Dalam kehidupan yang penuh dengan keselesaan dan pembangunan yang boleh dikatakan “seimbang”, boleh dikatakan sekarang kita bagai terkejut dengan peningkatan harga minyak Petrol dan Diesel. Mesti ramai yang akan merasa kecewa tambah merana disamping pemikiran yang kusut dan asyik memikirkan cara-cara untuk meningkatkan pendapatan kita.
Hari ini, saya terdengar dalam berita, kakitangan kerajaan telah digalakkan untuk menjalankan pekerjaan part time atau boleh juga membuat perniagaan sendiri. Dahulu, sememangnya pegawai kerajaan dilarang untuk membuat kerja part-time ataupun menjalankan perniagaan sendiri atas alasan perkara tersebut akan mengurangkan produktiviti. Tetapi sekarang atas desakan akibat daripada peningkatan harga, mereka telah digalakkan untuk berbuat demikian dengan bersyarat. Syarat yang mudah sahaja. Syarat supaya para kakitangan awam tidak akan mengabaikan tugas yang diarahkan oleh pekerjaan hakiki mereka malah produktiviti mereka tidak akan terjejas.
Ini satu berita yang baik untuk kakitangan kerajaan. Diharap ada pembaharuan dari segi bantuan untuk para bukan kakitangan kerajaan juga. Rasanya mungkin akan ada lagi kejutan dari pihak Kerajaan.
Jom tunggu dan lihat.


Jun 10, 2008 at Jun 10, 2008
aku tgh mencari kerja skrg ini..if ade sesiapa mengetahui kekosongan di tempat mereka..leh hubungi saya..BBA Hons (HR)
p/s- sorry tim aku iklan kat sinie
Jun 10, 2008 at Jun 10, 2008
wakakakaka….iklan jer jangan tak iklan….ekekeke…kalau orang aku tak kenal aku dah delete jer komen tu…ekekeke
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
Berita bagus. Tapi aku nak confirmation. Kalau dulu tak bagi, dan sekarang bagi. Ehm..ada beza ke?
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
rasanya ada beza sebab dapat buka syarikat atas nama sendiri…sebagai contoh kalau suami isteri kerja kerajaan jadi mereka boleh jer buka syarikat atas nama sendiri.
kalau nak buka atas nama orang lain takut jugak sebab macam2 blh berlaku. kalau nama sendiri, kita sediri yang uruskan jadi segala perjalanan perniagaan tu adalah atas kehendak kita sendiri.
Ini cuma pendapat saya sendiri sahaja, tapi kalau ada pendapat yang lain dan berbeza rasanya bgaus juga sebab dapat dengar dan belajar dengan lebih baik lagi
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
ramai yang dah buat part time sebelum dibenarkan berbuat demikian sebelum2nya… masalah kalo dah nampak part time lumayan… kerja utama dah tak minat. maka jawapannya dah tentunya berhenti terus jadinya… kalo part time menguntungkan dua-dua takper aaaaa… bleh pencen awal… hohohoho…
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
biasala tu bro. hehehe…sekarang ni senang sikit sebab ada green light. hehehe
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
wah,,,taukey ada makna sebenarnya tu..hehe..maklum orang dah ada bisnes sendiri..ehhe
kan??hehe 
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
bisnes sendiri? hehehehe….mana ada la…hehehe…
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
ok la tue kan…selamat sahabat aku sorang nie xdelate iklan aku…
berbalik pada topik..maybe aku akan fikirkan tawaran keluarga untuk handle bisnes family. sekarang ini mmg nazak klu setakat makan gaji sahaja
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
kalau family ko dah ada bisnes aku mmg sarankan ko buat family bisnes tu. kembangkan dan lepas tu ko buat bisnes yg ko minat. hehehe. ini pendapat aku je la
Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
pendapat kau, aku pertimbangkan..if tiada masalah birokrasi mybe keputusan akan diketahui awal
Jun 12, 2008 at Jun 12, 2008
hahahaha….ada pulak masalah birokrasi. hehehe. takper benda tu blh dibincangkan dan buat partnership dengan adik beradik yang lain-lain. hehe
Jun 16, 2008 at Jun 16, 2008
keadaan mendesak kita untuk mencari jalan. harap2 ekonomi semakin baik
(kesian kat parents yang bekerja)
hope the best for our country.
Jun 16, 2008 at Jun 16, 2008
hmmm…kesian jugak kat kita yang baru mula nak hidup. ekekeke
Jun 17, 2008 at Jun 17, 2008
mau xde birokrasi..aku balik kg kejab pun dah bising2…xde prob dgn adik beradik or family..tp tang nk dptkan tander je…sebab sekrg nie sape cepat die dpt..ramai yg dah cebur bnde nie…wat kerje sikit..untung banyak…bukan MLM tau..tp cari tempat untuk usahakan..lepas tue past kat perkerja…last sekali tgu duit hasil je la..(nie baru betul2 skim goyang kaki…duit masuk)
Jun 17, 2008 at Jun 17, 2008
hehehehe…biasa la dalam perniagaan. cabaran byk. hmmm ko cakap ni ttg bisnes aper erkkk framestone? Usahakan sawit ko tu pun ok jer
Jun 17, 2008 at Jun 17, 2008
pasal ladang getah la….kan ramai kes pajak memajak…klu dapt dh kire ok la tue..just cari org untuk torehkan je
Jun 17, 2008 at Jun 17, 2008
oh ladang getah. harga sekarang mmg tinggi. hehehe. bukan senang nak cari pekerja buat kerja gitu yang jujur. ehehehehe. nanti ditoreh pastu lari kan susah. ekekeke
Jun 17, 2008 at Jun 17, 2008
bangsa asing la…dorg nk lari mne…permit pun xde huhuhu