Taukey Dot Com

...Fenomena Ajaib Dunia

Pengiklanan Berkesan

Ditulis Oleh taukey Pada January 5th, 2009 Dan Dibaca Oleh Orang

kalau anda perasan, blog Tun Dr Mahathir juga sudah mempunyai ruangan pengiklanan. Saya pasti ramai yang tidak menduga perkara sebegini akan berlaku. Saya sendiri tidak menyangka yang blog tersebut ada menyediakan ruangan pengiklanan. kalau dahulu dalam forum wangcyber saya pernah menyebut perkara ini, sekarang ia telah menjadi kenyataan. Pelawat unik ke blog tersebut mencecah jutaan sehingga ke hari ini dan ini mungkin merupakan peluang kepada kita semua untuk membuat pengiklanan.

Cuma soalannya sanggupkah anda melabur wang yang begitu banyak untuk membuat pengiklanan di sana? Jawapan ada pada diri anda. Saya tidak berani menyentuh mengenai keberkesanannya sebab saya sendiri tidak mengiklan di situ. Akan tetapi dengan jumlah pelawat yang tinggi ke blog tersebut, saya menganggarkan 5 peratus sahaja yang menjadi pelanggan anda akan menyebabkan anda menerima pulangan dan hasil yang tinggi. Ini hanya anggaran saya sahaja. Segala-galanya juga terpulang kepada jenis produk anda, rupa serta gaya minisite dan sales letter anda, serta nasib anda. (Link ke Ruangan Pengiklanan Blog Tun Dr Mahathir)

Bercakap mengenai keberkesanan, saya tadi membeli reload melalui maybank2u. Rasanya terdapat perubahan pada sistem M2U di mana mereka meletakkan menu menjual secara autoreload. terdapat juga jualan secara pin cuma link tersebut sedikit tersembunyi. Saya pun membeli secara autoreload atas sebab saya tidak melihat link jualan secara pin tersebut. Akhirnya saya tertipu. handphone saya lansung tidak di reload. Saya pun tidak bingung semana pun sebab kawan saya pernah tidak menerima sebarang pin dan dia hanya menelefon customer service.

Jadi saya pun telefon customer service dan lansungnya telefon saya tidak berjawab. Adakah sebab waktu malam perkhidmatan pelanggan mereka tidak bekerja? Jadi apakah motif untuk meletakkan kata – kata berikut di website mereka? (Lihat Screen Shot Di Atas) Ha Ha Ha. Itu seolah – olah mengatakan yang perkhidmatan pelanggan mereka 24 jam termasuk pada waktu cuti am.

Apa apa pun mungkin masa menelefon, mereka pergi main ular sebentar. He He He. hantam la labu. Janji duit dipulangkan.

Popularity: 6% [?]

Anda Mesti Minat Artikel Ini Juga

15 Org telah Berinteraksi ↓ Org Lagi Tengok Jak Kah?? Jom La Join Sama....

  1. |1f34|-|1r3 says:

    patut nyer diorang online 24/7..takkan org kt US nak kena tunggu malam baru leh call maybank malaysia kot? huhuhuhuhuhu~~ kalau kredit rm10 tuh..halalkan jer la…silap2 call customer service diorang lg mahal…

  2. taukey says:

    dah telefon tadi. muahahahaha. baru jer habis talipon. ok la. dia kena buat report dan sebagainya. Yang tak best nya siap dia cakap kalau ada apa apa sila hubungi kami waktu pejabat. hmmm….

  3. budeen says:

    mmg byk syarikat yg kononnya sediakan support 24/7, tapi bila call hampeh.. aku pernah kena dgn astro..

  4. taukey says:

    muahahahaha. ko kena dengan astro ke? hhahaha. astro aku dah takder. aku dah tutup akaun. malas la. layan internet jer sekarang

  5. kita says:

    ini dinamakan cakap tidak serupa bikin

  6. taukey says:

    hehehehe. biasa la. tiada yang sempurna bah kan kan kecuali tuhan

  7. twenty-six says:

    kebanyakkan bank memang begitu..Hong Leong credit card center pun bikin aku panas jer..

  8. taukey says:

    oh yeker? tatau plak. semalam aku email gak kat maybank tentang masalah aku tu. petang tadi ada terima gak reply dari mereka. Kena tunggu 7 hari nak dapat pulangkan RM10. hahahaha

  9. samdaddycool says:

    tapi aku pernah aktivate card credit pukul 3 am … ok plak.. :)

  10. samdaddycool says:

    .mahal giler harga iklan kat blog dr M

  11. taukey says:

    hahaha. tu mgkn time aku telefon tu dia org tgh ular la tu. hehehe. memang mahal giler iklan kat dr m. berbaloi ke tidak aku tatau sangat la

  12. PM says:

    aku dah usha blog beliau..yang betul2 nampk 2 iklan sahaja… kat belah atas iklan mengenai “peti”

  13. taukey says:

    ghehehehe….iklan juga kan. utk bayar team dia yang berusaha utk jaga web dia la tu. tugas dia mgkn taip dan publish. yang lain-lain tu org lain uruskan

  14. titan says:

    setakat ni. aku takde masalah topup pakai m2u.

    klu yg autoreload tu. maxis je boleh. celcom dgn digi tak leh lagi.celcom dgn digi dapat no pin aje la.

  15. taukey says:

    masa aku reload tu ada autoreload celcom. lepas aku buat aduan ada masalah terus takder lagi dah.

Sila Tinggalkan Komen Anda





CommentLuv Enabled