SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Langkah Pertama Menyakitkan

Written by taukey on Jun 5th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Saya sendiri akui langkah pertama sememangnya susah, sukar dan payah. Mungkin bagi sesetengah orang apa yang saya katakan hanyalah alasan. Tak kisah apa pendapat orang lain. Semua orang ada pandangan mereka sendiri.

Oleh kerana kehidupan kita kadang-kadang sudah menjadi tabiat atau telah menjadi jadual tetap, sedikit perubahan akan menyebabkan kita tidak berasa selesa. Mungkin sudah menjadi budaya hidup kita. Saya sendiri mengalaminya. Tak perlulah saya ceritakan dengan panjang lebar. Cukup sekadar menceritakan mengenai saya sendiri untuk menjadi renungan kita bersama.

Saya sebelum ini sememangnya berblogging dan menggunakan internet tetapi tidak setegar sekarang. Ada masanya saya akan berhenti dan menonton televisyen. Tetapi akibat dari jadual yang ketat untuk membuat sesuatu dalam internet saya menjadi tidak keruan, merasa masa semakin pendek dan tidak cukup masa untuk melakukan perkara-perkara yang lain.

Sebab sebelum saya betul-betul serius, saya hanyaa membaca ebook yang dibeli dan tidak dipratikkan sangat. Cuma cukup ala kadar sahaja. Sekarang apabila ilmu tersebut sudah terbenam dalam dada terasa ingin dikeluarkan semula. Cukuplah sekadar pulang modal membeli ebook sebagai target jangka pendek dan seterusnya membuktikan ebook berkenaan bagus atau tidak. (Apa-apa pun perkara tersebut tidak akan dihebohkan dan hanya untuk pengetahuan saya sendiri sahaja).

Adakah ini ertinya pengorbanan? Adakah pengorbanan sebegini mampu mengubah kehidupan seseorang? Kita hanya mampu melihat, berusaha dan berdoa sahaja.

-end-


11 responses. Wanna say something?

  1. dauz
    Jun 6, 2008 at Jun 6, 2008
    #1

    Waduh bro..lamak menghilang…g cney eya???adoiii…bisnes makin mantap ka???offline towk eyhh

  2. framestone
    Jun 7, 2008 at Jun 7, 2008
    #2

    pe kes sebenarnye nie…lame xnmpk kamu

  3. riezer
    Jun 8, 2008 at Jun 8, 2008
    #3

    Ok la ko punya blog. Suka la aku baca artikel dalam ni.
    Kalau free, mai la pulak ke blog bola aku.

    http://amirulcyber.com/bola

  4. taukey
    Jun 8, 2008 at Jun 8, 2008
    #4

    hehehe……aku baru sampai kat rumah dari kampung…ekekeke…maaf sebab tiada line internet maupun telefon…ada pun sikit2 jer…ekekeke..

  5. rohaizad
    Jun 8, 2008 at Jun 8, 2008
    #5

    ermmm.. aku rak pernah beli ebook untuk berada pada tahap sekarang. terus terang aku katakan aku lebih suka belajar dari forum-forum yang aku rasakan sesuai untuk aku.

    nak tau aku selalu port kat forum mana?
    (sejak dari tahun 2005). PM aku dan aku akan beritahu.

    kenapa tak beritahu kat sini?
    sebab pada aku, siapa yang berminat, dialah orang yang akan PM aku. ilmu akan lebih berkat jika diberi pada yang mahu menuntutnya sebab di situlah terletaknya martabat ilmu.

  6. rohaizad
    Jun 8, 2008 at Jun 8, 2008
    #6

    *rak = tak

    p/s: sori double post plak…

  7. nasrun
    Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
    #7

    Kat mana yer rohaizad? Takkan berforum kat mana pon nak pm aizad? hehe..

    Memang singkat yer masa kalau mengadap blog ni.. Tido pun tak cukup.. huhu.

  8. nuarx
    Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
    #8

    taukey, mase cuti ni aku dapat la skit2 online. tapi bile sambung study, tak terkejor yop. hehe.

    p/s: aku da buat pertandingan kat site aku taukey. kalau nak tahu leh jenguk2. hadiah macam bese jer. tak leh nak compete ngan mereka yg dah otai.hehehe.

  9. taukey
    Jun 9, 2008 at Jun 9, 2008
    #9

    rohaizad—> Nanti aku PM ko bro….ada beberapa benda aku nak tanya. sikit jer arrr….hehehe

    nasrun—> hehehehe…email jer ansrun…hehehe…ko hebat dah sekarang erkkk…dah ada ebook

    nuarx—> aku akan sertai pertandingan ko …hehehe..harap aku menang

  10. espoint
    Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
    #10

    ehm..langkah pertama memang menyakitkan. Dan tak dinafikan ianya terjadi.

    Kadang2, kita perlu rasa sakit sebelum melangkah lebih matang.

  11. taukey
    Jun 11, 2008 at Jun 11, 2008
    #11

    yup…betul betul…hehehe….bersusah-susah dahulu bersenang senang kemudian

Post a Comment