Semakin hari semakin rancak dunia penjanaan pendapatan dari internet di Malaysia. Pelbagai jenis panduan, tips serta perbincangan mengenai perkara tersebut dilakukan samada di dalam forum, blog atau mungkin di dalam yahoo messenger sekalipun. Ingin saya ucapkan tahniah kepada anda semua. Semoga anda senantiasa berjaya di masa hadapan.
Ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada semua kerana telah memberikan komen kepada entri yang bertajuk “Memohon Nasihat”. Untuk pengetahuan semua, segala nasihat tersebut akan dijadikan pendorong serta memberikan panduan untuk diri saya sendiri bagaimana untuk berdepan dengan masalah sedemikian rupa. Lagi satu, IM tersebut mengatakan yang dia akan membayar hujung bulan ini. Jadi kita tunggu dan lihat. Ada juga dia mengatakan bahawa dia tengah restructure website tersebut. Maaf hanya satu kesilapan sebegini akan membuatkan kewujudan ketidakpercayaan dalam diri saya.
Saya sebenarnya dalam keadaan lemah sebab bermain bola malam semalam. Penat sangat. Tapi berbaloi sebab saya merasakan diri menjadi lemah dan kesihatan mungkin terganggu. Salah satu simptonnya adalah mengantuk setiap kali lepas makan biar pun sedikit atau pun banyak. Kadar kolestrol dah meningkat agak nya. Jadi kesimpullannya lepas ini saya wajib bersukan biarpun seminggu sekali.
Dalam keadaan yang begini, saya cuma sempat membuat beberapa entri kat beberapa blog saya dan seterusnya mencari serba sedikit ilmu SEO. Terserempaklah dengan web ini. Untuk melihat web tersebut sila klik di sini. Kali ini kerja untuk membuat social bookmarking ke 47 laman web social bookmarking akan bertambah mudah nampaknya. Saya dah menjumpai web tersebut beberapa hari yang lalu dan saya dapat lihat blog saya yang masih PR n/a telah menerima lawatan yang boleh tahan banyaknya. Dan telah menerima beberapa klik. Ini baru untuk satu entri. Boleh saya bayangkan kalau saya telah membuat 100 entri. Rasanya berbaloi jugak. Apa yang bestnya adalah kita tidak perlu membuka setiap laman web tersebut tetapi hanya berada di satu page tersebut sahaja.
Apabila saya fikir balik mengenai laman web tersebut, masalah duplicate entry akan terjadi. Masalah ini terjadi kerana kita akan submit sedikit pengenalan entri yang sama ke setiap laman web social bookmarking tersebut. Seperti yang kita tahu sebarang duplicate entry akan menyebabkan ranking kita di SERP akan mengalami ganguan. Saya telah mencuba mencari di beberapa forum antarabangsa dan pelbagai jenis percanggahan pendapat saya baca. Jadi sukar sedikit untuk saya memberikan kesimpulan pada masa tersebut. Lepas itu, saya pun pergi ke laman web google sendiri. Cubaan mencari maklumat mengenai perkara tersebut dan memang sah dalam google mengatakan duplicate entry akan menggangu SERP kita. Boleh ke sini untuk melihat laman web google tersebut mengenai duplicate entry. Sila baca dan sekiranya saya tersilap fakta diharap anda dapat membetulkan fakta saya ini.
IKLAN PANAS UNTUK TATAPAN SAHAJA
Menjadi Jutawan Dalam Sehari (Ini Bukan Produk Saya)


Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
teruskah perjuangan kau! insya allah setiap ilmu yang dapat diserapkan dengan cara yang betul dan berkat usaha maka termakbullah usaha kau.
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
cun! entri yg penuh info
tp aku pelik dgn tabiat pengguna internet dan pembaca blog dr malaysia. diorg ni jarang guna social bookmarking. aku guna fave it by noktah hitam pun takde org nak klik. sedih
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
kaulah taukey…
so jangan risau tentang kerugian nanti ko dapat untung belipat kali ganda tu
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
bukan apa. nak guna kene register dulu. orang kita bukan jenis 24 hours online. bila jumpa je fave it. kene register dan vote. diorang akan fikir buang masa. itula pasalnya..
