SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Memohon Nasihat

Written by taukey on Aug 7th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Kawan-kawan, saya tidaklah berada dalam apa-apa masalah sebenarnya tapi rasa kerugian tu memang ada. Saya tiada tempat memohon nasihat dan saya pasti sekiranya saya ajukan soalan kepada pihak ketiga, rasanya keputusan tepat dan tidak berat sebelah akan dapat dicapai. Bukan tujuan saya untuk jatuhkan seseorang tapi sekadar memohon nasihat dari rakan-rakan dan sahabat handai sekalian.

Ceiranya begini. Saya telah menjalankan satu urusniaga dengan seseorang IM. So setelah disahkan pembayaran saya dan sebagainya saya pun menerima link ke tempat download. Apabila cuba ingin mendownload selalunya saya akan menerima masalah. Masalah file menjadi corrupt pun ada, file tengah download terputus setengah jalan dan pelbagai lagi. Sebelum itu juga, saya ada menghantar pertanyaan ke support mengenai perkara yang dijanjikan tapi tidak berapa ditunaikan. Lama saya tunggu tapi tiada berita. Saya pun memeriksa menggunakan tiket support yang saya terima. Dan sah memang tiada reply.

Saya email kepada partner JV dia. Dan dia pun reply dan memberikan bantuan yang saya rasa yang hanya mampu dilakukan. Saya pun SMS kepada owner. Hari pertama tidak dibalas. Saya biarkan sahaja dulu. Hari kedua sms lagi. Setelah menunggu sejam ke dua jam tiada reply, saya pun cuba menelefon. Masih tidak diangkat. Saya pun terfikir duit saya hangus. Akhirnya dia pun reply sms saya dan meminta nombor akaun bank dan sebagainya. Dia mengatakan ingin mengembalikan duit saya pada keesokkan harinya.

Semalam saya tidak menerima sebarang berita dari dia dan saya pun memerika akaun bank saya. Tapi dengan hampanya duit belum masuk. Saya pun sms. Dan tiada reply dari dia. Saya pun sms lagi menanyakan samada dia ada masalah. Dia kata ya dia ada masalah fund dengan family.

Apakah yang harus saya buat? Apakah tindakan anda sekiranya anda berada di dalam situasi saya? Harap anda dapat membimbing saya.

Terima kasih kepada anda yang memberikan bantuan

p/s: Saya tidak akan mendedahkan nama dan urusniaga tersebut dengan detail.

p/s/s: Sesiapa yang mengetahui mengenai perkara ini harap anda rahsiakan juga. Saya memang tak ingin jatuhkan sesiapa. Komen yang memberikan pendedahan akan delete.

p/s/s/s: Sekiranya anda terlibat sila jauhi diri dari membuat komen. TQ


51 responses. Wanna say something?

  1. dauz
    Aug 7, 2008 at Aug 7, 2008
    #1

    ntah la taukey…kita nunggu 24jam
    mun x…minta gik la…mun x kira rezeki orang jak la

  2. #2

    hmmm… banyak sangatkah nilainya?

    aku pakai konsep begini dalam hidup aku. orang berhutang atau tipu duit aku, aku hanya mintak duit aku balik sebanyak 3 kali je. kalau dia tak nak bayar gak, aku malas nak mintak lagi. bagi aku orang yang lari dari hutang dan tipu duit orang, hidupnya tak berkat. kaya ke dia lepas lari dari hutang dan tipu duit orang?

  3. taukey
    Aug 7, 2008 at Aug 7, 2008
    #3

    dauz –> memang terfikir begitu jugaklah.

    syam–> a’ah mgkn konsep mu blh ku gunakan. aku tak tahu juga la nak label dia penipu dia kata janji akan bayar bila ada duit sebab family ada problem. aku cuma ingin mohon nasihat dari rakan bloggers yang lain.

  4. KNizam
    Aug 7, 2008 at Aug 7, 2008
    #4

    masalah berat neh. tak memenuhi syarat kontrak membeli ni. hehe :)

  5. megat
    Aug 7, 2008 at Aug 7, 2008
    #5

    ini soal hak! perlu diselesaikan segera. takut menjadi isu.

    bila jadi isu susah lah cari makan kt internet. IM lain akn terasa pula

  6. titan
    Aug 7, 2008 at Aug 7, 2008
    #6

    ko sebut jelah nama tu. Takkan masalah fund sampai tak mampu nak bayar..berapa harga produk tu?

