Nak Bina Blog Anda Sendiri Tanpa Perlu Pengetahuan IT
Powered by MaxBlogPress  

SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Merdeka Merdeka Merdeka

Written by taukey on Aug 25th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Sebagai seorang anak Malaysia, dengan bangga dan gembiranya menggantungkan banner di sebelah kanan bawah. Ini merupakan hasil yang dibuat oleh Negaraku.net. Nama pun dah Negaraku. Jadi penghormatan haruslah diberi. Jom kita sambut kemerdekaan ini dengan sifat tanggungjawab, perpaduan dan bergerak ke arah yang lebih maju. Kalau ada bendera malaysia lagi cantik. :D

Kalau minat sila pergi ke sini untuk meletakkan di dalam blog anda. Klik Di Sini.


Ebook Free Dari John Cow

Written by taukey on Aug 21st, 2008 | Files under Review Blog / Web / DLL

Terlalu lama sudah blog ini ditinggalkan. Bagai berdebu pula sekarang. Saya sebenarnya tengah khusyuk membuat blog yang lain dan cuba menambah entrinya. Jadi sebelum menambah entri, saya perlu buat research supaya blog saya tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan dan dalam masa yang sama saya dapat menjana pendapatan melalui pengiklanan dan sebagainya.

Sebenarnya jauh di dalam hati saya terdorong dan termotivasi untuk melakukan sesuatu dengan serius dalam mendapatkan pendapatan melalui internet. Terdorong melihat langkah pertama orang lain dan mereka seterusnya memperolehi pendapatan dan sebagainya. Bukan niat di hati cemburu tetapi sememangnya saya tidak ingin hanya menjadi pemerhati sahaja. Sampai bila ingin menjadi pemerhati? Asyik ke sana dan ke sini mencari ilmu yang majoritinya tidak dipratikkan seperti yang ditulis dalam blog, forum dan sebagainya. Jawapan sebenarnya telah terpampang di depan mata dan hanya dengan sedikit kesedaran dan usaha saya akan capai apa yang diingini.

Bercakap mengenai panduan dan sebagainya, John Cow telah mengeluarkan satu ebook. Ebook percuma yang berjudul Building a Business Not A Blog. Apa yang diajar adalah mengenai cara-cara memperolehi wang menggunakan platform wordpress blog, pencarian niche market, cara-cara setup blog anda supaya search engine dan pengunjung menyukainya, dan pelbagai lagi sebenarnya.

Anda boleh download dengan hanya klik kat banner tersebut.

Photobucket

p/s : Terdapat bonus disitu interview bersama dengan Timothy Sykes dan cara-cara dia bermula blogging untuk menjual ebook dia sendiri.


Social Bookmarking Cara Mudah

Written by taukey on Aug 16th, 2008 | Files under SEO

Semakin hari semakin rancak dunia penjanaan pendapatan dari internet di Malaysia. Pelbagai jenis panduan, tips serta perbincangan mengenai perkara tersebut dilakukan samada di dalam forum, blog atau mungkin di dalam yahoo messenger sekalipun. Ingin saya ucapkan tahniah kepada anda semua. Semoga anda senantiasa berjaya di masa hadapan.

Ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberikan komen kepada entri yang bertajuk “Memohon Nasihat”. Untuk pengetahuan semua, segala nasihat tersebut akan dijadikan pendorong serta memberikan panduan untuk diri saya sendiri bagaimana untuk berdepan dengan masalah sedemikian rupa. Lagi satu, IM tersebut mengatakan yang dia akan membayar hujung bulan ini. Jadi kita tunggu dan lihat. Ada juga dia mengatakan bahawa dia tengah restructure website tersebut. Maaf hanya satu kesilapan sebegini akan membuatkan kewujudan ketidakpercayaan dalam diri saya.

