SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Kejadian Menimpa

Written by taukey on Apr 25th, 2008 | Files under Perihal Taukey


Dalam tempoh beberapa hari ini , pelbagai kejadian aneh dan tidak aneh berlaku dengan saya.Mungkin cabaran dan dugaan dari orang atasan. Tetapi walauapapun saya buat semampu yang boleh dan yang lainnya saya serahkan sahaja.Dalam dua hari lepas, saya mengambil cuti kecemasan dari bekerja. Saya menghabiskan cuti tersebut di sebuah hospital swasta kerana menjaga bapa saya yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan kerana terdapat batu di hempedu beliau. Jadi, beliau terpaksa menjalani pembedahan tersebut dan nasib baiklah dengan kemajuan teknologi sekarang pembedahan seperti berikut boleh dianggap sebagai minor dan luka pembedahan tersebut hanyalah kecil sahaja. Selesai pembedahan tersebut , para Doktor hanya menjumpai satu batu sahaja di hempedu beliau yang pada mulanya di scan mempunyai 3 batu. Mungkin dah hilang yang 2 biji lagi.Pembedahan ini telah dijalankan pada ibu saya semasa saya masih berusia 5 tahun dahulu (Pada tahun 1984 agak nya). Panjang luka pembedahan dahulu adalah sebanyak 10 cm dan mereka menjumpai sebanyak 30 lebih batu di hempedu ibu saya. Bekas luka pembedahan yang panjang masih nampak sehingga sekarang.Sebelum saya mengambil cuti , saya dinasihati oleh rakan sekerja supaya menjaga ibu dan bapa saya dengan baik. Dari perbualan dengan mereka, nampak macam ada penyesalan. Bukan penesalan tidak menjaga ibu bapa mereka. Sebab mereka rasa tidak puas menjaga ibubapa mereka. kalau dapat mereka inigin menjaga ibubapa mereka sehingga berpuluh tahun lamanya. Tapi apakan daya.

Selepas itu, bos pula marah dengan saya. tak perlulah untuk saya menceritakan detail mengenai kes ini sebab saya tahu pengarah saya tengah tension kerana ada beberapa pegawai lain tidak menyiapkan tugasan mereka. Saya hanyalah tempat dia melepaskan geram sahaja. Tapi kes ini kira dah selesai dan saya akan berjumpa dengan beliau bila beliau balik dari travelling nanti. Bukan nak hantam balik tapi cuma untuk berbincang tentang kesilapan saya dan apa yang membuatkan beliau marah. ini mungkin dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran sekarang dan menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang :P.

Ok sekarang mesti anda hairan dengan banner di atas. Ini secara tak lansung ingin promote satu program yang ada di internet dan masih baru. Cuma daftar secara percuma dan cari orang untuk turut serta secara percuma. Mereka akan melancarkan satu web 2.0 yang mana mempunyai lebih banyak interaksi dan sebagainya. Untuk makluman semua, mereka akan memberikan USD $ 1,000,000 secara sama rata antara semua ahli yang join sebelum tarikh tamat iaitu penghujung Mei 2008. Saya tak pasti samada program ini adalah scam atau tidak tetapi tak salah mencuba. Mana tau Durian jatuh. :D . Lagipun tak penat tulis dalam blog. He He He. Jadi Ambil peluang ini. Cuma klik kat banner sahaja. (Pembayaran Komisen Melalui PayPal) .


12 responses. Wanna say something?

  1. framestone
    Apr 25, 2008 at Apr 25, 2008
    #1

    patut la punya susah nk nmpk ko online

  2. taukey
    Apr 25, 2008 at Apr 25, 2008
    #2

    hehehe…..sebuk sekejap jer….lepas i dah tak sebuk sgt…hehehehehe

  3. Din Beramboi
    Apr 25, 2008 at Apr 25, 2008
    #3

    Huhu…bagusnya Taukey. Ya, walaupun jd tauke, jgn lupa ibu bapa..hihi. Diorg dah jg kita bertahun-tahun, xkan dlm masa2 kecemasan mcm ni kita xleh luangkan ms kan…

    Owh, ada program br yer taukey? nanti nak explore. Thanks

  4. taukey
    Apr 25, 2008 at Apr 25, 2008
    #4

    framestone—-> aku sebuk dah…bapa aku dah checkout dari hospital dah semalam…sekarang dia rehat kat rumah jer dah…hehehe…makan bubur jer dulu la….doktor kata tak leh makan lain dulu.

    Din beramboi—-> mesti a tak leh lupa…hehe…merek dah jaga kita dari kecik sampai besar dah…hehe…so sekarang kita jaga mereka…kalau kita blm keje pun blh jer jaga dgn menjaga sikap dan adab kita sendiri..hehehe :D

    Tentang program baru tu aku tatau la…aku check email tadi kena spam…tergerak hati nak buka so join jerlah…hehehe…siasat jangan tak siasat…hehehe

  5. azuwan
    Apr 25, 2008 at Apr 25, 2008
    #5

    3 batu?!..jauh tu..hee..gurau je..bapak aku pn same,cm dh xlarat..org tue ni kalo saket senyap je..nasib bapak ko xde penyakit tiga bradek(darah tinggi,kencing manis,saket jantung)
    ape2hal mak bapak.lg2 sape ade tahi lalat kt bahu/tgn kanan,tu tanda korang akan jg parent korang bak kate fazilah kamsah.

  6. taukey
    Apr 25, 2008 at Apr 25, 2008
    #6

    hehehehe….tu la kekadang bila sakit tak nak bagitau kekadang. mgkn malas nak g hospital tu agak nyer. Kita paksa jer dia org. He He He. Uihhh bahaya tu kalau kena 3 beradik tu…kesian tgk org tua yang kena ke 3 beradik tu.

    Aku ada tahi lalat kat tangan kanan…sebab lalat buang tahinya kat situ semalam…hahahahaha…gurau jer…hmmm fazilah kamsah ni mmg byk tips. Kalau dia buat ebook mau laku agaknyer. hehehe

  7. framestone
    Apr 26, 2008 at Apr 26, 2008
    #7

    if ade masa rajin2 la tegur aku di ym…

  8. Asharudin
    Apr 26, 2008 at Apr 26, 2008
    #8

    Kesian ngan orang tua ko. Tumpang simpati bro. Tapi dekat ngan orang tua kira okey macam saya berjauhan beratus batu ngan orang tua.:(

  9. Din Beramboi
    Apr 27, 2008 at Apr 27, 2008
    #9

    Wawa..dah ada banner header cantek..hehe. Lawa bro.. :D

  10. taukey
    Apr 27, 2008 at Apr 27, 2008
    #10

    Framestone—> nanti aku tegur erkkk…hehehe :D

    Asharudin—-> yup mmg kesian juga tgk tapi nasib baik dekat dan tak jauh…

    Din Beramboi—> Perasan jugak erk engko dgn banner header tu…hehehehe…aku ingat tak perasan tadi..

  11. afham
    Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
    #11

    sedey mengenai cerita tersebut..pe sebabnya leh jadi cam tue??..please sharing untuk pencegahan awal..aku risau gak nie..

  12. taukey
    Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
    #12

    afham…aku pun sebenarnya tak tahu kenapa terjadi begitu…tapi apa yang aku dapat tahu adalah disebabkan oleh makanan yang kita makan, faktor lain seperti cholesterol, berat badan dan sebagainya. Agak komplicated sedikit …hehe…apa apa pun pembedahan ini sudah lama dah dijalankan dan merupakan pembedahan yang minor sahaja. Tapi baik kita cegah awal bukan. :D

Post a Comment