Apakah Do Follow blog? Apakah No Follow blog? Apakah perbezaan di antara No Follow dan Do Follow blog ini? Sudah semestinya banyak persoalan bermain di fikiran di kalangan pembaca blog taukey.com ini. Saya secara peribadinya pun mempunyai banyak persoalan mengenai perkara ini dahulunya. Sekarang saya hanya nak kongsi bersama pembaca blog ini mengenai perkara yang saya tahu mengenai Do Follow dan No Follow dalam bahasa yang mudah saya fahami dan senang saya huraikan. Harapan saya supaya anda semua dapat faham sepertimana saya memahaminya.
Do Follow adalah satu rule di dalam blog anda yang memberikan “google juice” ataupun backlink yang mana ia mampu menaikkan PR sesuatu blog dan seterusnya menguasai search engine. Ini boleh terjadi apabila spider google merayap ke blog anda dan menjumpai link tersebut dan seterusnya mengikuti link tersebut. Dan akhir sekali spider tersebut akan mengambil kira link anda tersebut dan ini memberikan “aura” kepada link anda dan sekaligus mampu menaikkan PR blog anda. Dahulu kalanya, kesemua blog wordpress memang menggunakan rule Do Follow ini. Tetapi akibat spammers yang tidak bertanggungjawab yang hanya inginkan tidak lain dan tidak bukan sedikit backlink dari blog anda, akhirnya wordpress telah mencipta blognya secara default sebagai No Follow. Ini mungkin terjadi akibat dari ramai pengguna complain.
Sejurus No Follow dibuat secara default, ramai juga orang bergembira kerana spammers punya link tak diendahkan oleh spider dan seterusnya mereka tidak akan menerima backlink. Tapi persoalannya, bagaimanakah dengan pembaca blog kita yang sememangnya memerlukan backlink dan kita tak mampu nak bantu mereka ini. Bagaimanakah kita ingin memberikan reward kepada pembaca kita selain dari memberikan mereka post-post yang menarik? Selain itu, blog No Follow ini kadang-kadang tidak akan dikomen kerana tidak memberikan mereka faedah dari segi backlink. Tapi banyak juga blog yang menggunakan No Follow ini menerima komen. Ini bergantung kepada tahap blog anda itu sendiri.
Untuk persoalan sebegitu, kita tak perlu takut dengan spammer sekarang. Dengan kewujudan Spam Karma dan akismet kita sudah tak perlu takut dengan spammers. Sememangnya akan kena detect dan seterusnya dibuang oleh plugins tersebut. Jadi dengan mudahnya kita boleh membuang rule No Follow tersebut.
Ada yang bertanya bagaimanakah ingin membuat Do Follow blog ini? Anda boleh tahu dengan melayari blog ini.
p/s : Segala yang ditulis di atas adalah atas pemahaman dan pencarian saya sendiri. Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau sebagainya diharap dapat memberitahu dengan awal nya.
Popularity: 7% [?]







thaks for the explanation… walla!
sekarang baru paham sikit
sam—> macam main magik je ko. ekekekeke
esempoi.com—> bagusla kalau faham Saya cuma khuatir anda tak faham jer penerangan saya di atas
ada juga magik…. nanti dah start jadi semi pro blogger… aku akan buat magik pada account2 bank aku …..
dari entri ni, aku dengan rasminya berjaya memahami ilmu do-follow. Dulu aku main agak-agak je. hehe..
Sam —> hahaha…dah ko buat magik tu nanti ko ajar aku erkk…aku nak gak buat magik… :p
titan—> hehehe..bagus la faham. Aku bila baca balik post aku ni entah org faham ke tak. hehehe. kalau faham bagus la. kalau tak tu yang susah. kena belajar lagi cara penulisan ni. hehehe
aku faham. tapi aku baca kat pos mas tu, lagi bertambah faham. better ko terangkan step by step nak wat blog kita jadi do-follow tu..
[...] fakta kejam yang aku kurang pasti. Aku dapat tahu pun dari blog nasrun Makmal Cyber dan dari Blog Taukey. Kalau tak, aku tak ambil kesah aje pasal benda ni. Sebab apa ini jugak aku rasa berkaitan dengan [...]
Explanation yang bagus.. Aku ingat ramai dah tau. So malas nak bagi tau.. Sebab takde orang tanyer.. huhu.
[...] to Taukey and Jimmy [...]
haha. ko anggap ajelah permintaan dari blogger senja nih. Hehe..
Yup Taukey, thanx alot bgtau. Confuse gak ape benda nyer do follow tu…hoho…
taukey… lom ada magik lagi…
kalo blogspot bole buat ke do folo?
Samdaddycool, aku rase blogspot pon boleh buat. Just buang perkataan no follow dalam edit html tu je. Try check ade tak?
Jap lagi aku cek pulak kat blog blogspot aku.
titan—> ada gak ke blogger senja. hehehe. mgkn sebab tak konsentrate kat situ sebab tu tak tahu. hehehe. saya kebetulan jumpa ttg tu.
nasrun—> aku pun ingat ramai tau. hehehe. kalau aku tak siasat tentang SEO mesti tatau nyer.
kakeru—> no problem kakeru.
sam—> aku rasa blogspot mmg default dia no follow tapi boleh buat do follow. rasanya kena edit html dia
nie la kali pertama aku baca perkataan do follow dan tah apa2 tu..tima kasih taukey!
blog baru aku http://aeropama.com juga telah mengaktifkan fungsi DoFollow. Maka secara rasminya setiap komen korang akan menerima backlinks dari aku.
ps: dulu aku juga tak berapa paham apa itu DoFollow. Skarang paham sudah.
wan wma—> sama-sama wanwma. ilmu yg baik patut dikongsi bersama.
syam—> wah dah guna “Do Follow” erkk sekarang. Nampaknya semakin ramai blog “Do Follow” tercipta.
Salam..Walla.. Baru ler aku tau.. thanks for good info that will help others to start get backlinks..
yup. hehehe. kita sama sama belajar dan bekerjasama buat backlink. ekekeke
huhu..kena gune gak plugin nie..
a’ah tak yah guna plugin pun blh. ni edit theme sikit jer.
rasanya guna plugins bagus sket sebab dapat tukar samada nak wat do follow ke wat no follow. hehehe.
kalau cam aku buat ni kena edit balik semula theme