  7. kita
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #7

    ermmmm..kalau macam tu aku rasa lebih baik berbincang dan beri tempoh yg tertentu

  8. samdaddycool
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #8

    aah taukey.. brape sen?? byk tak? kalo banyak.. letih gak la… kalo rm5… kira ko belanja dia minum kopi kat starbuck..

  9. taukey
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #9

    knizam–> :D yup memang tak penuhi dan dipenuhi

    megat–> Ni mgkn dikatakan hak sebagai pembeli kan.

    titan –> tak yah la sebut nama. Biar aku sorang je tau buat masa ni. Harganya lebih kurang RM40

    Kita–> a’ha tgh buat tu jugak dan sekarang cuma mau nasihat dari kengkawan

    sam –> ada gak terfikir gitu. dan jumlah lebih kurang RM40

  10. Pangeran
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #10

    RM40.00?
    Minta balik jelah.
    Tapi macam yang [...] dot com kata, lepas dah 3 kali, tak yah minta lagi.

    Hangus la duit tu…
    Kalau nak buat review negatif, buat je.
    Kalau tak mahu, kita lagi diberkati.

  11. Uncle G
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #11

    pakcik pon pnh terkena macam nie… kena kat LYN.. beli brg r/c… harga tak la mahai sangat… sampai skrang hangus.. nak report polis.. cam tak berbaloi… yang boleh pakcik buat, bagitau mods kat LYN tuh.. best option so far.. COD

    p/s: ade gak kawan pakcik yang rugi 2k lebih beli barang kat web luar…

  12. taukey
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #12

    pangeran –> nanti aku suba usahakan utk minta balik

    uncle G –> hmm kena hati jugak erk. Walaupun kita rasa org tu blh percaya kekadang susah jugak kan pakcik

  13. bantingbou
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #13

    hoho..rasanya kene tunggu la jawabnya. Orang tu orang famous ke taukey?

  14. taukey
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #14

    hehehe. kena tunggu dan teruskan hidupku :(. orang tu famous? mmm…aku rasa boleh tahan jugak la.

  15. samdaddycool
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #15

    perghhh kalo ko expose.. mesti jatuh imej IM malaysia….

  16. farahaznil
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #16

    hmm…aku mcm penah dgr je cerita ni..dan benda ni dulu..tak silap la..yg kena tu org prmpn..huhhuu..betul ke??adakah org yg sama membuatnya??ke org lain??weh taukey..terkenal xorg tu??

  17. xBrain
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #17

    Bilamana duit tak duplangkan dalam masa 48jam then masa untuk bertindak. Hantar warning dulu padanya.

    Pastu buat post dan mintak kwn2x lain utk buat post yang sama utk beri kesedaran pada org ramai :)

  18. Nasrun
    Aug 8, 2008 at Aug 8, 2008
    #18

    Emm.. aku rase ramai gak yang terkena.. Aku rase boleh cari penyelesaian kalau diorg stil involve in IM. Tapi kalau diorg dah out tak tau ar nak buat pe.

    Takkan la diorg ni nak busukkan nama sendiri. Pelik betul aku.

    So,dah ade penyelesaian lum sal budak2 tu?

  19. taukey
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #19

    sam –> aku rasa kalau aku expose tak jatuh sangat kot. hehehe. sebab hanya seorg dua jer yg buat hal. Majoriti yg lain tetap ada dan mereka yg lain tu baik belaka dan dipercayai ramai.

    farah –> ko salah cerita. ko dengar kat mana tu?

    xBrain –> ganas ganas. hehe. aku usahakan meminta wang aku balik dahulu.

    Nasrun –> belum selesai lagi. Aku pun harap ada penyelesaian. hehehehe. Itula yang aku heran jugak takkan nak hancurkan kredibiliti sendiri kan.

  20. framestone
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #20

    rasanya kne buat persatuan nie..takut kes-kes cam nie ade berlaku pada orang lain..ini boleh menjatuhkan reputasi usahawan internet yg lain.

