Cabaran blogging telah dibuat bersama-sama dengan azam tahun baru. Sebagai memulakan perjalanan dalam mencapai garisan penamat tersebut, satu blog telah dibina dengan domain dan hosting yang telah dibayar pada bulan lepas. Kalau diikutkan, blog tersebut sepatutnya telah menjalani operasi dan pengubahsuaian secara maksima tapi akibat dari kerja-kerja rasmi yang wajib dibuat akhirnya ianya tertangguh sementara. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa klik yang diterima dari blog berkenaan. Ini sedikit sebanyak menunjukkan, blog tersebut berada dalam perjalanan yang betul dan ini termasuklah kedudukan iklan iklan adsense, chitika, dan beberapa lagi program jana wang online yang telah dimasukkan ke dalam blog tersebut.
Hari ini tepat 2 Januari 2009 dan akan menjadi titik permulaan perjalanan yang penuh berliku dan cabaran yang memerlukan usaha yang kental dan pemikiran yang kreatif. Pelan rangka SEO untuk 26 hari telah berada di tapak tangan dan pelan inilah yang akan digunakan dengan secara sepenuhnya. Pelan rangka 26 hari sebenarnya bukan disediakan oleh saya sendiri tetapi saya hanya melakukan sedikit pengubahsuaian supaya ianya sesuai dengan keadaan saya dan sumber-sumber yang saya miliki.
Rangka telah dibuat oleh seorang insan yang bernama Busiai Bin Seman atau lebih dikenali dengan nama Inspiration di forum-forum wangcyber dan Jombincang. Satu yang saya pasti kenapa rangka ini memungkinkan saya berjaya adalah dia sememangnya seorang yang saya respek dan mempunyai pengetahuan SEO yang baik sekali. Ini kerana beliau seringkali menang dalam beberapa pertandingan SEO yang dijalankan di forum-forum tempatan. Sekarang beliau juga sedang menyertai dalam satu pertandingan SEO anjuran Busby SEO Test.
Secara pratikalnya, panduan SEO beliau tersebut sememanya boleh diikuti oleh sesiapa sahaja dan ini penting kerana orang yang tiada ilmu SEO juga akan mempelajari banyak mengenai SEO melalui ebook beliau. Apa yang penting ikuti pelan rangka 26 hari SEO beliau.
Saya akan terus memulakannya dan kita sama-sama lihat perkembangan nanti. Disini saya sediakan maklumat mengenai blog saya tersebut dan kita lihat perbezaannya selepas 26 hari nanti.
Technorati rank = 4720668
Technorati inblogs(authority) = 0
Technorati inlinks = 0
Technorati last update = 2008-12-09 14:18:23 GMT
Google pagerank = 0
Alexa popularity = 6307507
Alexa backlink =
Google backlink = 0
Yahoo inlink = 16
Google indexed = 10
Yahoo indexed = 3
Diharap perbezaan yang ketara selepas ini dapat dilihat terutamanya dari segi traffik serta pendapatan yang diperolehi.

Popularity: 6% [?]







Artikel ini telah di “linkback” secara singkat ke alamat;
http://syalog-blogging.blogspot.com/2009/01/operasi-26-hari.html
dengan tujuan meningkatkan trafik sesama pengguna blog. Jika anda merasa mempunyai artikel menarik, anda juga boleh submit ke;
http://syalog.blogspot.com mengikut kategori dan seterusnya membantu meningkatkan trafik blog anda!
Terima Kasih
emm, kalu dah ikut teknik 26 hari tu..
mmg byk kesan yg akan berubah kat atas website ko.. Target keyword yang result berjuta2 pun ko leh lawan dengan mudahnya dalam masa yang singkat..
mamanz –> yang ko buat tu sama cam social bookmarking jugak erkk…..
part time job –> yup aku perasan jugak. tu sebab aku memang nak lawan dan nak sedaya upaya aku
Bgs2..
aku pun ngah lawan keyword yg aku guna skrg ni..ekeke..
ada berjuat2 result tu.. tp alhamdulillah, dah di depan juga la.. tu pun blog lum siap sepenuhnye lg.. utk dpt tempat teratas tu rasa nye result x berapa penting (penting jika mahu duduk di page depan google dlm masa singkat), lama2 blh masuk page depan juga.. tp yg paling penting.. ONN Page dgn OFF Page.. Title betul2 main peranan, dan yg paling penting, fresh content.. byk2 kan la link building..
hehehe. orait. memang tgh mengusahakan benda benda tu
Ok..bgs la..
good luck.. nnti dah duk page depan google nnti..bgstau la apa site nye..nak tgk gak ni..hehe
muahahahaha. nanti nanti la. muahahahaha
Yer la..
aku ckp nnti web tu dah duk page depan google, ko bgtau la.. time tu baru aku nak tgk..hehe.. Nak tgk gak keyword apa yg ko guna tu..ekeke
muahahahaha. keyword tu la yang aku tak nak dedahkan. muahahhaha. tu rahsia tu.
haha..tau..
just tunjuk website tu jer..ekeke
… aku memang tak berguru lagi tentang SEO…
p/s- teruja nak belajar!
part time job –> lor tunjuk website tu akan tunjukkan juga niche blog tu. muahahahahaha
sam –> boleh belajar perlahan lahan bro.
ko kena ajar akuuuuu
buat aje. ko boleh punya.
sam –> aku ajar ko SEO ke? Boleh jer. muahahaha. YM kan ada
adsense alternative –> ko nyer blog tiba tepat pada masanya. sekarang aku boleh cuba setiap satu alternative adsense. muahahaha
[...] Operasi 26 Hari [...]
[...] Operasi 26 Hari [...]
[...] ada hari terakhir untuk operasi SEO 26 hari dan sepatutnya juga semalam saya menulis artikel ini untuk memberitahu anda mengenai hasil yang [...]