Hari ini saya dikejutkan dengan pemberitahuan mengenai Page Rank. Google telah update PR mereka dan sekarang taukey.com mempunyai Page Rank sebanyak 2. Apakah PR anda sekarang? Diharap orang yang baru menyertai dunia blogging pun menerima anjakan PR. Kalau yang mengalami penurunan tak tahu lah mana silapnya.
PR mengikut kata orang tidak memberi maksud apa apa. Tak kurang juga orang mengatakan Page Rank penting. Saya belum berkesempatan menyiasat mengenai perkara ini disebabkan oleh banyak eksperimen sedang tengah dilakukan ke atas blog ini. Harapannya supaya saya mampu memberi anda segala kesimpulan ke atas eksperimen yang saya jalankan dengan lebih baik.
Mengikut wikipedia, Page Rank adalah bagaikan undian. Semakin banyak undian anda, semakin tinggilah PR anda. Sebagai contohnya, banyak blog atau web link ke weblog anda dan ini bermakna blog anda telah menerima undi dari web atau blog yang lain. Kira macam undi SMS juga. Dan ini memang membantu dalam meningkatkan PR anda. Dalam masa yang sama, ia tidak hanya melihat pada luaran sahaja. Dalaman blog anda sendiri juga dilihat. Sebagai contohnya blog anda memberikan banyak undian kepada web atau blog lain. Ini juga diambil kira. Secara kasarnya, apa yang saya simpulkan adalah link luaran yang masuk dan link yang keluar dari blog anda tersebut akan mempengaruhi PR blog anda. Walaubagaimanapun, apa yang saya tahu, tiada orang pasti sebenar-benarnya cara pengiraan PR. Google mungkin tidak akan mendedahkan informasi tersebut kerana khuathir mengenai kejadian si topi hitam.
Persoalan sekarang adakah PR memang penting untuk sebuah blog? Apakah yang boleh dicapai dengan blog PR tinggi?
Bagi saya sendiri PR 0 atau PR 1 sebenarnya tidak menjadi masalah. Yang penting adalah traffik. Bagaimana anda mempromosikan blog anda, isi kandungan blog anda dan sebagainya. Blog personal pun sebenarnya tidak menjadi masalah sebab yang penting adalah cara anda marketkan blog tersebut. Bak kata Titan “Kalau web jualan power, tapi marketing hancur, tak guna jugak kan?”


Jul 26, 2008 at Jul 26, 2008
Tahniah yer..
Aku nyer dapat PR1 jer.. huhu..
Jadi la dari N/A sebelum ni.
Jul 26, 2008 at Jul 26, 2008
hehehe. ok lah. Janji naik jer PR tu. yang penting trafik ada dan blog ada pengikut setia
Jul 26, 2008 at Jul 26, 2008
aku tak naik2 lagi..jangan turun pr dah laa..hehe
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
blh la tu kalau maintain. he he he he.
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
PR blog aku 3..kurang sebulan yang lalu, aku check N/A tapi tetiba jadi 3..
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
ehm..tahniah la kepada yang dah naik PRnya.
BUkan senang nak dapat naik PR ni..
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
haaaa dah dapat PR dah. lepas nih boleh laa komen “PR2 cakap pasal duit juta2?” hehehheee…
siapa kata page rank tak naik? takkan nak menunggu PR0 selamanya… pastinya ada updatenya yang tersendiri.
turun naik laa jadinya…
jadi… apa yang menentukan satu2 blog itu akan mendapat page rank dari google? berapa minggu dan berapa bulan?
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
Camne die tentukan PR ni yer?
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
sama dengan kambing aku taukeyy.. ooppss,blog kambing aku. aku masa mula2 check pr dulu, tak caya juga…
anyway.. congrats..
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
mohdhafifi—> bagusla kalau dah naik PR tu. ke PR3 pula lagi. hehehehe.
bantingboy—> hehehe memang tak senang.
Nasrun—> tatau macam mana dia tentukan PR. tapi aku rasa bergantung dengan backlink yang diterima serta link yang keluar
sam—> aku dulu mula tak percaya blogspot boleh dapat PR gak. tapi bila rata-rata IM dapat PR gak. Aku mulai percaya kepada kewibawaan blogspot.