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
megat –> thanks utk kata kata semangat tersebut. Seperti kata kau tu mmg ilmu itu penting
aeropama dot com –> hmm apa kata kau sendiri yang hantar dulu pastu biar. Yang penting pencarian utk entri kau dalam search engine akan bertambah. Aku rasa kalau social bookmarking PR tinggi mmg sekejap jer entri ko akan berada dalam SE
Dauz –>
risau ttg kerugian? hehehe. tiada lah.
rajapayloadz –> hahaha. betul betul. aku setuju. letak jer utk mencantikkan blog dan utk menambah traffik
p/s : Klik yang saya maksudkan di atas adalah klik pada adsense. he he he. Maaf tak tulis dengan telus
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
social bookmarking mmg penting utk menaikkan ranking website…
bila ranking dah naik paham2 je la…
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
jangan risaulah, entri ko tetap pertama pada kaca mata google. cewahhhh…. dia tau mana yang asli mna yg cetak rompak. ko tulis entri hari ini, ko submit la entri ko esok lusa. lau takut edit la ckit… kahkah… negaraku.net tu pagerank rendah lagi, jgn risau…
Aug 17, 2008 at Aug 17, 2008
usri –> hehehe. mesti faham nyer. Duit masyuk beb. hehehe
blogmenjerit –>
kalau semua entri aku masuk tmpt pertama kat kaca mata google mesti best. wakakaka. hehehe. negaraku akan naik lagi nanti. aku jamin. hehehe. yang penting orang ramai guna. Dia akan naik gak nanti
Aug 18, 2008 at Aug 18, 2008
info yang cantek…nanti aku nak try aplikasikan kat blog aku…aku dh add ko dlm aku nyer Google Reader..confirm ko akan nampak aku menyemak kt sini lagi nanti…
Aug 18, 2008 at Aug 18, 2008
hahaha…orait orait. Aku blm godeh lagi ttg google reader. masih belajar ttg organic searching ke blog adsense aku. tapi kalau subscribe rss pun lebih kurang sama agak nya kan
Aug 18, 2008 at Aug 18, 2008
Social bookmarking ni memang pentingg dalam menglamerkan blog dan menarik trafik
Aug 19, 2008 at Aug 19, 2008
sebenarnya kalau bercakap pasal social bookmark - para blogger dari malaysia aku rasa kurang bersosial satu sama lain aku rasa..jd mmg susah nak attract traffic ke blog…
aper yg aku buat - aku cari “kawan” dulu bebanyak dlm Digg atau SU pastu baru aku submit blog post aku….tiada larangan unt submit blog sendiri ke memana social bookmark ttp sekiranya nak berjaya biar aper yg kita submit boleh menarik minat pengguna lain..
Aug 19, 2008 at Aug 19, 2008
apiz79 –>
mmg antara tujuannya
zen –> Aku pun baru tahu yang social bookmark ni blh add friend dan sebagainya. he he he. mgkn itu antara tujuan sebenarnya dibuat kan. thanks bagitau kat aku. blm lagi buat add friend lagi sekarang nih. hehehe lepas ni blh add kengkawan dlm digg, stumbleupon, dsb
Aug 20, 2008 at Aug 20, 2008
buat masa sekarang ni am just submit di stumble upon, digg dan technorati jer lah… negaraku juga baru masuk… rasanya masalah yang timbul tu kita kena ada post title yang catchy la. so orang yang baca akan ada rasa curious nak tau lebih… bukan title syok sendiri… atau nampak biasa sangat… am dapat click dari orang lain lepas submit kat negaraku..
Aug 20, 2008 at Aug 20, 2008
hehe yup betul jugak tu am. hmm negaraku masih baru nanti nanti naik la dia. hehehehe. aku submit ke negaraku bila aku rasa post aku tu berguna. yg blog taukey.com ni dah tak leh masuk digg.com. yang lain blh la. hehehe
tips am tu pun bgs jugak cuma aku takut hype jer topik heheheh
Aug 21, 2008 at Aug 21, 2008
aku belajar banyak benda baru pada post ni… di tengah malam buta.. good job! (Hancock nyer trademark..
)
Aug 21, 2008 at Aug 21, 2008
hahahah….tengah malam buta plak. ehehehe. orait jer. Aku tulis apa yang aku belajar jer. hehehe
Aug 21, 2008 at Aug 21, 2008
ye laa… aku biasa balik niaga hadap laptop sampai aku tak larat.. kadang2 sampai subuh. aku sekarang tgh belajar banyak benda dlm blogging dan sedang improve skil nak cuba jadi pro blogger…
Aug 22, 2008 at Aug 22, 2008
hehehehe….itulah. mmg kita yang masih baru ni kena berkorban masa sedikit utk pembelajaran kita. Yang pnting jgn kesihatan terjejas jugak