Selama ini saya sememannya tidak pernah menggunakan tool google analytics. Kebiasaannya menggunakan tools lain seperti stat counter dan sebagainya kalau untuk blogspot. Sekiranya untuk blog ini, kebanyakkan data saya perolehi dengan menggunakan awstat.
Oh ya, terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang telah memberikan nasihat kepada saya mengenai kes saya tersebut. Saya akan usahakan segalanya yang diperlukan dan berita baik atau buruk akan saya umumkan nanti. he he he. Macam bunyi pilihanraya.
Banyak jugak info yang boleh diketahui kat tools ini rupanya. Saya sendiri belum menggunakan sepenuhnya. Tapi yang menariknya saya dapat mengetahui bounce rate, keyword, visit dari mana dan sebagainya. Dulu, selalu membaca di blog orang mengenai kekuatan tools ini. Rupanya banyak guna jugak. he he he. Sekarang saya dah letak kat beberapa blog adsense dan sedang melihat dan mencuba teknik keyword.
Rupanya bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Banyak ilmu dan usaha perlu dicurahkan sebelum kita boleh berjaya.


Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
tahniah kerana dah mula menggunakan tool yang hebat ini.saya memang sokong 100% jika bro nak menggunakan tool google analytics nie,sebab report yang diberikan memang amat-amat terperinci.Saya nie newbie lagi,tapi sejak saya mula menjadi seorang bogger,saya telah pun menggunakan tool ini,dan saya akan terus menggunakannya…tapi,skang saya hanya menggunakan blogger.com…masih belum berkesempatan untuk mempunyai domain dan hostin g sendiri.hehehe
semoga bro berjaya dengan percubaan bro.
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
Hi Taukey! Saya pun sedang cuba menggunakan Google Analytics nih. Sama2 la kita menganalisis blog nanti ya
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
selain gunakan analytics dan awstat, aku juga gunakan WP.com Stats.
ps: plugin untuk analytics aku sgt tahi. tiap kali update aku kene masukkan balik code aku.
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
paan –> hehe sebelum ni aku takder buat tracking lansung utk blog aku yang ada di blogspot. Jadi aku main hantam jer dulu. sekarang aku baru faham penggunaan benda macam ni
kakeru –> hehehe. kakeru pun tgh buat erkk. byk benda kena teroka kat google analytics tu. Byk benda aku blm faham.
aeropama –> plugins ko tak bagus ke? ko guna plugins aper erkk. Aku guna Another Wordpress Tracker Plugin. sama tak? Aku rasa ok jer la.
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
weh..tiba2 aku sudah pening suda..hehehehe..adakah benda ni pun berkaitan dgn teknik SEO atau benda lain??
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
hahaha. memang ada kaitan ni farah.Kita tahu cemaner pelawat datang ke blog kita, tahu keyword apa yang digunakan dan sebagainya. Aku masih belajar guna tools ni. Rata-rata bloggers kata mmg hebat guna tools ni.
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
taukey dah jadi pro blogger income dari blogger pun dah sampai rm 1k tuh..kaya dah blogger bernama taukey neihhh hehe
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
uih 1k income dari blogger. ha ha ha. hebat. ha ha ha. siapa nak belajar nanti aku wat kelas online. ha ha ha
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
aku baru gak guna google analytics ni..xsampai sebulan pun lagi
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
hehehe samal kita mohd hafifi. Semoga semua dapat manfaatnya
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
dr awstat kat cpanel tu. Blog aku dikunjungi oleh ramai peminat atau diehard buluhmas. Keyword buluhmas masuk setiap hari..keyword buluhmas, rank 1 selepas awsurvey..
Aku pun tak tau apa diorang nak. Aku bukannya orang kuat buluhmas. Haha..
Aug 10, 2008 at Aug 10, 2008
Aku guna stacounter jer..huhu.
Kalau ada byk masa, mmg bagus buat research trafik..kita leh tau kehendak pelawat kita. 
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
titan –> aku pun guna gak awstat. tapi nak cuba google analytics utk blogspot. hehehe. nak tgk keyword apa yg mereka guna utk sampai ke blogspot tu
Din –> hehehe. aku nak cuba utk adsense. hehehe. Sebab blogspot takder benda gitu. Stat counter pun blh cuma tak sebaik analytics.
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
aku cari tak jumpa ktagoogle page..kat bahagian mana aa?? tolong taukey!
p/s- jap lagi aku nak try cari balik..
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
hehehe. tak susah nak cari sebenarnya. hehehe. ni linknya http://www.google.com/analytics/
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
adakah apa yg korang kata ni berkaitan sikit dgn SEO??hohohho..benda ni kita tgk kat cpanel ea???
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
memang ada kaitan dengan SEO. kalau ada domain dan hosting sendiri blh tgk dalam cpanel. Kalau dari blogspot nak tgk kat mana. he he he. so gunakan google analytics ni jawap nyer. ramai gak yg ada domain dan hosting sendiri tapi masih juga gunakan google analytic. Itu yg aku tgk la. jadi aku mengambil kesimpulan yang tools percuma ni mmg power. hehehe
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
aku guna plugin google analytics for wordpress. nanti aku try ko punya plugin lak…
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
orait. Kalau tak bagus gak ko bagitau aku erk. hehehe. aku ada gak guna plugin tu tapi aku perasan dia tak bagi lepas aku update. Aku fikir aku salah letak code. Pastu lama aku tak guna hingga aku jumpa plugin ni. so sekarang aku nyer ok jer
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
rasanya awstats lagi power kot. hehe
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
thaks taukey
Aug 11, 2008 at Aug 11, 2008
KNizam–> awstat mmg power. Tapi utk blogspot ini lah yang paling sesuai. malah kita tau entry mana byk klik. dan kita tahu kat yahoo keyword apa dan kat keyword apa. so ok utk research adsense
sam–> no problem bro