
Hari ahad ini bertarikh 1 hb Jun 2008 dan merupakan salah satu hari keramaian di Sarawak sehingga diberikan public holiday di Bumi Kenyalang ini. Rasanya kalau anda berada di Sarawak sudah tentu ada mendengar mengenai pertandingan Keling dan Kumang Gawai yang diadakan setiap tahun sebagai salah satu persediaan untuk meraikan perayaan ini.
Selain itu, pelbagai jenis upacara juga dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:-
1. Muai Antu Rua (to cast away the spirit of greed)
2. gendang rayah (ritual music)
3. miring (offering ceremony)
4. Ngalu Petara (welcoming the spirit gods)
5. drink the Ai Pengayu (normally tuak for long life)
Ini sedikit sebanyak sejarah mengenai perayaan ini. Semasa pemerintahan British, mereka enggan mengiktiraf perayaan ini sehinggalah tahun 1962. Pada waktu berikut, perayaan Gawai Dayak ini disambut pada 25 September.
Ia pertama kali disambut pada bulan Jun pada tarikh 1 Jun 1965 dan menjadi satu simbol perpaduan, aspirasi dan harapan untuk masyarakat Dayak. Hari ini, ia adalah satu bahagian penting kehidupan sosial Kaunm Dayak. Ia adalah satu tanda hari kesyukuran tuaian yang baik dan satu masa untuk merancang untuk musim pertanian baru atau aktiviti-aktiviti yang dirancang pada masa hadapan.
Disini saya ingin mengambil kesempatan kepada anda SELAMAT MENYAMBUT GAWAI DAYAK. Gayu Guru Gerai Nyamai.


May 30, 2008 at May 30, 2008
Selamat Hari Gawai walaupun tiada member bangsa Dayak
May 30, 2008 at May 30, 2008
hahaha..saya pun blh kan jadi member…hehehe
May 30, 2008 at May 30, 2008
Selamat menyambut hari gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai.
Kan best dapat ge sane tgk diorang sambut.. hehe.
May 30, 2008 at May 30, 2008
blh jer datang…nanti aku ambik kat airport je la…kekekeke
May 31, 2008 at May 31, 2008
Selamat hari gawai. Dah tak pergi serawak aku. Aku nak pergi sawarak. Tapi mungkin bukan waktu terdekat nih..
May 31, 2008 at May 31, 2008
pergi la titan….hehehe…melancong kat Sarawak…ekekekekeke. dapat tgk amoi…hehehe
May 31, 2008 at May 31, 2008
hehe…taukey ..rasanya semalam aku dah msg ko awal2..hehe
May 31, 2008 at May 31, 2008
Thank you Dauz utk msg ucapan Gawai…ekekeke….TQ
May 31, 2008 at May 31, 2008
Selamat Hari Gawai. Rasa macam nak gi Sarawak je, tak pernah sampai lagi.
May 31, 2008 at May 31, 2008
hehehe….datang lah melancong… tengok suasana kat sarawak… jauh perjalanan luas pemandangan….ekeke
Jun 3, 2008 at Jun 3, 2008
Selamat Hari Gawai Taukey…
Hurmmm, aku pun blum penah pegi serawak la..Sabah da pegi. Bila lah aku nak sampai sini..hehe. Nanti aku pegi, contact ko yer taukey..hehe.
Jun 8, 2008 at Jun 8, 2008
contact jer….blh jer…heheheheheh…nanti aku cuba bawa g jalan jalan…ekeke
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
Your blog is interesting!
Keep up the good work!