Project Wonderful adalah merupakan salah satu projek pengiklanan di mana pengiklan perlu membida untuk mendapatkan ruangan untuk mengiklan di blog anda. Ini merupakan antara salah satu cara menjana pendapatan dengan pengiklanan di blog.
Saya secara tak sengaja melihat shaxx (Papa Bear) membuat review bahawa beliau telah dibayar hasil pengumpulan setiap bidaan yang diterima. jadi secara tak lansung saya mendapat tahu bahawa peluang menjana pendapatan melalui Project Wonderful sememangnya bukan scam.
Bagaimanakah caranya untuk menjana pendapatan melalui Project Wonderful ini?
Semestinya program ini merupakan antara yang termudah dan saya pasti ramai blogger boleh sahaja melakukannya. Apa yang anda perlu buat hanyalah mendaftar di web Project Wonderful dan seterusnya membuat pendaftaran blog anda. Setelah mendaftar anda perlu menunggu sehingga anda menerima email bahawa blog anda di approve oleh admin Project Wonderful.
Sebaik sahaja blog anda approve, anda hanya perlu membuat beberapa lagi perkara seperti, jenis paparan iklan yang anda ingin paparkan, bidaan terendah, nofollow atau dofollow link, dan sebagainya. Semuanya amatlah mudah. Setelah semua selesai, ambil kod yang diperlukan dan letakkan di dalam blog anda. Biar dan tunggu bidaan masuk. Anda boleh memilih untuk auto approve setiap bidaan ataupun sebaliknya.
Saya tiada tips istimewa untuk menjana pendapatan melalui program ini. Cuma apa yang saya pasti adalah traffik ke blog anda akan menentukan bidaan yang anda terima. Untuk permulaan ini, sila letakkan bidaan terendah USD 0.01.
Mantapkan traffik ke blog anda dan saya pasti bidaan akan senantiasa masuk ke blog anda
p/s : Contoh boleh dilihat di bahagian side bar blog ini yang ditulis dengan sponsored.
Ebay merupakan satu pusat perkumpulan bagi pembelian serta penjualan produk secara antarabangsa. Ketahuilah yang lebih 90 billion US dollar didagangkan di ebay setiap hari. Ramai rasanya telah mencuba ebay dan ramai menghadapi masalah dari segi pendaftaran, proses membeli dan menjual.
Saya sendiri pun kurang pasti bagaimana ingin memulakan perniagaan di ebay ini. Tapi saya tahu saya tak perlu binggung dengan traffik serta pembeli sebab setiap yang dijual boleh sahaja dijual. Saya dapat tahu yang banyak pembeli dari negara barat berada di sana. Dan ketahuilah pembeli dari negara barat lebih arif dan berani melakukan transaksi secara online. Jadi emas sememangnya ada di situ.
Jadi masalah utama yang selalu di alami oleh kebanyakan orang adalah produk yang ingin diniagakan. Saya sendiri pun tiada produk untuk dijual. Apa yang penting anda mulakan dengan menjual produk-produk anda sendiri yang tidak berguna. Sudah tentu dalam bilik tidur atau rumah anda terdapat barangan yang anda tidak guna lagi. Produk tersebut masih bagus cuma anda tidak menggunakannya lagi. Antara contohnya adalah seperti piring hitam, aksesories (rantai, gelang) dan pelbagai barangan lagi. Anda boleh cuba untuk menjual produk tersebut.

Setelah anda mempunyai pengalaman, anda boleh mencari kawan-kawan yang menjual barangan secara offline dan memberitahu tujuan anda. Ini amatlah baik sekiranya mempunyai produk buatan anda sendiri. Apa yang perlu anda pentingkan disini adalah produk tersebut adalah murah kerana mata wang Amerika Syarikat amatlah tinggi. Jadi ambil peluang ini untuk menjana pendapatan dalam mata wang Amerika Syarikat.
Sekiranya anda tidak mampu melakukan semuanya, ebook sifu-lan ini boleh sahaja anda beli untuk menambah pengetahuan anda sendiri. Apa yang diajar adalah konsep Dropshipping. Dropshipping adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyediakan barangan serta proses penghantaran kepada pelanggan anda. Anda tidak perlu binggung dengan segala stok dan sebagainya.
Apa yang pelu anda cuma perlu buat barangan anda sendiri dan apabila ada pelanggan membelinya, anda hanya perlu order dari syarikat dropshipper tersebut dan segala urusan anda telah selesai.
Anda boleh sahaja order panduan ebay ni dengan menekan banner di bawah.

Sudahkah anda upgrade blog wordpress anda ke 2.6.3? Ketahuilah terdapat kerentanan dalam wordpress 2.6.2. Kerentanan yang dimaksudkan adalah terdapat dalam class-snoopy.php.
Class-snoopy.php digunakan untuk mengambil feeds yang terdapat dalam dashboard. Walaupun risiko rendah, tetapi upgrade masih perlu untuk dilakukan untuk menjaga keselamatan blog anda dari setiap segi untuk meminimakan risiko diserang oleh pengganas.
Anda sudah tentu fikir banyak sangat kerja untuk membuat upgrade tersebut. Tetapi ianya amat mudah kali ini. Tak perlu untuk anda membuat segala backup dan sebagainya. Lain sekiranya anda menggunakan plugin one click installer. Saya pun tidak menggunakan plugin tersebut. He He He. Tak berfungsi sangat. Sebab saya lebih suka membuka filezilla dan upload sendiri ke dalam hosting.
Apa yang perlu anda buat untuk upgrade ke wordpress 2.6.3 adalah dengan download kedua-dua file berikut :
- class-snoopy.php
- version.php
Selepas download kedua-dua file berikut, anda buka filezilla anda dan seterusnya mengupload file tersebut ke dalam hosting. Sila pergi ke Wp-Includes dan uploadkan file yang telah di download tadi. Arahan overwrite akan keluar dan sila tekan buatang yes.
Selepas upload siap, tugas anda upgrade ke wordpress 2.6.3 telah selesai dengan sepenuhnya. Mudah sahaja bukan. Jadi tunggu apa lagi…..