SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Juru Taip Di Rumah

Written by taukey on Aug 27th, 2008 | Files under Penipuan / Scam

Jurutaip? Dibayar sebulan secara kasar sebanyak RM3,800.00. Kalau betul, memang ramai dah berhenti bekerja dan jadi jurutaip. Sudah sebulan lebih menerima email promosi sebegini akhirnya saya cuba reply kerana ingin melihat maklum balas dari empunya email tersebut dengan mengatakan saya berminat.

Modus operandi program jurutaip ini sebenarnya dah lapuk tetapi kalau kita lihat statistik pengguna internet di Malaysia ini semakin bertambah dan ada yang jenis cepat terpengaruh dan ada yang jenis cepat tertipu, ada yang jenis rajin mencari ilmu, ada yang buat siasatan dahulu. Banyak ragam manusia sebenarnya. Jadi tak mustahil ada yang akan terkena tipu oleh modus sebegini.

Saya ada bertanya juga mengenai nombor pendaftaran syarikat beliau dan nama syarikat tetapi tidak dibalas. Dan akhirnya saya menerima lagi email promosi. Jadi saya beranggapan perkara ini adalah scam selagi tiada orang yang menyangkalnya dengan bukti yang sahih.

Apa yang menjadi persoalan utama saya adalah kita perlu membayar sebanyak RM30 pendaftaran. Sepatutnya kalau sesuatu tugasan itu tidak dilaksanakan oleh pekerja freelance anda bayaran tidak perlu dibuat. Sepatutnya semudah sebegitu sahaja. Jadi saya mengandaikan sekiranya anda membayar untuk mengikuti program jurutaip di rumah tersebut dan bayaran RM tersebutlah yang menjadi pendapatan kepada empunya. Anda buat perkara yang sama dan akhirnya anda pun mendapat duit berikut sekiranya anda mampu menjalankan kegiatan penipuan ini.

Persoalan kedua adalah tugasan yang diberi. Antaranya adalah

  • Menaip Invoice, Surat menyurat,dan sebarang kerja-kerja menaip syarikat.
    • Tidak logik sebab invoice selalunya dikeluarkan oleh pihak syarikat tersebut sendiri. Ini merupakan kerja hakiki sales assistant, sales manager atau Bahagian Pemasaran sesebuah Syarikat. Takkan kerja macam tu pun freelancer yang buat. kalau setakat menaip kertas kerja mungkin boleh la agaknya.
  • Kerja-kerja perkeranian berkaitan penghantaran iklan.
    • Ini aktiviti spam ke? Amalkan selalu untuk menjatuhkan maruah syarikat
  • Melayari internet Untuk kami  dan mendapat bayaran
    • Jom buat search dapat bayran dalam pound sterling
  • Atau anda beritahu kami kebolehan anda dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan anda.
    • Boleh bagi contoh keperluan orang lain yang pernah dipenuhi tak? Rasanya tiada sebab dia akan terus sunyi dan tidak akan contact anda lagi apabila pembayaran RM30 telah dibuat.

Saya dengan bangganya mengecop ini scam. Boleh download email yang saya terima ini. Klik di sini.


27 responses. Wanna say something?

  1. megat
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #1

    email macam memang dah confirm la scam! klu ikut bayaran tu pun dah tak logik.

    macam-macam perkara yang berlaku dalam dunia tanpa batasan ni. hu3.

  2. Mohd Hafifi
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #2

    tak logik langsung..byk sgt bayarannya dengan hanya menjadi seoang jurutaip..

  3. aeropama dot com
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #3

    aku mmg tak percaya dgn promotion begitu. jadah apa kalau kita buat kerja tp kita kene bayar kat org yg kita beri khidmat. dem… nmpk sgt penipu

    tp pelik ada gak rakyat kita kena tipu. nmpknya kau perlu dedahkan hal ini secara lebih kerap bro

  4. framestone
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #4

    aku rasa bnde nie dah lame ade kat dunia junk mail aku or spam mail aku huhuhu…mmg x terkawal..tp ramai jugak yang tertipu ek

  5. taukey
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #5

    megat –> ha ha ha mmg tipu nyer. Dunia internet ni sgt luas sebab tu macam2 ada

    mohd hafifi –> hahaha. kalau ada aku pun nak.

    aeropama –> hahaha. itula yang aku maksudkan juga. ha ha. dah dia offer kita kerja pastu kita bayar dia plak

    framestone –> mmg byk. ada yang buat gunakan domain dan hosting sendiri. Pastu promosi guna Adwords

  6. emme
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #6

    aku dah pernah join benda ni. penipu la. ala dulu-dulu nak test je… :P

  7. framestone
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #7

    yang pakai adword tue mmg byk jugak aku klik…baca2 lepas tue biarkan je la… dah bertahun ada kat alam maya di malaysia..tp xramai plk yg nk sekat ek…dok sekat abfund n swisscash je…(betul ke aku eja)

  8. dauz
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #8

    aku percaya ianya bukan scam…
    aku menjadi jurutaip untuk blog2 aku dan juga forum2 aje…free of charge…tak payah bayar..sebab aku online dari umah aje…Oppss out of topic..
    tapi apa yang taukey bos aku ni cakap memang tull..tu program scam,,,scum jgak

  9. taukey
    Aug 28, 2008 at Aug 28, 2008
    #9

    emme –> ko ada join ke emme? takper itu dulu. sekarang ni zango ko dah mantap. :D

    framestone –> hehehe ko klik utk wat aper? nak tgk ke? hehehe

    dauz –> itu kerja utk diri sendiri. hehehe. ni kerja utk org. hahahah

  10. framestone
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #10

    klik yang pertama untuk tgk
    klik yang kedua untuk memahami
    klik yang ketiga untuk memastikan
    klik seterusnya nk buat die rugi kat adword yang die buat