  21. apiz
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #21

    Pelik gak yek, takkan RM40 pun takleh nak refund balik, walaupun ckit tapi tetap duit ko Taukey ye tak.”Ini boleh mendatangkan marah” dialog filem 3 Abdul

  22. Mohd Hafifi
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #22

    klu berada di tempat taukey, akanku bagi dia sedikit masa lagi..bukan apa, seperti diberitahu dia mempunyai masalah..sekiranya taukey tekan dia, lagi stress dia nti..

  23. farahaznil
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #23

    aku dgr kat naim punya blog kot..aku pun dah lupa dah yg mn 1..alah yg prmpn tu berang2 nak duit dia balik..huhhuu..weh ni yg mn satu ha??ko xnak bg aku clue sikit2 ke kat aku taukey??hahaha

  24. samdaddycool
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #24

    RM40 … kalo sorang… kalo ada 50 orang dia utang rm50?? tak bengkok nak bayar.. apatah lagi kalo 100 orang?

  25. taukey
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #25

    framestone –> nak buat persatuan boleh tapi nak memantau tu nanti payah sikit.

    apiz –> ha ha masuk jugak erk dialog 3 abdul. Yup mmg duit aku dan yang tak best nya aku tak berpeluang buat kan duit modal tu jadi keuntungan.

    mohd hafifi –> Mgkn aku akan tunggu gak lah. Mgkn dia betul ada masalah. Aku bagi masa. Aku dah bagitau 3 kali. sekarang aku biarkan jer la dulu.

    farah –> naim nyer blog? hmmm aku tak pernah dengar lagi. hehehe. Ini lain. aku tak nak bagi clue kat ko. :D

    sam –> teruk gak la dia bayar nanti. Jumlah keseluruhan dia mmg tak aku tahu tapi sampai juga ratusan tu

  26. zool
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #26

    Minta balik lah.. Ni hak ko.. Ko ada bukti semua2 kan..
    Janganlah camtu IM oit..

  27. framestone
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #27

    jom wat forum cam persatuan peguam malaysia pg td

  28. taukey
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #28

    Zool—> mmg aku kan minta balik. tapi sekarang aku bagi masa dulu.

    framestone –> hehehe. ada ke persatuan peguam? tatau plak aku. ehehehe

  29. NoktahHitam
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #29

    best sgt ke beli Ebook? Google kan je sume.

    Anyway, if I were you, I’d email and sms him, day in day out. Until he pays.

    What was the product anyway?

    A similar thing happened to me.
    http://www.noktahhitam.com/adsensetaiko-fradulence-in-disguise.html

  30. taukey
    Aug 9, 2008 at Aug 9, 2008
    #30

    hehehe. ada masa best dan ada masa tak best. But i was new then. I don’t thing back then what i know now.

    A bit reluctant to tell actually. Once i tell about it the whole world would know who the culprit “is” or can i say it “are”. hehehehe

    I download that adsense ebook already from your blog. But nothing new in the book. Its totally crap

  31. farahaznil
    Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
    #31

    weh pg kat persatuan pengguna la..kahkahkah….”saya mahu report tentang barang sy beli ni..tak bagus..tak bagus..pulangkan balik diut saya..jom kita heboh psl berita ni dlm tv3″(baca dlm nada robot)..muahahahaha

  32. taukey
    Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
    #32

    persatuan pengguna? he he he. ko heboh dalam TV3 benda macam ni akan akibatkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semua orang akan terima kesannya.

  33. starline
    Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
    #33

    Pertama kali Taukey kena banyak bersabar. Mintak dan terus mintak. Kalau tak bagi juga ko jumpa dia. Taukey, aku nak tau juga siapa dia tu..email kat aku boleh.huhu..

    Mintak balik! kami semua menyokong ko. Ade pa pe roger jer.. :)

  34. taukey
    Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
    #34

    yup. Tgh bersabar ni. :D aku akan minta. Rugi beb. Blh buat modal utk benda lain tu.

  35. Din Beramboi
    Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
    #35

    Lama x komen kat sini.. :D

    Hoho..berat gak kes ko tu. Benda nilai RM40? Pastu call, SMS,,,abis RM50 (banyak giler main2 jer) , rugi la ko..huhu.

