Bisnes Prepaid
Powered by MaxBlogPress  

SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

 Powered by Max Banner Ads 

Peranan Penting Pemilihan Keyword dalam SEO

Written by taukey on Jun 29th, 2008 | Files under SEO

Keyword sememangnya memainkan peranan penting dalam SEO. Mengapa? Kerana dengan hanya keyword tersebut, artikel anda mudah dicari di dalam Search Engine seperti Yahoo, Google dan MSN. Sekiranya teknik SEO keyword ini dimanipulasikan oleh anda dengan betul sudah semestinya anda akan dapat menarik trafik secara percuma. Kalau ikutkan kata orang trafik dari search engine adalah berkualiti serta ini memudahkan anda mencari duit secara online.

Ok kita belajar mengenai penggunaan keyword. Pada post yang lepas dan yang lepas, Syam ada memberi komen sambil menanyakan soalan bagaimanakah kita ingin mencari keyword yang sesuai dan yang mempunyai permintaan yang tinggi. He he he. Saya sendiri pun tidak tahu sebenarnya. Tetapi disebabkan soalan tersebut, daya pemikiran dan perasaan ingin tahu saya semakin membuak-buak untuk merungkai misteri mengenai keyword ini dan kaitannya dengan SEO.

Apa yang saya dapat simpulkan hasil dari pencarian saya adalah sebelum kita menggunakan sesuatu keyword dalam blog atau web kita, adalah wajib kita memilih keyword berdasarkan kepada niche kita. Niche adalah bermaksud kepada pengkhususan blog atau laman web kita. Contoh blog atau web kita adalah mengenai komputer. Carilah keyword yang lebih spesifik seperti software penjagaan computer, upgrade computer, dan lain-lain lagi. Ini hanya idea yang terdapat di dalam otak saya sekarang. Kalau anda ingin guna anda dipersilakan. Hehehehe. Anda fikirkan beberapa keyword lain yang berkaitan. Contoh lain yang saya boleh bagi adalah seperti weight loss program, how to lose weight, how to be slim, dan macam-macam lagi. Kesilapan dalam pengunaan keyword akan mengakibatkan anda tidak akan mendapat result yang diingini.

Okay sekarang keyword yang kita target dah ada. Sekarang apa yang perlu kita lihat adalah berapa banyak pencarian berdasarkan keyword tersebut. Ini boleh dicari dengan menggunakan pelbagai jenis tools yang percuma yang boleh didapati dalam internet.

Setelah kita memilih keyword berdasarkan niche blog atau web kita, pertama sekali adalah pergi ke http://freekeywords.wordtracker.com dan sila periksa keyword anda di situ untuk melihat berapa banyak anggaran carian dalam sehari yang telah dibuat. Sekiranya tiada result bermakna keyword tersebut tiada carian untuk hari tersebut. Ini bermakna keyword tersebut tidak efisien dan efektif. Hehehe. Buat pemilihan lain dan keyword yang hamper sama pun boleh anda dapati dengan menggunakan tools tersebut.

Setelah mendapat keyword yang diinginkan, apa yang anda perlu buatadalah membuat carian keyword tersebut di search engine google dan lihat berapa banyak web atau blog yang menggunakan keyword tersebut. Dengan itu, anda akan tahu berapa banyak supply bagi keyword tersebut.

Jadi selesailah sedikit penjelasan bagi tips pencarian keywords. Banyak cara lain dari pencarian saya mengenai perkara ini, tapi ini rasanya yang termudah dan tak membingungkan kepala anda. hehehe

p/s : Perlawanan untuk mendapat tempat pertama adalah sedikit sukar sekiranya web tersebut mempunyai PR yang tinggi. Apa pun tiada yang mustahil sekiranya usaha anda berlipat ganda untuk menambah backlink ke blog anda.


22 responses. Wanna say something?

  1. kakeru
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #1

    Owh…SEO yg bagus ni Taukey… Bagus la, lepas ni boleh la saya belajar dgn Taukey terus. Boleh wat keyword Taukey…Taukey..Taukey…Nanti mesti ramai yg pi ke blog saya kan? hehe… :)

  2. taukey
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #2

    hahahaha….itu yang aku faham la. Lebih dari tu aku tatau sangat. hehehehe….nak belajar….blh. Kalau aku tau aku ajar. kalau tak nak wat cemaner kan kan kan kakeru.

  3. nasrun
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #3

    Jangan lah rendah diri sangat Taukey..

    Awek ko ade tegur ko tak hari ni? hehe..

