Sepanjang minggu yang lalu, saya telah merancang untuk membuat banyak bloghopping ke mana-mana blog atau forum yang mampu memberikan pengajaran tentang SEO. Rata-rata kita sebagai pengguna internet untuk membuat duit secara online sememangnya tidak boleh memandang rendah terhadap faktor ini. Trafik yang datang dari Search Engine sememangnya merupakan antara trafik yang paling berkualiti sekali. Jadi sebab itulah saya ingin mempelajari dan mendalami ilmu yang sedia ada mengenai search engine sebelum saya meneruskan fasa kedua perancangan dalam membuat duit secara online.
Tapi perkara tersebut terpaksa tergendala sebentar. “Hujan” telah melanda dan tak berhenti mencurah keluar dari hidung. Sekarang saya cuma mampu merehatkan diri dan menunggu ubat yang diambil memberikan kesan sampingannya dan saya mungkin akan terus tidur.
Diharap selepas bangun nanti saya mampu mengejar kembali perancangan yang telah dilakukan tadi.
Tadi pun saya sedang mencuba untuk verufi blog saya di mybloglog. Tapi nampak gayanya gagal dan ditambah dengan gangguan “hujan” membuatkan saya tidak mampu menjelajah dengan lebih jauh buat masa sekarang.



Jun 21, 2008 at Jun 21, 2008
Asslamu’alaikum,
Hujan… hmm ingatkan hujan kat mana..
Demam, semoga sihat cepat. Blog Tauke nii…menarik dan berinformasi. Tersusun. Boleh dipelajari cari nyusun nyee ?
Bab hujan nii ada orang buat lagu :
“Hujan yang turun bagaikan mutiara ”
Ada yang buat sajak.
Ada yang sedih sobab tak dapek motong ( sebab tak dapat menoreh getah ).
Ada yang suka sebab lepas hujan ada keluar cendawan busut - sedap dibuat sup.
Dan berbagai alkisah berkaitan dengan hujan.
Hujan yang menimpa Tauke … semoga ada Rahmat Tuhan disebaliknya.
K, Tk.
Jun 21, 2008 at Jun 21, 2008
Sabar ya Taukey, jangan lupa makan ubat. Mula-mula baca post tadi ingatkan kawasan Taukey dah nak banjir,rupanya demam.
Jun 21, 2008 at Jun 21, 2008
Haha.. Pelik tul tajuk nyer.. Semakin pandai ko menulis yer..
Rest la..Nanti dah tak hujan sambung balik keje.. =P
Jun 21, 2008 at Jun 21, 2008
abysy—> selamat datang ke blog taukey.com. Nak belajar cara susun , boleh jer. hehehe. kalau saya mampu saya akan tolong .
starline—> wakakaka….demam selsema.hehehe. kalau banjar kawasan aku mesti dah teruk tempat lain sebab kawasan aku tinggi.
nasrun—> hahaha…pandai ke? biasa biasa sahaja. tu la nanti dah tak hujan nanti aku sambung kerja. sekarang susah nak konsentrate.
Jun 21, 2008 at Jun 21, 2008
he…23x kat sinie pun hujan gak..tp pepetg je la…awat gagal dftr kat mybloglog??? die nk akaun yahoo kan..SEO tue ape ek?? ajar leh
Jun 22, 2008 at Jun 22, 2008
wakakakakaka……SEO tu kalau kat sarwak org panggil kopi peng. hehehe. nanti la. aku buat post ttg tu. aku nak belajar juga. mana tau ada org nak ajar aku masa bagi komen nanti ke. hehehe
Jun 22, 2008 at Jun 22, 2008
ok tunjuk ajar ku sifu huhuhu
Jun 22, 2008 at Jun 22, 2008
nanti ya framestone. aku tatau sangat. tgh belajar juga. tapi apa yang aku belajar nanti aku tulis kat blog ni ya. jadi tungguuuuuuu. hehehe