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
tahniah da ade pagerank.. he he.. aku tgu naik setakuk je lagi ni.. dr dulu dok situ je.. he he =)
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
thanks bro. hehehehe. tapi trafik blog hebat giler. ok jugak tu. ekekeke
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
hahhaa..wah taukey smakin maju ha..weh nak tau psl page rank blog kita sndr mcm mn ha??hr tu titan ada bg tau..tp aku lupa plak..weh hr tu blog aku psl bandwith..hr ni dah takleh sign in suda..ada ke aku nak sign in pg kat hubungi gak..hohohoho..apa aku nak buat ni weyh??tak reti plak aku nak betulkannya..huhhuu..weh ko tau x??dah merata cerita psl ni aku sbrkan..takde org nak tlng jwb pun..sdih aku..hadiuhhh
Jul 27, 2008 at Jul 27, 2008
Haah…betul tu Taukey. PR ni ditentukan oleh backlink, outgoing dan ingoing link dan lebih tepat lagi teknik SEO.
Sama mcm ko ckp dengan post aku sebelum ni yg bertajuk Ciri-ciri seorang blogger yang bodoh, link di blog kita ni seumpama undi..
Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
Sama la kita Taukery, PR2 gak. Sebelum ni PR1 jer…
Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
farah—> nak tgk pr sendiri pegi sini . http://prchecker.info/check_page_rank.php Aku tgk blog ko ttg bandwith lagi la. dah limit balik dah tu. nasihat aku guna blogspot sahaja.
Din—> ganti semua link mereka dengan tinyurl. wakakaakak. mereka tak dapat undi daaaa…
kakeru—> ok la tu. ada peningkatan erk kakeru. hehehe
Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
pr untuk blog berbahasa inggeris aku yg dah lama tak update dah menurun dari PR5 ke PR2.
untuk blog baru aku http://aeropama.com masih belum ada rank lagi. wahahaha
Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
bagi aku tak penting..yang penting pelawat tinggi
Jul 28, 2008 at Jul 28, 2008
syam—> rugi la ko tak update. PR 5 tu. hehehe. tapi kalau ko pump balik mgkn naik kot?
kita—> hehehehe. a’ah mmg traffik penting. Biar PR10 takder traffik tak leh gak. Tapi jual link dapat byk duit. hehehe
Jul 29, 2008 at Jul 29, 2008
PR blog pribadi saya sekarang PR4… Blog kat blogspot pla, stay kat PR3… Ada blog baru pasal design pla, dari N/A dah ke PR0…(Pakai co.cc) Susahke nak seokan co.cc nih? Pernah tengok domain co.cc dapat pr tinggi tak? Dan satu lagi… Tak tau pasal broeser saya ke(firefox3) atau memang kesalahan css… Input text tuk komen tu napa kecik sangat? Atau saya je ker yang rasa komen form tu kecik? Susah la nak baca apa yang ditaip… Hehehe
Jul 29, 2008 at Jul 29, 2008
Ah, komen form dah normal… Sorry… Masalah internet kot…
Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
selamat datang pangeran. wah bagus blog anda. banyak yang PR 3 dan 4. Blog design tu mesti blog baru kan dan backlink masih belum banyak. Antara contoh blog co.cc yang ada PR ada lah seperti berikut.
hxxp://www.dipta78.co.cc PR2
hxxp://indiemusik.co.cc PR1
hxxp://aryajodi.co.cc/blog PR1
(Sila tukarkan xx ke tt)
Kalau kita lihat ianya macam buat SEO utk blog yg lain. Kena kuatkan backlink. he he he.
harap ini dapat membantu.
Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
nk tnye sikit..PR sentiasa berubah2 ke
Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
a’ah memang selalu berubah framestone. aku tgk ko nyer blog pun PR2 dah sekarang. hehehehe. sebab dia akan kira link yang keluar dan masuk. undian link anda di blog atau web atau mana mana sahaja akan menentukan kekuatan blog anda
Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
Yah, tulah… Tak pernah jumpa PR co.cc yang PR6 ke, 7 ke kan?
Ini berarti co.cc kurang mesra enjin pencarian lah…
Gimana, boleh diterima akal sik?
