Taukey Dot Com

...Fenomena Ajaib Dunia

Hi hi 2009 bye bye 2008

Ditulis Oleh taukey Pada December 31st, 2008 Dan Dibaca Oleh Orang

Rasanya sudah lama meninggalkan dunia blogging dan dunia perniagaan internet. Boleh dikatakan saya telah meninggalkan dunia internet dalam tempoh yang agak lama dan ini menyebabkan saya merasa sedikit ketinggalan dengan perkara yang berlaku dalam internet maupun berita-berita semasa samada mengenai blogging, perniagaan maupun kehidupan sosial, politik dan pelbagai lagi.

Sebenarnya saya tidak mempunyai sebarang alasan yang melainkan saya terpaksa menjalankan tugas-tugas rasmi dengna membuat lawatan ke beberapa tempat. Setelah itu, saya terus bercuti. Jadi peluang tersebut telah saya ambil dengan bercuti dan berehat sepuas-puasnya. Walaubagaimanapun, dalam hati senantiasa teringat ke blog – blog yang telah mengemudikan kehidupan di alam siber yang luas ini. Cuti sememangnya penting terutama sekali apabila kita ingin mencari idea idea baru dan memikirkan mengenai trik yang boleh digunapakai untuk melakukan kerja kerja di internet dengan lebih efisien.

Tahun 2009 akan tiba dalam beberapa jam lagi. Selamat tinggal tahun 2008 yang akan kita tinggalkan bersama dengan segala kenangan pahit dan manis. Ambil iktibar atas apa yang berlaku pada diri kita pada tahun 2008 untuk memajukan diri pada tahun 2009.

Tahun 2008 merupakan tahun yang merupakan titik perubahan bagi diri saya kerana pada tahun tersebutlah saya mengenali blog dengan lebih dalam. Tahun itu jugalah saya mempelajari dan mencuba pelbagai jenis ilmu. Tak kurang juga rezeki yang masuk. Walaupun sedikit, setiap sen harus dikira sebagai satu hadiah yang lumayan kerana dari satu sen tersebut mampu memberikan beribu ribu sen nanti. Pencapaian yang kurang memberansangkan jikalau dibandingkan dengan otai otai yang lain. Jadi apakah anda sudah mengenalpasti segala pencapaian anda untuk tahun 2008?

Tahun 2009. Tahun yang menggerunkan seperti yang dikhabarkan oleh para ekonomi. Banyak bloggers sudah bercerita mengenai kekejaman tahun 2009 dimana pergolakan ekonomi akan berlaku. Walaupun begitu, saya sendiri sudah bersedia dengan pelbagai halangan. Mat Salleh kata ” NO PAIN NO GAIN”. Itulah motto yang harus dipegang oleh kita semua untuk meneruskan perjuangan kita masing-masing.

Untuk tahun 2009 ini, saya tidak mensasarkan pencapaian yang terlalu tinggi. Paling utama adalah cabaran dari samdaddycool. Kami berdua mencabar satu sama lain untuk menjana wang dari blog sahaja untuk membayar pinjaman ataupun membeli kereta. Kalau boleh ingin membeli Toyota Supra. Muahahahaha. Ada berani sam? :D

Tahun 2009. Saya tunggu kedatangan anda……………….

Popularity: 6% [?]

Anda Mesti Minat Artikel Ini Juga

16 Org telah Berinteraksi ↓ Org Lagi Tengok Jak Kah?? Jom La Join Sama....

  1. titan says:

    huhu. selamat tahun baru. :)

  2. taukey says:

    selamat tahun baru

  3. |1f34|-|1r3 says:

    uih…toyota supra tuh..aku dapat beli kereta sorong hasil internet pon jadi la…ahaks !

  4. aleh49 says:

    selamat tahun baru moga 2009 lebih cemerlang..

  5. PM says:

    selamat menyambut tahun baru 2009..moga 2009 lebih bagus dari 2008

  6. samdaddycool says:

    Aku nampak Toyota Cardina (betul ke ejaan dia) banyak ‘tayangkan’ oleh taukey-taukey muda di Muar… (Taukey blog dari Bumi Kenyalang pun mungkin bakal..kot?? who knows?)

    Aku sahut cabaran tu.. kalau John Chow boleh top satu dunia pasal blog (dan iklan serta review drp blog beliau memang harganya beribu-ribu cipan) … kenapa kita tak boleh dapat sekurang-kurangnya 10% kalau tak dapat buat 100% macam dia?

    Aku akan mulakan dengan blog dot com untuk 2009 (Gunakan paypal fund yg aku akan dapat hasil lelongan ebay akuuuu…)

    Aku akan catatkan income hasil daripada blog.. setiap kali dapat wang masuk (kena beli buku catatan khas). nanti kta buat satu kronologi khas…

    Berani.. memang aku berani sahut cabaran (yg munasabah selepas muhasabah).. :P

  7. rohaizad says:

    Kunci sudahpun berada di tangan dan pintu sudahpun berada di hadapan. Tinggal hendak membukanya sahaja :)

  8. taukey says:

    L4H –> muahahaha. mana tau. impian tu.

    aleh49 –> semoga ko juga akan lebih cemerlang utk tahun 2009. selamat tahun baru

    PM –> harap ko pun sama jugak bro

    sam –> orait bebeh. ko beli caldina erk. muahahahaha

    Rohaizad –> a’ah satu perumpamaan yang bagus utk menerangkan segala-galanya

  9. PM says:

    aku baru je lepas wat check list…azam tahun baru lum lg dirangka… masih didalam pembincangan

  10. aman says:

    salam tahun baru..

  11. spatt says:

    selamat tahun baru taukey!!

    p/s – sokongla kereta tempatan…hehe :D

  12. taukey says:

    PM –> lol, dah masuk tahun baru ni, masih dalam perbincangan erkkk….ok la dari takder apa apa lansung

    aman –> salam tahun baru

    spatt –> selamat tahun baru spatt. Aku akan sokong kereta tempatan itupun utk perodua. kalau Proton aku masih belum mampu beri sokongan melainkan mereka buat kereta yang gempak dan kurang bermasalah.

  13. paan says:

    wah,tinggi betul citer-citer bro ye.hehe semoga bro berjaya.aku mensasarkan pencapaian yang agak tinggi untuk tahun 2009..sama-sama kita nantikan setakat maner insan yang lemah ini akan berkembang.hehehe

  14. KampungBoy says:

    Akhirnya ko kembali gak taukey selepas lama tul ko bertapa…..start lek blogging nie mmg ley dapat riban2. Neway, salam maal hijrah n Selamat taun baru taukey.

  15. taukey says:

    paan –> orang kata ” aim for the stars and if you fall down, you’ll fall on the sky”

    kampungboy –> cuti kejap beb. hehehe

  16. [...] Hi hi 2009 bye bye 2008 [...]

  17. PM says:

    besa la masih dlm perbincangan.. segala perancangan kne teratur huhuhu

Sila Tinggalkan Komen Anda





CommentLuv Enabled

1 Trackbacks / Pingbacks

  1. Operasi 26 Hari | TauKeY.Com