Nak Bina Blog Anda Sendiri Tanpa Perlu Pengetahuan IT
Powered by MaxBlogPress  

SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

mengEVOLUSIkan Minda

Written by taukey on Jul 24th, 2008 | Files under Review Blog / Web / DLL

Cuba lihat di sekeliling kita. Apakah yang anda lihat? Cuba fikirkan sejenak dan bagi pandangan anda. Saya sendiri apabila berjalan di tepi pantai memikirkan tentang putaran dunia dan zaman nenek moyang kita serta zaman hadapan yang bakal akan saya tempuhi. Kalau difikirkan memang bagai laut bergelora yang tidak berhenti kerana ribut.

Bagaimanakah tercipta dan terbina pelbagai benda yang serba moden pada hari ini? Bagaimanakah ibu bapa saya mengharungi kehidupan pada zaman Jepun dahulu? Adakah saya bersedia untuk segala kemungkinan yang berlaku kepada saya pada masa hadapan nanti? Adakah saya akan mencapai cita-cita saya untuk berkahwin dengan Maya Karin (jangan cemburu Saudara Rohaizad) menjadi seorang yang berjaya nanti? Memiliki rumah banglo, mempunyai kereta Mercedes, memberikan kemewahan kepada ibu bapa saya adalah termaktub dalam cita-cita hidup saya.

Sudah semestinya pelbagai jalan akan ditempuhi, pelbagai jenis cara akan dicubai dan sudah semestinya kadang kala kita akan berasa berputus asa. Semua rintangan ini boleh menjadi pemusnah kepada kehidupan seseorang. Di sini bukanlah maksud saya mengatakan hidup anda akan miskin. Cuma ingin memberitahu anda bahawa anda boleh mencapai segala keinginan serta kehendak kehidupan anda dengan kuasa minda anda.

Kuasa minda terlalu besar jika kita fikirkan secara subjektif. Bukan kuasa macam Inccredible Hulk atau Hancock, atau Kung Fu Panda sekalipun. Tetapi adalah lebih kepada “will power” iaitu kuasa untuk mengawal minda anda supaya lebih objektif dan seterusnya mencapai cita-cita anda tanpa anda berputus asa akibat dari halangan serta duri-duri yang berada di jalan tersebut. Anda perlu menguasai minda supaya tak terjebak dan berasa keletihan dengan kegagalan sekali sahaja. Adakah anda tahu bagaimana untuk mengawal minda anda?

Disini terdapat seorang tokoh yang ingin memberi Seminar Kecemerlangan Diri & Mengenal Potensi Diri. Dalam seminar ini, anda akan disajikan oleh pelbagai jenis modul yang dapat membuatkan anda mengawal minda anda dan menguatkan lagi kekuatan mental anda. Cara melatih minda anda dan boleh dikatakan memang lengkap serba sebi. Ingin mengetahui siapakah penceramah dan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai seminar ini sila klik banner tersebut.


15 responses. Wanna say something?

  1. nasrun
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #1

    Minda boleh meruntuhkan bangunan.. Menggegarkan dunia..

    Tapi aku lum try lagi.. hehe…

  2. taukey
    Jul 24, 2008 at Jul 24, 2008
    #2

    haahahhaa. aku nak terbang boleh tak? wakakakakaka

  3. ijamidayu
    Jul 25, 2008 at Jul 25, 2008
    #3

    :)Macam2 la erk.. Tapi betul.. Persediaan Minda penting untuk memulakan apa pun perniagaan mahupun pekerjaan.

    That’s why,motivator terkenal seperti Dato’ Dr. Hj Fadhilah Kamsah memberi motivasi santapan minda.. :)

  4. Din Beramboi
    Jul 25, 2008 at Jul 25, 2008
    #4

    Kalau nak pakai Mercedes, boleh jadi EXCO Kerajaan Terengganu la bro..heheh

  5. bantingboy
    Jul 25, 2008 at Jul 25, 2008
    #5

    waa. semua cite pasal benda nih gak ye..

  6. taukey
    Jul 25, 2008 at Jul 25, 2008
    #6

    ijamidayu—> a’ah Dayo’ Dr. Fadhilah Kamsah. Aku suka dengar ceramah, taklimat dari beliau. Menghiburkan hati dan membuka minda. seronok.

    Din BEramboi —> ekekekeke orait. tapi aku org swak. Tak leh jadi exco terengganu. kena rejek.

    Bantingboy–> hehehe buat jer. jgn tak buat.

  7. bantingboy
    Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
    #7

    buat apa taukey?? hehe..

  8. samdaddycool
    Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
    #8

    ko tak pergi ke seminar ni taukey?? amcam berani?
    aku dah tempah tempat dgn labanon ni..

  9. taukey
    Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
    #9

    bantingboy—>buat minda berevolusi

    sam–> nak pegi? hmmm jauh sgt. Tiket jer pergi balik dalam RM 600 kot. lain kali erk. ehehehe

  10. samdaddycool
    Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
    #10

    air asia murah per…

  11. taukey
    Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
    #11

    hahaha. air asia mmg murah. yang aku bagitau atas tu angaran utk air asia. Kalau MAS mau dekat RM1000. seingat aku pergi balik RM850

  12. samdaddycool
    Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
    #12

    mcm tu ko kena carik awek stewardess… boleduk dlm beg luggage diaorg.. muahahahahaa

  13. taukey
    Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
    #13

    hahahahaa. kena scan tak lepas doo

  14. farahaznil
    Aug 1, 2008 at Aug 1, 2008
    #14

    weh apa beza mengevolusikan minda dan berimiginasi??hahaha..bahaya tak klu org yg suka berimiginasi lebih2 ni??ada kemudaratan ke??hehehe

  15. taukey
    Aug 1, 2008 at Aug 1, 2008
    #15

    hehhehehe. naper farah? ko kuat berimaginasi ke? jangan imaginisai kuat usaha tak kuat. tak baik utk kesihatan minda.

Post a Comment