  11. taukey
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #11

    hahahaha. pandai gak ko ni erk framestone. 4 kali klik. hahahaha

  12. abdfatah
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #12

    eh btul apa jadi juru taip dapat duit? duk taip komen tu apohal? duk taip posting tu apo hal? duk taip buat ebook tu apo hal? duk taip buat tag itu ini tu apohal…? dah tentunya boleh buat duit? kenapa tak boleh ke buat duit dengan jurutaip untuk diri sendiri… haaaaa boleh pun.

    tak percaya? cuba buat blog sendiri dan menjadi jurutaip untuk diri sendiri… tak payah susah payah upah orang jadi juru taip… lain citer laa kalo perniagaan kita dah berkembang… baru boleh upah jadi jurutaip sambilan… hehehee

    eh eh ke lain hal pulak komen jadinya…

  13. abdfatah
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #13

    hantar email dapat duit pun boleh buat duit jugak. kat mana contohnya? contohnya dari laporan percuma getresponse… siapa kata tak boleh buat duit dengan hantar emel?

    idea jugak nih…

  14. taukey
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #14

    macam-macam ko ni fatah. hahahaha. kalau kena dan betul caranya mmg dapat. tapi taip invois kompeni yang dihantar melalui email rasanya tak blh patut agak nyer.

    hantar email ke bakal customer (yg subscribe sahaja), bekas customer, pun ok jugak. Tapi pelik jugak nak ambik pekerja sambilan kalau ada get response dan aweber. guna sistem tu berapa ribu dapat jimat.

  15. framestone
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #15

    aku seorg clicker yang berhemah (betul ke aku eja nie) alang2 nk menipu biar la bertempat.. sekali klik die dah rugi brpe sen..klu 4x klik korg kira la sendiri ek…tp jgn la buat fraud klik plk…google xbodoh lg

  16. taukey
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #16

    hahahaha. yelar. kesian gak kat org nyer adsense tu. tak pasal dia plak rugi nanti

  17. framestone
    Aug 30, 2008 at Aug 30, 2008
    #17

    alang2 die nk menipu…klu yang bebetul tue aku klik sekali and terus nk fahamkan..klu aku berminat, aku start la mengkaji, klu ok mula tergerak nk join..klu xmampu, aku simpan je la dulu he…23x

    p/s- aku dah pernah kne dgn perigiduit yang dah kne ban die punye domain dan abfund yng di ban oleh malaysia

  18. Richie
    Aug 30, 2008 at Aug 30, 2008
    #18

    masa sekolah menengah dulu..aku ade gak terpengaruh dengan benda2 mcm ni..hehe

  19. samdaddycool
    Aug 30, 2008 at Aug 30, 2008
    #19

    … seeloknya.. belajar dgn guru… (rujukan)…

  20. paan
    Aug 30, 2008 at Aug 30, 2008
    #20

    tipu….tipu..hahaha.dulu pernah gak berminat…hehehe

  21. abdfatah
    Aug 30, 2008 at Aug 30, 2008
    #21

    perigiduit? perigiduit ada lagi dengan nama perigicash… meh aaaa kita beli perigi cash atau cashkan perigi dengan timba… alolaaa perigicash woooo

  22. abdfatah
    Aug 31, 2008 at Aug 31, 2008
    #22

    okey jugak tu …

    “buat duit dengan menaip”

    “hantar email dapat duit”

    “buat duit dengan program pokok duit”

    “buat duit dengan maybank2u”

    “make money with maybank2u”

    “buat duit dengan wang matrix”

    kita kena fikir jugak dari segi hitsnya… dan lain2 keyword yang popular…

    berapa banyak entry dah boleh jadi hits tu….

    entry yang ada nih kalo kena seonya berbaloi jugak ler hasilnya walaupun “Maaf di sini tiada program yang kamu cari itu.” hohohooo…

    apohal pun mereka dah tentunya nak tahu ia betul atau tidak berkenaan kesohihan program2 yang diwujudkan itu… tul tak?

  23. taukey
    Sep 1, 2008 at Sep 1, 2008
    #23

    framestone –> ok la kalau jenis yg mengkaji. kalau tak dan terus join mesti naya

    richie –> biasala. aku dulu pun ada gak terpengaruh. heheh.

    sam –> utk org yang baru mula-mula susah juga nak cari guru terutama sekali org yang tak sabar. kalau bersabar mesti dapat juga.

    adb fatah–> perigicasah. aduhaiiiii….. hahaha berapa byk punya keyword. tu semua kalau kita SEO kan mesti byk trafik ke blog kita. hhehehehe

  24. samdaddycool
    Sep 1, 2008 at Sep 1, 2008
    #24

    abdfatah memang terer bab SEO ni…

  25. taukey
    Sep 1, 2008 at Sep 1, 2008
    #25

    hahaha…memang dia teror. byk keyword kat blog dia tu. hehehe

  26. perniagaan internet secara automatik
    Sep 4, 2008 at Sep 4, 2008
    #26

    keyword yang takder orang cari… “van syarikat keselamatan” pun ada kaaa? sapo yang nak cari???

  27. taukey
    Sep 4, 2008 at Sep 4, 2008
    #27

    hahaha. ko tu la nombor satu fatah kat google. hahaha. mana ada org lain. ahahahahha. tatau sapa plak nak cari. mgkn sykt keselamatan kot? hahaha

Post a Comment