Mungkin agak lambat bagi saya untuk memberitahu tetapi sekarang Internet Marketers (IM) Malaysia riuh rendah mengenai pembukaan pendaftaran Click Bank untuk rakyat Malaysia. (sebab dengar cerita dahulu Malaysia di banned oleh Click Bank). Pasti ramai yang dah mengetahui apa itu click bank bukan.
. Saya baru sahaja berkecimpung dalam dunia blog jadi sedikit sebanyak mengetahui apa itu Click Bank. Walaubagaimanapun, ilmu saya mengenai Click Bank amatlah rendah dan nampak gayanya saya hendaklah mempelajari ilmu berkenaan. Tapi dari khabar dan reaksi kawan-kawan yang lain saya perasan yang click bank ini merupakan satu lubuk emas untuk membuat duit di internet. Dari soalan yang saya tanya kepada Encik Sukeri mengenai click bank, beliau hanya memberitahu hanya untuk google sahaja “ebook click bank” dan saya pasti ada menjumpai ebook percuma dalam bahasa inggeris. So secara rajinnya, saya pun google dan menjumpai ebook berkenaan. Walaubagaimanapun, anda juga boleh membeli ebook Rajaaffiliate dan bersama dengan ebook berkenaan ada beberapa ebook berkaitan Click Bank dalam English dan Bahasa Melayu. Jadi untuk memahami lebih lanjut saya galakkan anda membeli ebook berkenaan. Klik disini untuk linknya.
Ada beberapa perkara yang saya faham mengenai Click Bank. Pertama , pendaftaran adalah percuma sahaja dan anda tidak perlu membayar apa-apa kos untuk sebarang pendaftaran. Kedua ia merupakan pusat perkumpulan atau “market place” untuk menjual atau menjana pendapatan samada dengan menjual atau menjadi affiliate. Ketiga, rakyat Malaysia beruntung dari segi pertukaran mata wang asing…hehehe…Tapi apa-apa pun strategi promosi kena dibuat dengan betul. Terdapat pelbagai kaedah untuk promosi tapi saya sarankan anda membuat dengan cara Pay Per Click kerana anda dapat mensasarkan kepada sesiapa sahaja dengan cara tersebut.
So daftar segera dan mulalah menjana pendapatan dengan menjadi affiliate. Sekiranya anda mempunyai produk sendiri saya pasti jualan anda pasti meningkat dengan mendadak. So semoga anda berjaya.


Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
clickbank2..:D
Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
hehehe..click bank…aku blm bersedia untuk mu.
Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
Alo Taukey, saya dah terima email pengesahan dari Clickbank dan boleh download video pasal Clickbank kat blog saya. Linknya http://tinyurl.com/59xsx6
Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
terima kasih Encik Sukeri kerana sanggup datang ke blog saya yang tidak seberapa ni dan hantar link ke ruangan komen saya. jasamu akan dikenang selamanya
Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
hehhe…otai tu bagi komen kat blog taukey…terror tu..huhuh…bro..apa macam affiliate JV kita yerk>>??
Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
hehehehe……affiliate JV? apa oh? Kelak pakei email…pecah rahsia kelak…hehehe
Apr 29, 2008 at Apr 29, 2008
hehe kelak bgtau dalam ym huhu…apa project taukey>?>>hehe
Apr 30, 2008 at Apr 30, 2008
no problem….hehehehe
Apr 30, 2008 at Apr 30, 2008
Hello Tim Wheeler..
I got confuse with this one “saya hendaklah mempelajari inlu berkenaan. Tapi dari khabar dan reaksi kawan-kawan yang lain saya perasan yang” .Could you please clarified what “inlu” stand for?
Thanks Tim
Apr 30, 2008 at Apr 30, 2008
hi there laling, sorry….i didn’t realise about it…it was a typing error…. hmm i think that should be written as “ilmu”.
Please do come again. hehehe