  4. taukey
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #4

    wakakakakaka….nak rendah diri cemaner plak erkk…mmg betul tu. Awek? bukan awek ko ke tu? wakakkaka

  5. abdfatah
    Jun 30, 2008 at Jun 30, 2008
    #5

    banyaknya keyword keyword… nanti saya bubuh taukey selang seli dalam post… mesti naik ranking lepas nih.

  6. nasrun
    Jul 1, 2008 at Jul 1, 2008
    #6

    Selang seli camne tu Fatah?

    Bagus la ye Taukey.. hehehe..

    Taukey, Tu awek ko la taukey..

  7. taukey
    Jul 1, 2008 at Jul 1, 2008
    #7

    ab fatah…wakakaka…kalau aku tak bold mesti tak perasan sangat…hhmmm

    nasrun…tu awek ko…naper tak nak megnaku….wakakaka

  8. samdaddycool
    Jul 1, 2008 at Jul 1, 2008
    #8

    ooo nilah ikan SEO yg ko offer pada farah kan taukey?

  9. syam
    Jul 1, 2008 at Jul 1, 2008
    #9

    thank you brader krn membantu gua merungkai persoalan yang bersarang di fikiran gua ini.

    tp kalau dpt cr keyword yang org selalu cari tp kurang persaingan memang best. cume otak kene kreatif utk pikirkan keyword tersebut.

    ok. mcm mana pula kita nak apply keyword ini dlm entri pula?

    cheers,

    syam @ http://aeropama.blogspot.com

  10. taukey
    Jul 1, 2008 at Jul 1, 2008
    #10

    yup samdaddycool…inilah ikan kering utk Farah…wakakaka

    syam—> hmmm itu la secara basic nya la. Kena kreatif dan rajin utk kuatkan PR supaya blog kita kuat dan tak mudah dilawan orang lain.

    Berkenaan dengan apply ini pun sebenarnya ikut kreativiti sendiri jugak. Contoh kalau dalam title letak keyword tu dan dalam post pun letak keyword tu tapi ada amaran. Nanti next post saya bagitau amaran

  11. Uncle G
    Jul 2, 2008 at Jul 2, 2008
    #11

    pakcik masih lagi mencari2 ilmu tentang seo nie.. tq info ini….

  12. taukey
    Jul 2, 2008 at Jul 2, 2008
    #12

    a’ah Pakcik selamat datang ke sini. Info ringkas jer ni. Sebab saya bukan pakar. Sekarang dalam majalahIM ada maklumat SEO. Kat situ boleh tahu tentang SEO ni dengan lebih baik dan ditulis oleh fuad latip

  13. Din Beramboi
    Jul 3, 2008 at Jul 3, 2008
    #13

    Yup Pak Cik, fuad Latip org terer bab2 SEO nih..otai seantero alam maya…popular sehingga ke planet Ziku..bak kata Titan. Hehe..

  14. taukey
    Jul 3, 2008 at Jul 3, 2008
    #14

    hehehehe….yup betul tu Din. Planet Ziku tu kat maner? ekekeke

  15. june
    Jul 3, 2008 at Jul 3, 2008
    #15

    daku masih binun masalah gini ni…

  16. taukey
    Jul 3, 2008 at Jul 3, 2008
    #16

    hmmm june binggung apa ya? Ada persoalan boleh bagitau dengan saya. Saya cuba tolong semampu yang boleh.SEO ni kalau kita tak faham dengan betul akan memeningkan kepala.

  17. abdfatah
    Jul 6, 2008 at Jul 6, 2008
    #17

    ahahahaa… yea kalo keyword target pun masuk dalam ruang komen pun dapat perhatian jugak. takper laa kita tunggu apa dia punya amaran tersebut…. jeng jeng jeng…

  18. taukey
    Jul 6, 2008 at Jul 6, 2008
    #18

    hahaahhaha…..amaran ttg SEO jer. sikit sikit yg aku tau

  19. rohaizad
    Jul 9, 2008 at Jul 9, 2008
    #19

    post ko nie membuatkan aku teringat pada eksperimen coli aku. sampai sekarang ni kalau sesaper pun taip “coli perempuan” kat Google search, memang blog aku akan berada kat tempat paling atas sekali (nombor satu).

    wahahahahaha …! :)

  20. taukey
    Jul 12, 2008 at Jul 12, 2008
    #20

    wahahaha :P akut aku post tu. hehehehe….ramai plak yg masuk. hahaha

  21. Azlan
    Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
    #21

    keyword non-competitive senang utk dapatkan ranking di page 1-2 utk fresh site/content. gunakan quotes ” ” masa check keyword tersebut di google utk tahu ianya kompetitif atau tidak.

  22. taukey
    Jul 31, 2008 at Jul 31, 2008
    #22

    orait. thanks for the tips azlan

Post a Comment