    Dia ada masalah fund dgn family? IM pun mtk ngan family lg ker? :D

    p/s - Sape erk? :D

  36. Din Beramboi
    Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
    #36

    Dah settle lom masalah ko ni?

  37. catzer
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #37

    bg masa then take action randomly..kengkadang kita tak tahu apa masalah mereka..

    Lagi satu kalau dl tak dpt2 tu gunakan flashget ke apa ke..sbb kengkadang file besar so kita tak dpt completekan dl file sbb internet problem.

  38. taukey
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #38

    Din –> entahlah din. mgkn mmg ada masalah fund kot. tak tau la. masalah ni blm selesai lagi

    catzer –> orait. tak leh guna Download manager utk download file tu. ada cam kena protect. Lagi satu web dah hilang dah

  39. samdaddycool
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #39

    berat masalah demo ni taukey.. kawe payoh nok tulong…

    tu lah.. memang kalo setengah org akan gelakkan dengar rm40… tpi pada aku, money is money… even if we got rm1 but wasted for junk/ rubbish- totally different if donated to unfeed/ abandonded (betul ke aku eja nih?) child…

    betul tak? dan cth - utk dapatkan rm40 bagi seorang newbie yang jobless… terlalu besar nilainya…

    tapi kadang2 memang nasib mamat yg jual ebook ni tak bernasib baik..sudah jatuh ditimpa tangga…
    aku sendiri pernah rasa situasi lebih kurang tangga ni… tahun lepas, selepas raya, aku berada dlm keadaan’broke’, biz bengkok, sampai tahap takde sesen dlm poket.. hutang keliling pinggang.. almost everything taken from me.. my house, my car, my boy… mmg pressure, stressed….

    so mungkin mamat ni lagi teruk? so , aku rasa kalo kita ‘think twice+ rethink’ .. tunggu dan lihat je la.. sebab kita masih boleh bernafas, masih boleh makan, blogging, gurau senda, usha aweks, jalan2 carik pasal…….

    ….last words… stay cool.!

  40. samdaddycool
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #40

    aku masukkan part of this post dlm blog aku taukey!

  41. taukey
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #41

    memang aku ada terfikir benda benda gitu. Kalau dia betul2 ada masalah, nanti aku bagi dia presure, kan ke aku antara penyumbang kepada kejatuhan dia.

    Aku biarkan dulu sebab aku dah minta dan bertanya dengan dia dan partner. Nanti bila dia pulih tahulah dia nak bayar balik atau tak kan. Sekarang semua keputusan ada kat tangan dia.

    sekarang aku tunggu jer. Kalau dia byr baguslah. Kalau tak aku biarkan jer lah. Sedih gak sebab dia tak bagitau awal2. Semua aku jumpa sendiri. Kalau gi tau awal awal senang sikit utk aku menerimanya

  42. samdaddycool
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #42

    dlm biz mmg ada pasang surutnya…

  43. farahaznil
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #43

    dlm rm 40 tu..aku boleh beli domain…hahaha..tapun tambah lg rm60 tuk beli hosting n domain skali..hehehe..byk tu weh…jgn anggap rm40 tu sikit..kalo pg kedai mmg la sikit je nilai dia…tp tuk dlm internet ni aku rasa tinggi nilai dia..leh buat pelaburan..hahaahah..aku ni ckp mcm la byk pengalaman…huhhuu

  44. taukey
    Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
    #44

    sam –> thanks kerana remind sya. kekadang kita pun buat silap jugak dan emosi kekadang menggangu. he he.

    farah –> mmg byk Rm40 tu. Tapi aku sedar dalam aku mengenali dunia cari duit cara online ni aku tgk ada beberapa org mengalami kejatuhan dan mereka dibantu oleh kawan2 lain. Kalau bukan kita yang bantu siapa lagi kan kan kan.

