SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Digg Dot Com Banned Blog Bahasa Tempatan

Written by taukey on Jun 27th, 2008 | Files under SEO
Description unavailable

Image via Wikipedia

Digg dot com banned blog atau web bahasa tempatan? Betul kah? Mesti ramai yang hairan dan terkejut melihat post saya pada masa yang lepas. Jangan risau mengenai digg dot com banned blog anda. Tiada yang patut anda khuatiri. Dari post yang lepas banyak juga feedback dan persoalan mengenai digg dot com block web atau blog yang menggunakan bahasa tempatan.

Biarlah saya mengulas mengenai apa yang telah berlaku sebenarnya. Setelah saya publish post blog saya yang bertajuk “Buat Duit Pendapatan Lumayan - Wangmatrix.Net - Program Penipu dan Scam“. Saya pun teruja juga sebenarnya sebab selepas 5 ke 6 jam saya melihat post tersebut berada di tangga keempat untuk keyword yang panjang dan boleh dikatakan kurang pencarian. Apa pun itu merupakan salah satu langkah pertama yang saya boleh anggap baik juga untuk newbie macam saya. Di tangga ketiga pada masa itu, saya melihat post summary saya dari digg dot com. Menjadi semakin teruja la saya sebab saya tahu digg dot com memberikan kekuatan kepada post tersebut.

Jadi dengan tamaknya, saya pun submit keseluruhan post yang ada di dalam blog saya ke digg dot com. hahahaha. Keesokkan harinya, saya melihat saya pun dah kantoi. hehehe. Kesilapan saya adalah sebab saya submit kesemua blog post saya dalam tempoh masa yang singkat. Ini menyebabkan digg dot com detect dan meneliti setiap blog post tersebut. Akhirnya mereka pun terus block domain name ini. Tak kisahlah, sebab propeller dot com. hehehe

Jadi kalau anda submit ke digg dot com seminggu sekali saya boleh rasakan yang domain anda mungkin tidak akan diblock. Jadi janganlah risau sangat. Sekiranya terkantoi juga jangan risau, masih ramai lagi directory atau blog atau blog dan web .edu yang mempunyai Page Rank yang tinggi di luar sana. Yang penting anda hanya kena rajin cari.

p/s : Post mengenai pencarian keyword masih tidak dapat saya laksanakan buat masa ini sebab post tersebut memerlukan artikel yang baik dan mudah difahami. Harap anda faham keadaan saya sekarang juga sebab sedang melalui cabaran dan dugaan yang tinggi dalam pekerjaan saya sekarang. Kalau diizinkan, kemungkinan minggu depan akan saya siarkan kepada anda tentang pencarian saya tentan ilmu pencarian keyword.


15 responses. Wanna say something?

  1. zool
    Jun 27, 2008 at Jun 27, 2008
    #1

    Waduh banyak takut rasanya aku …
    Nampaknya kena slow le lepas ni anto kat digg.com

    Tapi kalau post omputeh tada masalah kat taukey???
    kalau antar 2-3 post satu blog tapi omputeh tadahal kan???
    Cuak woo.. baru nak belajar tarik traffik nie

  2. taukey
    Jun 27, 2008 at Jun 27, 2008
    #2

    aku rasa mmg takder masalah sangat nampak nya. buat perlahan jer. boleh gak hantar ke propeller dot com. hehehe. sebab PR propeller dot com adalah 7.

    tapi PR Digg Dot Com ada tinggi sikit la. hehehe PR8

  3. nasrun
    Jun 28, 2008 at Jun 28, 2008
    #3

    Lor.. aptut la kena banned. aku pon tak tau lau camtu kena banned. Tapi yang aku buat tiap-tiap kali buat entry baru..

    Patut la entry aku berkeyword “domain dan hosting percuma” no 1 dalam google. Tapi post yang aku submit pada digg dot com la. Akunyer post tu tah no bape aku tak tau.. hehehe.

    Terima kasih sebab berkongsi yer Taukey.

  4. taukey
    Jun 28, 2008 at Jun 28, 2008
    #4

    hehehehe…..tips baru tu. ekekeke. tips percuma jer. hehehe.

  5. abdfatah mari belajar seo
    Jun 29, 2008 at Jun 29, 2008
    #5

    oooo kena detect spamm laaa nih?

    hehehe… digg pun tak suka submit berduyun-duyun.. apatah lagi pakcik google. nampak sedikit keganjilan submit dh tentunya akan kena banned terus. tiada belas kasihan sama sekali… kita nak menumpang lama ngan derang… kena ikut ler aturan yang telah ditetapkan. tak pasal2 kita yang rugi… sabor dan teruskan submit berselang seli..

    pelajaran baru yang menarik perhatian… selamat maju jaya dalam usaha submit and submit…

  6. taukey
    Jun 29, 2008 at Jun 29, 2008
    #6

    er…bukan detect spam. Kena detect guna bahasa lain selain english.

    Kalu kita hantar selang seli susah sikit dia nak detect. ekekeke. Itu yang aku tau la. Kalau lain dari tu aku tatau. Jadi yang penting submit perlahan. Dia org mmg tak leh detect jer

  7. abdfatah mari belajar seo
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #7

    aiyaaa… bahasa lain pun berkira jugak ke? derang tak paham agaknya.. translater kana ada… hehehee

    digg translater…

  8. taukey
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #8

    hahaahahahah….malas mereka nak translate agak nyer….hehehe…takper la. pengajaran ni. wakakaa

  9. titan
    Jul 2, 2008 at Jul 2, 2008
    #9

    awat hang wat keje gila. Aku selalu gak hantar. Takde pun masalah. Yang penting jangan hantar bebanyak. Aku dalam semiggu adalah 3-4 kali submit artikel kat sana..

  10. Nasrun
    Jul 2, 2008 at Jul 2, 2008
    #10

    Tu namanya tak tau titan.. aku lau tak jadi kat Taukey ni pon. aku tak tau.. hehe.

  11. taukey
    Jul 2, 2008 at Jul 2, 2008
    #11

    hahahahaha…..mmg dah nama kerja gila tu titan. hehehehe. tu la pasal jadi gitu. takper la. Aku pun tiada rancangan sangat utk blog ni. Sekadar testing dan eksperimen utk blog ini sebelum yang lain menyusul. hehehehe. ok jugak 3 - 4 kali seminggu. hehehe. tu la mgkn sebab malas nak baca FAQ….takper la pengajaran.

  12. titan
    Jul 4, 2008 at Jul 4, 2008
    #12

    nasib kerja gila. kalau ko gila, sapela nak ambil aku kat airpot kalau aku gi sarawak..

  13. taukey
    Jul 6, 2008 at Jul 6, 2008
    #13

    hahhahaha…..takper ada ubat.

  14. abdfatah belajar seo
    Jul 10, 2008 at Jul 10, 2008
    #14

    kalo blog kena bann punya citer gitu. kalo akaun kena bann kena buat lain laa jawabnya…

  15. taukey
    Jul 10, 2008 at Jul 10, 2008
    #15

    hhahahahaha….tu la. terpaksa la beb. hehehehe. kan naya jadinya gitu. ekeke

Post a Comment