Powered by Max Banner Ads 

Email Promosi Berkesan ???

Written by taukey on Nov 11th, 2008 | Files under Scam / Penipuan, Tips

Spamming adalah ayat yang kita sering kedengaran terutamanya dalam forum serta ruangan komen. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mempromosikan produk dan servis mereka. Tak kurang juga yang membuat spam atas alasan politik, ekonomi dan sebagainya. Adakah ianya berguna? Sudah tentu kesannya lebih memudaratkan. Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai cara yang lain untuk mempromosikan perniagaan anda.

Sekiranya dibiarkan ibarat dibanjiri oleh air sungai yang bah ketika hujan turun tanpa berhenti selama seminggu. Dan apabila hujan berhenti dan air mula surut, kesan sampingan seperti bau, sampah, kerosakan harta benda dan sebagainya akan dialami. Begitu juga spamming. Kesan yang buruk akan berlaku kepada perniagaan anda ataupun anda sendiri. Secara tak lansung ini memburukkan nama anda sendiri.

Saya pasti aktiviti spam akan terus wujud di alam maya ini tak kisah samada kepada email anda, forum komuniti anda, website anda, chatbox anda dan sebagainya. Dimana tempat boleh ditaip disitulah tempat yang boleh dispam. Cuma apa yang membuatkan saya berasa sakit hati adalah apabila spammers menggunakan nama orang lain untuk membuat spamming. Nama-nama yang digunakan adalah nama orang yang sememangnya terkenal dalam dunia perniagaan internet ini.

Lihat screenshot di atas kita dah tahu nama siapa yang dia pakai bukan. Tak perlu saya huraikan lagi. Pada mulanya saya ingat ianya email dari Saudara Irfan Khairi tetapi bila dibuka email tersebut lain pula cerita yang tertulis. Sekarang dunia dah moden zaman dah maju.

Saya tak ingin huraikan program yang dipromosikan sebab bagi saya ianya membawa kepada entri yang lepas seperti blogstarz, Apakah Blogstarz dan wangmatrix.

p/s : Dah kecewa dengan Spam Karma. Banyak komen disembunyikan spam karma tanpa pengetahuan admin. Nak boikot spam karma sekarang. Maaf sekiranya ada di antara anda menulis dengan panjang lebar tapi komen lansung tak keluar.

Popularity: 10% [?]


28 responses. Wanna say something?

  1. samdaddycool
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #1

    aku pundapat emailni.. hampeh!

    spamkarma, banyak gak aku taip kat beberapablog..tak keluar..tensen beb!

  2. Richie
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #2

    sabar yola taukey.. huhu

  3. shaxx
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #3

    siapa irfan khairi?

  4. kento
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #4

    @shaxx:
    biar btul ko bro hahaha :D
    p.s: siapa kento?

    to taukey, nnti gunala Akismet plak :D

  5. taukey
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #5

    sam –> sekarang dah guna Akismet so harap takder masalah sekarang.

    richie –> aku biasa biasa jer. Spam jer. whehehe

    shaxx –> ni betul tatau ke atau main main.

    kento –> kento tu ada seorang manusia yang suka cerita komik pedang setiawan. yup sekarang aku dah guna akismet dah

  6. samdaddycool
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #6

    Kento?rasa macam femes budak ni….

  7. spatt
    Nov 12, 2008 at Nov 12, 2008
    #7

    aku pn mcm pnah dgr kento…
    die yg rajin spamming tu ke?

  8. taukey
    Nov 13, 2008 at Nov 13, 2008
    #8

    aku pun rasa gak dia yang rajin spamming. ha ha ha ha lawak jer

  9. abdfatah
    Nov 13, 2008 at Nov 13, 2008
    #9

    irfan khairi ke? siapa dia? lawyer? majestreet? pilot kapal terbang? ceo ? siapakah dia?

  10. dilemma
    Nov 14, 2008 at Nov 14, 2008
    #10

    Tunggu Irfan Khairi kuar album nanti kenal laaa.. Tengah sibuk buat recording tuh. Hehehe.

  11. taukey
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #11

    album apa dilemma? ada ke? album lagu apa?

  12. Richie
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #12

    irfan khairi kan pandai goreng gitar..dia nak battle ngan man kidal..haha

  13. taukey
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #13

    aku pun pandai jer goreng gitar….kuali jer tak cukup besar nak gorengkan. minyak masak pun kurang dah kat rumah. belum sempat shopping lagi bekalan bekalan rumah ni.

  14. myadlan
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #14

    wah.. gile slambe mamat tu guna nama irfan.. senang nak majukan bisnes konon..

  15. taukey
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #15

    hahahaha. biasala tu. sekarang bukan sehari sekali….sehari dua tiga kali dia spam email aku. hahaha. benda yang sama.

  16. KampungBoy
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #16

    Ini yang dinamakan IM segera. Xde kualiti. Oops !! Jangan mara ye….kenyataan.

  17. nuaeman
    Nov 15, 2008 at Nov 15, 2008
    #17

    Irfan Khairi Planet mana tuh.. tak lama lagi ada lak nama-nama lain keluar..Ingat dengan cara camni boleh berhasil kot..

  18. titan
    Nov 16, 2008 at Nov 16, 2008
    #18

    dia memang wat lawak. Kalau irfan khairi nak saman mamat tu, anytime aje..

  19. kita
    Nov 16, 2008 at Nov 16, 2008
    #19

    eshhhh…jahat betul ler orang tu…dah tak der cara lain ker…aku pun mcm ko gak…hari2 kena dellete email spam..memang geram aaa…tp sabar jer lerrr

  20. taukey
    Nov 16, 2008 at Nov 16, 2008
    #20

    nak kata aku geram…tak jugak. wakakaka. nak saman ke titan. bahaya sihh

  21. PM
    Nov 17, 2008 at Nov 17, 2008
    #21

    penuh spam di email ku

  22. farahaznil
    Nov 17, 2008 at Nov 17, 2008
    #22

    ho ho ho..ni bermaksud org yg hantar email tu guna nama irfan lah ye?kurang hasam…hahhaa..

    p/s – selain dr irfan..adalah titan..haha..leh la guna nama titan pasnih..ekekekekekek

  23. Din Beramboi
    Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
    #23

    Hoho..jap lagi Irfan Khairi datang blog ni utk buat announcement … “Irfan Khairi palsu sudah ditangkap..” hehe..

  24. Din Beramboi
    Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
    #24

    Ko x buat backlink ke blog Dr.Irfan Khairi ke Taukey? Mana tau dia datang sini bagi komen..gempak tu. :D

  25. taukey
    Nov 18, 2008 at Nov 18, 2008
    #25

    aku takder plak teringat nak buat backlink. hehehe. :D

  26. abdfatah
    Nov 19, 2008 at Nov 19, 2008
    #26

    dia kena belajar lagi buat email yang lebih bersopan lagi killer selain menjenamakan namanya sendiri…

  1. 2 Trackback(s)

  2. Nov 18, 2008: Guna Nama Irfan Khairi | KongsiBlog.Com^Suara Orang Malaysia
  3. Feb 7, 2009: Perlukan Autoresponder | TauKeY.Com

Post a Comment