  45. emme
    Aug 12, 2008 at Aug 12, 2008
    #45

    Salam, ko beli ebook dengan “budak” baru nak up ke ni? :)

    Aku dulu pun pernah kena macam tu mase baru berjinak2… waktu tu aku beli ebook, tapi punya tunggu-punya tunggu sampai 4 hari tak dapat…

    Alst-last aku hantar emel edngan “sedikit amaran. Terus dia hantar…

    Dia cakap maybe masuk bulk, alasan lapuk… memang tak masuk bulk pun, aku rasa dia yang tak hantar…

    Aku guna gmail, jarang la emel masuk bulk…

    Aku nak tanya, ko bagi emel pada dia ayat baik2 ke? heheh

    sekali-sekala kena bertegas la… :)

  46. taukey
    Aug 13, 2008 at Aug 13, 2008
    #46

    baru nak up? hehehe aku rasa tak. Aku hantar PM pastu tunggu beberapa hari partner dia reply. Pastu sms tunggu sehari takder reply. Hari kedua hantar sms lagi kat dia dan pastu takder reply cuba call dan tak diangkat. Aku hantar sms lagi baru reply dia kata dia nak bayar balik sambil tu dia kata masalah fund kat family dia.

    semua PM dan SMS yg aku hantar hanya berbentuk pertanyaan saja

  47. rohaizad
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #47

    Kalau akulah, aku lebih suka pada kejujuran dalam segala aspek. Bermakna, aku juga akan gunakan kejujuran “berinternet” dalam menyelesaikan hai sebegini.

    Kalau ada dikalangan kawan kita mungkin berikan 3 kali warning, aku pulak hany a2 kali. Iya, kalau 2 kali aku mintak tak dapat, aku akan terus announcekan nama dia di internet juga.

    Kenapa?
    Sebab aku tak nak nasib yang menimpa aku bertimpa pula pada orang lain lebih-lebih lagi newbie yang tak tahu apa-apa.

    Lagi satu, baik pun kenalah bertempat. Janganlah mudah tertipu dengan alasan Internet Marketer yang penipu macam ni. Contohnya, masalah mak dia sakit bukan sesuatu yang boleh dimaafkan. Itu semua helah. Dah beribu duit orang yang dia dah makan. Banyak lagi cara yang dia boleh gunakan untuk membantu mak dia, bukan dengan cara menipu.

    Sekarang katakanlah, kalau dia buta IT atau bukan seorang Internet Marketer, apa yang dia akan buat untuk bantu mak dia? Takkan nak tipu orang lain pulak di alam nyata. Di US sana, taktik dan alasan macam ni dah biasa dan kalau nak tau lagi, orang macam gini sebenarnya tergolong dalam “smart scammer”. Still scammer right?

    Lagi satu, kalau betullah mak dia sakit, ingat mak dia tu suka ker bila dia tau anak dia menipu duit orang?

    Jangan dibiarkan perkara ini terus berlaku kerana ia adalah nanah dalam dunia business online ini.

    p/s: Sorry comment aku dah jadi macam entry tapi inilah pendapat aku. Ikhlas… :)

  48. samdaddycool
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #48

    ada betul gak ckp ijad tu taukey.. ,masing2 ada alasan… ada hujah.. so terpulanglah… kalau taknak nanah jadi kanser?? why not?

  49. taukey
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #49

    Rohaizad –> pendapat anda diterima dengan baik. Segala nasihat kawan-kawan akan cuba aku serapkan dalam mencari penyelsaian terbaik. Aku akan berikan sedikit masa dan alasan dia yang diberikan kalau dia menipu adalah doa utk diri dia sendiri. Kalau sekarang tak merasa nescaya masa depan doa dia itu akan termakbul.

    sam–> :D masing dengan hujah, aku ucapkan terima kasih kepada yang memberikan pandangan serta nasihat dan aku akan gunakan segala nasihat yang diberikan utk selesaikan masalah ini

  50. samdaddycool
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #50

    kadang2 kita sukar melakukan keputusan.. peribahasa ada mengatakan, diluah mati emak, ditelan mati bapak…

    mcm dalam cerita batman, mamat tu harapkan dia selamatkan awek tu… tetiba batman datang selamatkan mamat tu.. tak pasal2 awek tu meletop! kalau ko jadi batman, ko selamatkan sapa (aku mesti selamatkan awek tu.. kikiki)

  51. taukey
    Aug 16, 2008 at Aug 16, 2008
    #51

    sama lah. wakakaka. aku nak selamatkan awek. :D Rugi beb tak selamatkan awek tu

Post a Comment