Jul 30, 2008 at Jul 30, 2008
a’ah. aku tak pernah terfikir nak periksa ttg PR blog co.cc. Aku rasa boleh tapi backlink mmg betul betul kena kuat. itu yang penting. aku rasa mmg tiada masalah utk dapat PR tinggi bagi domain co.cc
Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
seksa giler nak masuk blog ko ni dgn connection aku yg sgt semput ni.. dpt header je.. pastu time out.. blog org lain, semput mcm mana pon connection, senang je aku masuk.. huhu
PR? urmm.. kdg2 aku dah malas nak pk pasal pr.. tp kdg2 teringin gak nak rasa PR tinggi2.. haha.. bulan puasa ati tuh baru aku kenal ape tuh PR.. check2 PR blog aku 2 je.. bape ari pastu naik 3.. 6 bulan aku tak update.. tak sedar bile die jatuh.. haha
Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
hehehe. ntah la. aku kekadang pun rasa slow jer nak masuk. hehehehe. mgkn banner byk kot. kekadang kalau banner tu buat hal mmg tak leh masuk cam tghhari semalam kalau tak silap. susah nak masuk. he he he. kena cari cara utk perbaiki ni. hehehe.
6 bulan tak update blog. hehehe. mesti sibuk giler tu erkkk.hehhehehe
Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
PR memang x penting sgt tetapi ianya amat berguna bila kita nak buat link exchange dgn web/blog lain. Kalau xde PR (PR0) site lain yg kita nak exchange link mcm site PR4-5 mungkin akan x layan sgt…tapi kalau kita ada PR mcm PR2-3…mungkin lebih mudah nak tukar link sebab kita ada PR dan link dr kita boleh membantu mereka…itu pendapat saya lah…
Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
a’ah betul jugak. he he he. blh buat duit utk banyak program
Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
oh cam tue ek…peting sangat ke kalau PR terlalu tgi..sampai ada insan yang mempertikaikannya
Aug 1, 2008 at Aug 1, 2008
pr aku pr 1 je la..huhhuu…weh klu pki yg blogspot mcm tak lawa..ko punya blogspot kan??ko pki dot com pastu ada hosting sndr..takpe le..huhhuu..weh mn nak dpt hosting free ha??ko tau tak taukey..yg blog aku tu pun pki free2 punya..mcm mn nak dpt hosting free??hahaha ada sape2 mau bg atau kasi hadiah kat aku hosting free x??klu ada bg le..aku tunggu je nih..
Aug 1, 2008 at Aug 1, 2008
framestone—> aku pon tatau la ada org pertikaikannya. he he he. ada kelebihan gak ada PR nih sebenarnya.
farah—> aku nyer wordpress. Guna hosting sendiri. Tu sebab aku suruh ko guna blogspot. ko tak nak. Guna domain co.cc ko tu. takder la masalah bandwith habis.
Aug 2, 2008 at Aug 2, 2008
rugila kalau ada PR tapi tak exploitasi untuk wat duit. Hehe..
Aug 2, 2008 at Aug 2, 2008
hehehehe betul tu titan. tapi kena hati hati. nanti kena balik kang dah balik kosong PR. hehehehe. Ilmu aku bahagian tu blm cukup sebab tu aku tak berani sangat
Aug 2, 2008 at Aug 2, 2008
hahaha..weh blog lama aku tu aku rasa dah takleh pki dah..sdih aku…wlu pun di tahap pr1..ok la tu kan..bkn snang2 nak dpt dr pr 0..alah..ko guna hosting sndr lawa le..hahaha..mcm aku ni takde hosting guna yg free..mcm tak lawo plak..hahaha..byk songeh la aku ni kan??weh nnt add aku kat ym..ko ada ym x??
farah_ao6@yahoo.com
Aug 3, 2008 at Aug 3, 2008
ada jer YM aku. ramai jugak yg guna hosting free tapi lawa jugak blog mereka. semua terpulang dengan cara penyusunan dan theme yang dah dpilih.
aku dah add ym ko. nanti ko approve yer
Aug 3, 2008 at Aug 3, 2008
oooo patut laa slow google sekarang nih asyik jem aje google dengan youtube dan seangkatan dengannya. itu punya penangan upgrade PR agaknya… agaknya laaa…
p/s : Loading ke google/youtube/blogspot/adsense slow cam sipoot..ape ke hal?”
Aug 3, 2008 at Aug 3, 2008
a;ah ada betulnya jugak. susah jugak la nak log in. mgkn dalam satu sudut yg kita boleh lihat kadar penggunaan tinggi kot. hhee
Aug 4, 2008 at Aug 4, 2008
oh pasl kes nie la ek aku xleh nk masuk blog aku huhu…sian plk kat insan2 yg menyertai contest yg aku buat