Powered by Max Banner Ads 

Jom Heboh Dengan Menderma

Written by taukey on Oct 18th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Menderma sememangnya antara salah satu kerja amal yang wajib dilakukan oleh sesiapa sahaja tak kira umur atau pangkat. Biarpun miskin harta sekalipun, menderma masih boleh dilakukan. Bukan duit sahaja yang boleh digunakan untuk menderma tetapi juga tenaga, nasihat dan sebagainya. Semua tertakluk kepada kekuatan masing-masing.

Dalam kita sibuk mencari duit melalui blog serta perniagaan kita, haruslah diingatkan bahawa di dunia ini semestinya terdapat orang yang tengah mengalami kesusahan. Tak payah la kita fikir-fikir yang jauh. Cukup buat masa ni kita memikirkan tentang negara kita sendiri.Rakyat kita sendiri juga masih ada yang mengalami kesusahan.

Apa yang saya ingin rungkaikan kat sini adalah setelah saya membaca post dari syam (aeropama dot com). Secara tak lansung, dia dan mohd ismail telah menyedarkan saya tentang bagaimana bertuahnya saya kerana mampu mempunyai internet, mampu makan dan hidup dengan selesa. Saya dah terlambat untuk membuat komen di blog Mohd Ismail tetapi peluang yang Syam buat ni takkan saya lepaskan.

Apa yang ingin dilakukan oleh syam adalah kita komen di ruangan komen pada entri tersebut. Seterusnya kita mendaftar youth says di bawah link kepunyaan dia. Setiap komisen yang dia perolehi dari youth says tersebut akan diberikan sebagai derma kepada pertubuhan kebajikan. Satu lagi makluman utnuk anda ialah satu komen di entri tersebut adalah bernilai RM0.20. Jadi semakin banyak komen semakin banyaklah derma syam kepada pertubuhan kebajikan.

Selain dengan cara di atas, anda semua boleh terus menderma kepada mereka dan maklumat adalah seperti di bawah.

1. Pertubuhan Anak Yatim Darul Izzah

Account no: 12029010016114 (Bank Islam Malaysia Berhad)

2. Rumah Amal Belaian Kasih

Account No: 14410010444051 (CIMB)

3. Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

BG 03A & 05 Ground Floor,
Megan Ambassy.
225, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur,Malaysia
Tel:+603-2162 9178 Fax:+603-2162 9203
Derma online: http://www.makna.org.my

Pelbagai cara anda boleh menderma samada melalui sms, online banking ataupun secara offline. Semua terpulang kepada anda sendiri. Disebabkan kedua-dua TAC dari maybank2u dan CIMB terlalu lama menunggu saya cuma buat cara sms sahaja. Lebih mudah dan senang.

Jom Heboh Menderma. Sekiranya anda tak berkemampuan menderma dengan duit, apa kata anda war-warkan blog aeropama tersebut.

“Tidak Akan Berkurang Harta Benda Dengan Sebab Sedekah”

Popularity: 6% [?]


12 responses. Wanna say something?

  1. aeropama dot com
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #1

    bro! thanks sbb tolong war-warkan. semoga sedikit usaha dari kita mampu mengubah dunia ini…

    ps: aku suka petikan kata-kata itu.

  2. taukey
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #2

    walaupun aku tak mampu buat banyak…tapi sikit sikit lama lama jadi bukit.

  3. nick
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #3

    Ya, derma bukan shj melalui wang ringgit, ttp banyak lagi cara untuk menderma.

  4. kento
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #4

    wah bagusni! alhamdulillah ada jgk org baik cenggini! :D

  5. taukey
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #5

    nick –> hehehe betul tu. apa pun leh daftar kat youth says milik aeropama.

    kento –> buat sikit2 pun jadi…

  6. reddebt
    Oct 19, 2008 at Oct 19, 2008
    #6

    baru je baca dari blog encik ismail tu. memang memberangsangkan otak dan air mata…

  7. samdaddycool
    Oct 20, 2008 at Oct 20, 2008
    #7

    nanti aku tlg tgk mana yg mana mampu…

  8. taukey
    Oct 20, 2008 at Oct 20, 2008
    #8

    reddebt –> hehehe. Mmg memberansangkan.

    sam –> orait. bantu mana yang mampu sahaja

  9. myadlan
    Oct 20, 2008 at Oct 20, 2008
    #9

    ntahla. tak paham nape perlu memberi nilai utk komen
    kalau nak derma, terus jela derma dgn apa yg kita ada.
    tak perlu la meraih sokongan org. hmm..
    tibe2 tak setuju pulak.. sori

  10. taukey
    Oct 20, 2008 at Oct 20, 2008
    #10

    hahahaha….aku no komen bro. mgkn salah satu sebab supaya jikalau orang komen wujudnya pembacaan pada entri tersebut dan tak secara lansung orang tersebut akan melakukan perkara yang sama. :D

  11. zool
    Oct 21, 2008 at Oct 21, 2008
    #11

    Bagus2 sungguh …
    Aku tgh cari badan kebajikan untuk ‘autisme’..
    Masih lum jumpa lagi.

  12. taukey
    Oct 21, 2008 at Oct 21, 2008
    #12

    terimas, orait. Kalau ada boleh bagitau aku juga yer. dapat juga aku update entri ini

Post a Comment