..
aku dah marah ni pasal dah banyak join program jana wang dlm internet tp tak kaya-kaya gak…
huh..!!!

Inilah mesej yang saya terima hari ini. Tetapi percayakah anda saya dah jutawan sudah sekarang????? Tepuk dada tanya selera. Ingin sekali saya membuat satu entri mengenai perkara ini tapi dah terlampau banyak entri mengenai nasihat kepada kawan -kawan yang sebegini dari para bloggers dan para Usahawan Internet. So diharap dia membaca post ini dan faham-faham sendiri.

Kalau anda masih juga tidak faham, sila bertanya dengan baik. Kita sebagai rakyat Malaysia patut menunjukkan segala etika tak kira kaum dan agama. Sebab itulah Malaysia mampu aman dan makmur serta berkembang dengan pesat. Saya dengan rela hati akan membalas email segala pertanyaan anda. Sekiranya ia terlalu kompleks mungkin saya boleh berikan anda rujukan.


Liverpool Menang, Manchester United Kalah

Written by taukey on Sep 13th, 2008 | Files under Tips Blog / Perniagaan

Saya baru sahaja selesai melihat perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Liverpool. Dengan sukacitanya, perlawanan tersebut dimenangi oleh Liverpool sebanyak dua gol berbalas satu. Tahniah diucapkan kepada Kelab Bola Sepak Liverpool.

Kita semua tahu kehebatan Manchester United biarpun mereka bermain di tempat pihak lawan dan sebagainya. Mereka hebat dalam menyerang, mempertahan dan seterusnya membolehkan mereka menduduki takhta Juara Liga Perdana Inggeris pada musim lepas. Daripada 9 pertemuan yang lepas Liverpool hanya berjaya mengatasi Liverpool hanya sekali sahaja. Dan 6 kali dimenangi oleh Manchester United dan baki satu berakhir dengan seri. Dengan sejarah sebegitu, sudah tentu kita meramalkan kemenangan berada di pihak Manchester United.

Jadi bagaimanakah Liverpool mengatasi Manchester United dalam perlawanan kali ini? Satu kelebihan mungkin adalah mereka bermain di tempat mereka sendiri. Tapi dari pemerhatian saya, Liverpool lebih banyak menyerang terutama sekali dengan menjalankan counter attack. Dan analogi “Attacking is the best way to defend” digunakan oleh Liverpool dalam perlawanan ini.

Cara dan strategi Liverpool tersebut boleh kita gunakan juga dalam membuat duit dalam internet. Kita hendaklah senantiasa menyerang dan seterusnya mengambil setiap peluang yang ada dalam internet. Cabaran dan dugaan dalam mencari pendapatan sampingan melalui internet ini adalah sangat tinggi. Kadang-kala sedang kita membuat entri untuk blog adsense kadang-kala jiwa tak tenteram dan sekali sekala tergoda untuk melayari internet. Bukan susah. Klik sahaja terus dan anda akan terkeluar dari blog tersebut.

Godaan sebegini rasanya dialami oleh setiap orang dan sebab itulah ada yang invisible dalam Yahoo Messenger mereka sebab mungkin tengah sibuk membuat projek masing-masing. He He He. Ingin tahu bagaimana tahu orang tersebut berada dalam mode invisible dalam Yahoo Messenger mereka?

Ingin sangat nak tahu, boleh baca artikel ini.