Taukey Dot Com

...Fenomena Ajaib Dunia

Setelah Sebulan Berlalu

Ditulis Oleh taukey Pada June 19th, 2009 Dan Dibaca Oleh Orang

8 Mei 2009. Tarikh terakhir aku mengemaskinikan blog aku ini. Sudah sebulan lebih aku menghilang diri. Aku harap aku tidak ketinggalan terlalu jauh dalam arus dunia online terutama sekali dalam mengenali peluang-peluang menjana pendapatan. Aku lihat sekarang semakin ramai dah mula menjejak kaki ke alam perniagaan internet dan tak kurang juga ramai yang berjaya. Aku ucapkan tahniah kepada mereka semua.

Aku masih lagi dalam keadaan biasa. Sihat dan masih mempunyai minat terutama sekali dalam arena blogging. Dengan berbekalkan kepada ilmu yang telah dipelajari dan telah dilakukan aku masih lagi menjana pendapatan dari blog English aku. Sudah sebulan lebih jugaklah aku tidak update blog tersebut tapi masih ada pendapatan juga yang masuk walaupun sedikit. Itulah keindahan aktiviti blogging ini.

Aku sudah berpindah ke tempat lain. Jauh dari rumah dan perjalanan menggunakan kenderaan sekurang-kurangnya mengambil dalam tempoh masa 5 ke 6 jam. Memang jauh. Aku masih belum menyesuaikan diri dengan baik di tempat orang ini dan aku sekarang masih lagi hidup merempat. Aku tinggal dengan kawan dan masih lagi mencari rumah sewa sendiri. Kalau kawan aku tu masih bujang aku mungkin tidak kisah. Tapi apa kan daya. Dia sudah beristeri dan mempunyai anak. Walaupun pada secara kasarnya mereka tidak kisah aku tinggal di situ, tapi aku tidak ingin tinggal di situ dan menganggu kehidupan mereka. Aku harap aku mampu mencari rumah sewa di tempat baru aku ini.

Sebulan tanpa internet agak merimaskan kehidupan seharian. Aku kebiasaannya akan online untuk menguruskan aktiviti internet aku. Sekarang aku sudah membeli Celcom Broadband dengan harga RM199.00. Bayaran ini termasuk bayaran internet untuk satu bulan yang berjumlah RM68.00 sebulan. Nasib baik ada promosi, kalau tidak blog ini belum tentu akan dikemaskinikan.

Aku sebenarnya berada di Kota Kinabalu untuk tempoh lebih kurang tiga minggu. Aktiviti aku di sana dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuklah kursus, riadah, sukan dan sebagainya. Pengalaman manis aku disana terlampau banyak dan aku tak mungkin akan lupakan. Sebaik sahaja pulang, aku berkemas semula dan meneruskan perjalanan ke tempat aku berpindah. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin tinggi pencapaian perlu dilakukan. Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Itulah amanat dari Perdana Menteri.

Sekarang aku perlu menyesuaikan diri aku terlbih dahulu dan dalam masa sama mengenali setiap tempat di kawasan ini supaya aku mampu melaksanakan tugas aku untuk kepentingan semua. Ingin sekali aku bercerita dengan panjang lebar tapi satu entri mungkin tidak mencukupi dan dah terlampau banyak peristiwa yang berlaku dalam masa yang singkat ini. Mungkin aku akan ceritakan di masa hadapan, itupun kalau diizinkan dan kalau aku tidak terlupa. Lagipun aku bukan jenis orang yang pandai bercerita. Kalau kelentong tu boleh juga. hahaha.

kita jumpa di hari lain.

Popularity: 1% [?]

Anda Pasti Suka Artikel Ini Juga

8 Org telah Berinteraksi ↓ Org Lagi Tengok Jak Kah?? Jom La Join Sama....

  1. kakeru says:

    Yeay, Taukey dah kembali! Selamat berblog kembali Taukey! ;)

  2. samdaddycool says:

    wahhh.. byknya aktiviti…… apa khabar? Welcome back.

  3. KomenEbook says:

    Welcome HOMe, Taukey…Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan..Cerita sikit2 pun takpe..janji ada cerita :-D

  4. taukey says:

    kakeru –> terima kasih kakeru. lama gak aku tak jengok ke mana mana dah

    sam –> byk sgt. jadual padat sgt. aku senantiasa sehat. sakit sakit sikit tu biasa la. hehehe

    komenebook –> hahaha. nanti aku bikin cerita tipu tipu. ahahahahha

  5. Mustaffa says:

    di KK duduk kat mana? aku kat kk jugak sekarang!

  6. taukey says:

    aku dah takder kat KK. kejap jer kat KK. hahaha. 3 minggu. Sekarang kat daerah di Negeri Sarawak gak

  7. ariey says:

    selamat kembali taukey. :)

  8. BAGAK says:

    selamat berblog kembali

Sila Tinggalkan Komen Anda





CommentLuv Enabled