Saya sebenarnya dalam keadaan lemah sebab bermain bola malam semalam. Penat sangat. Tapi berbaloi sebab saya merasakan diri menjadi lemah dan kesihatan mungkin terganggu. Salah satu simptonnya adalah mengantuk setiap kali lepas makan biar pun sedikit atau pun banyak. Kadar kolestrol dah meningkat agak nya. Jadi kesimpullannya lepas ini saya wajib bersukan biarpun seminggu sekali.

Read more..


6 Perlaburan Yang Membuatkan Saya kaya

Written by taukey on Aug 14th, 2008 | Files under Perihal Taukey

Saya telah membuat pelbagai jenis perlaburan yang telah memberikan aku berjuta-juta. Pelaburan duit, pelaburan sijil, pelaburan untuk cepat kaya dan pelbagai lagi. Saya rasa anda pun ada juga membuat pelaburan biar dalam sedar atau tidak sahaja. Setakat ini, segala pelaburan duit yang telah saya buat tiada kerugiannya malah memberikan saya jutaan harta benda baik dari pelbagai jenis sudut.

Saya telah diberikan anugerah oleh kakeru untuk menyenaraikan 6 pelaburan saya kaya. Ramai kawan-kawan telah menyenaraikan pelaburan mereka dan sekarang saya akan menyenaraikan pelaburan saya sendiri.

1. Ibubapa

Ibu bapa telah melaburkan segala kasih sayang mereka kepada saya. Menjaga saya, membeli barang keperluan saya dan sekarang masih saya untuk membalas mereka. Jasa mereka akan dikenang dan menjadi kewajipan saya untuk menjaga mereka. Mengapakah ini satu perlaburan? Sebab ingin melihat mereka gembira, ingin mereka bangga, ingin melihat senyuman yang diukir di wajah mereka. Segala tangisan kegembiraan merupakan satu faedah hasil perlaburan saya yang tiada nilainya. Bukan bermaksud ingin mendapat balasan. Sekurangnya saya tahu apabila mereka meninggalkan bumi ini untuk ke syurga mereka boleh pergi dengan hati yang gembira dan tenang. Itu perlaburan yang diusahakan dari dahulu sehingga sekarang.

2. Diri Sendiri

Perlaburan ini sememangnya perlu. Kesihatan hendaklah dijaga supaya saya boleh meneruskan perjuangan di dunia yang penih pancaroba. Tanpa kesihatan pelbagai kegiatan tidak mampu dilakukan. Walaupun dapat tetapi cabarannya adalah lebih sengit. Pencegahan adalah lebih baik dari penyembuhan. Itulah pepatah kata yang diajar semasa belajar di sekolah rendah lagi. Walaupun kadang-kadang benda sebegini tidak dapat diduga dan kita mungkin jatuh sakit tapi laburlah pada kesihatan sekarang sementara masih sihat. Ilmu diserapkan kedalam otak dengan membeli pelbagai bahan rujukan dan kadang-kadang mencari pelbagai jenis ilmu yang terdapat di bumi ini samada belajar dari pengalaman, sekolah, universiti. Itu semuanya ilmu. Sudah dilaburkan sebaik-baiknya.

Read more..


Kena Tag SamDaddyCool

Written by taukey on Aug 14th, 2008 | Files under Perihal Taukey

1) What is the most important thing in your life?
My Family

2) What is the last thing that you bought with your own money?
Mixed Rice

3) Where do you wish to get married?
At a Long House

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
Forever

5) Are you in love?
Yup

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Is KFC considered as Restaurant

7) Name the latest book that you bought?
Book? Forgot already. A long time ago. Ebook also don’t remeber. Got confuse between paid ebook and free ebook

8) What is your full name?
Timothy Ak Stephen

9) Do you prefer your mother or father?
Both.

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Drew Barrymore

11) Christina or Britney?
Britney

12) Do you do your own laundry?
No the washing machine does it

13) The most exciting place you want to go?
Hawaii, Miami, Las Vegas, South Korea.

14) Hugs or kisses?
Both

Read more..