Rasanya belum lama dahulu PR update telah dijalankan oleh pihak Google. Blog Taukey Dot Com sememangnya sedang menjalani hukuman dan tempohnya tidak diketahui. Mungkin hukuman ini adalah untuk selama-lamanya tetapi biarlah. Sekurang-kurangnya dengan eksperimen cubaan menjual link tersebut sedikit sebanyak meningkatkan pengalaman dalam arena blogging. Sekarang PR Update sedang berjalan.
Saya sendiri tidak mengetahui kewujudan PR update, tetapi telah membacanya melalui blog hanep. Walaubagaimanapun saya sendiri masih tidak mempercayainya dan bertanya kepada hanep sendiri dalam ruangan komen. Dia sendiri pun tidak mengetahuinya dan cuma memgetahui apabila terdapat perubahan pada blog-blog dia. Tidak saya hiraukan buat masa tersebut.
Hari ini, sedang saya membaca blog Mohd Ismail dan membuat sambil membalas komen di blog ini, akhirnya saya dibuzz oleh Nasrun MakmalCyber. Dia memberitahu satu blog dia naik ke PR4. Ha Ha Ha. Jadi tanpa segan silu saya memeriksa blog dia dan ternyata terdapat kenaikan sehingga PR4. Tak puas hati, saya memeriksa beberapa blog saya yang lain tapi jangkaan saya meleset. Blog saya masih tak mengalami apa apa perubahan. Kemungkinan besar proses PR update masih lagi berjalan.
Kita tunggu dan lihat sama ada blog saya akan diupdate nanti. Adakah Google PR update telah selesai? Kita tunggu dan lihat sahaja. Apa perkembangan PR anda sekarang?
Popularity: 7% [?]







macam mana nak check pagerank?
takder cara lain nak check PR. http://prchecker.info. tu senang sikit,
ada lagi ke update nih…
yup, update slow kot. sebab ada site aku maintain pr1,esoknye pr2. ada lak dari N/A ke PR1, tapi hari berlainan.
sakit hati gak aku sb google PR aku xupdate2..
zamz –> tgh update sekarang. hari lain-lain. kalau takder tunggu jer la
hanep –> awal gak ko dapat berita. hehehe. Aku baru dapat kepastian hari ni jer
callister –> sabarlah. nanti ada la tu. hehehe
Wah.. cepat ko tulis entri pasal ni.. tak sempat aku nak tulis.. hehe..
Mungkin bebrapa hari lagi google akan terus update PR kot.. Sebab hanep tulis entri pr update lagi awal. Masa tu PR blog aku masih tak berubah lagi.
cis nasrun..berlagak la PR4 yer..hampagas !!!!!
… aku nyer PR (free paltform) masih ditakuk lama…
nasrun –> memang cepat. aku memang niat nak tulis entri. tetiba ko bagitau idea. ekekekeke
life4hire –> nasrun memang hampagas. habis PR dia sedut daaa
sam –> takper. aku nyer lagila. dah kosong dah. ekekeke
Hamapagas ko bilang.. Cis hang jebat.. haha..
bro.. you are problogger lah.. sebelum ni dah ade pr ke belum.. kalau dah ada.. kemudian takde pulak… maknanya dah kena tarik la.. antara sebabnya.. banyak sekali yang am tengok dalam post ada link ke page lain..
google menganggap bro jual textlink.. selain itu by default jika kita tak masukkan dofollow maknaya ianya dofollow, tapi kalau kita letak nofollow.. google bot takkan index page link tu.. dengan kata lain dia takkan cakap kita jual textlink..
so am pun dah kena tarik.. azwan hadzree juga.. kena tarik..
PR ..PR aku tak pernah semak pasal ni he he
nasrun –> mana hang tuah nyer?
am –> yup. aku kena tarik sebab aku jual text link guna backlink dot com hari tu. tak sempat nak merasa duit terus kena hukum. ekekeke. takper la pengalaman tu. lagipun aku rasa mula mula dulu blog ni do follow. jadi ada kemungkinan juga sebab benda benda tu juga. aku pun tak pernah bina backlink utk blog ini.
pakarclickbank –> tak pernah ke? hehehe. takper utk sekali sekala. PR baik utk orang yang jual textlink dan pay per post
bg aku penting pr biar irg nak kata tak penting pun
aku pun rasa penting. sedikit sebanyak mempengaruhi blogging kita. itu juga merupakan motivasi kita utk berblogging
kisahberuang.com masih di PR3….
kisahberuang nyer PR 3 dan aleza bawah 200K. trafik hari hari 400++. hehehe. memang mantap. hopefully i’ll be there
[...] pasti. Tetapi ada beberapa orang yang sudah cerita dekat blog masing-masing seperti Hanep dengan Taukey. Jadi, bolehlah semak nilai pagerank blog masing-masing di sini. Cukuplah aku update. Kepada [...]
Salam. PR aku baru naik ke PR2, lama jugak aku tunggu nak naik.
dah naik ke emme? tahniah ko dapat naik selangkah. nanti nanti ko akan naik lagi.
secara jujur. aku sangat pelik. Blog aku memang banyak main bab2 jual beli nih. Tapi tadi aku semak semula. memang naik ke PR2 seperti yg emme cakap..
aii..google kesian kat aku ker. Haha..
cis ko. dah naik PR2 balik dah. hahaha. Google dah sayang kat ko balik. aku plak dah takder lagi. nanti nanti la mgkn akan naik juga. kena sabar
pr aku tak naik2 lagi lps jatuh aritu..harap2 naik la..
blog lame aku (blogspot) masih kekal ngan pr3..tp xmenulis dah kat situ..
apa kata kalau kau gunakan blog lama ko tu sebagai tools SEO ko utk meningkatkan PR pada blog baru baru ko. hehehe. Sekurang-kurangnya blog baru dapat menerima backlink dari blog PR3
setahu aku. pakcik Google tu sangat benci aku. Makcik Yahoo je sayang aku sangat. Aii..jeles ke Google dengan yahoo nih. Haha..pelik aku. pelik..
aik bukan ko dah PR2 ke? ke turun balik lepas tu?