Ini satu cerita lawak yang baru sahaja berlaku dengan saya tadi. Ha Ha Ha. Walaupun pada mulanya saya tidak sedar tapi apabila ingin melihat blog saya (taukey.com) tertera tulisan yang sangat besar. Tulisan adalah seperti berikut
Database Connection Error
Hmm saya mulai menjadi bingung. Kenapa tetiba menjadi begini? Adakah disebabkan blog kena hack? Mustahil sebab blog ini baru dan tiada kepentingan sangat tapi mungkin juga boleh berlaku sebab orang nak cuba ilmu hitam yang mereka baru belajar.
Bila saya fikirkan kembali perkara ini sememangnya tak perlu membuatkan saya nervous ataupun gelabah. Sebab perkara ini simple sangat tapi mungkin kerana ianya pertama kali berlaku kepada saya, menyebabkan hati risau, resah dan tekanan jiwa tahap dewa raja untuk seketika waktu.
Hendak tahu apa yang saya buat selepas berlaku perkara itu. Mula-mula saya tengok ianya berkenaan Database. So saya pun buka cpanel dan lihat bahagian Mysql database. So tengok dan cuba siasat kat sana. Tengok pula bahagian php myadmin. Lepas itu, saya masih tak tahu apa yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Dengan hati yang kecewa dan dirundung duka, saya pun membuka program filezilla. So, baru saya terfikir mengenai file config. Bila buka file tersebut barulah perasan kenapa Database Connection Error. Ha Ha. Ini kerana sebelum itu saya telah menukar password cpanel dan file config tak edit. Ha Ha Ha. Sekarang dah kembali gembira dan semua yang belum diedit telah diedit untuk kebaikan taukey.com. Hanya masalah yang simple begini pun hahaha saya nak gelabah nak mampus.
Apakah kesimpulan serta kaitan perkara ini dengan perniagaan internet?
Nak tahu juga ke perkaitannya? Fokus itu penting. Sepertimana masalah yang saya hadapi tersebut, saya fokus untuk mencari masalahnya dan punca kerosakan tersebut walaupun pada masa berikut saya sedang membuat salah satu projek saya. Jadi bila anda fokus pastinya berjaya sebab konsentrasi melakukan satu tugas sahaja mempunyai tahap kejayaan yang lebih tinggi dari pelbagai tugasan. Walaupun ada yang akan kata tentang multi-tasking tapi tak relevan bagi saya sekiranya anda bekerja seorang sahaja. Lainlah anda mengupah orang untuk menjalankan salah satu perniagaan internet anda.
Selain itu, daya kecekapan, pemikiran serta pengetahuan anda perlulah ditambah dari masa ke semasa. Akibat dari saya selalu trial dan error dengan pelbagai jenis script ke atas hosting akhirnya pengetahuan tersebut melekat kat minda saya. Bukan nak kata saya handal atau otai, tapi practice makes perfect. Lagipun kalau ada yang tak faham boleh google untuk mendapatkan apa sahaja maklumat yang anda inginkan.
Jangan cepat gelabah atau teruja dengan sesuatu yang baru. seperti tadi saya menjadi gelabah dan pelbagai perkara yang tak patut saya lakukan. nasib baik blog tiada apa-apa. Kalau tak mungkin saya terpaksa membina semula blog ini. Seperti yang berlaku sekarang ramai yang teruja dengan Click Bank. Nasihat dari Mohd Amirol dalam post beliau amat berguna. Klik sini kalau nak baca. Adakah dengan mengikuti orang lain akan menjamin kejayaan anda? Nanti projek yang sedia ada pun tak berjalan dan program affiliate pun tak tercapai juga. Naya kawan-kawan.
Itu sahaja buat masa kini. Jom fokus.










May 3, 2008 at May 3, 2008
adoi nervous ke??aku dulu lagi arr teruk satu web lak takleh buka sebab gatal tangan kacau folder dalam
hehe
May 3, 2008 at May 3, 2008
hoho…kalau jd pada aku pun nervous jgk bro..hehe. Bijak2..
May 3, 2008 at May 3, 2008
hahahahaha………..mau tak nervous….password cpanel ubah yang config tak ubah hahahaha padan pun blog tak leh buka….hahaha…ingat la file corrupt ke apa ke tadi…hehehe…rupa-rupanya kena ubah config..hehehe…mmg nervous tahap dewa raja dah tu
May 3, 2008 at May 3, 2008
Ponah berlaku kek den, panik yoo dibuek eh.. tanyo sano tanyo sini..samo lah penyolosaian eee..
May 4, 2008 at May 4, 2008
hahaahhaaha……….pengalaman tu berikan kita ilmu….yang penting tak ulang jer…hehehe