SILA LENGKAPKAN ALAMAT EMAIL ANDA


Delivered by FeedBurner

 Powered by Max Banner Ads 

Tag, Duit dan Merdeka

Written by taukey on Aug 28th, 2008 | Files under Dunia IM, Macam macam, Perihal Taukey

Beberapa hari ini asyik sama sahaja post. Maaflah sebab wabak tag ini terkena saya dan memang sudah menjadi sikap saya walaupun tag sama tetapi dari orang yang berlainan, so saya bertanggungjawab untuk menjawab setiap satunya. :P . Jadi anda asyik membaca entri yang lebih kurang sama. :D Apa pun saya gembira menjawab kesemua tag tersebut dan yang paling bestnya tak perlu fikir sangat sebab copy and paste sahaja. He He He.

Masihkah anda ingin entri memohon nasihat saya? Saya ingin umumkan bahawa saya telah menerima kembali wang saya tersebut. Nasib baik juga dia jujur dalam menjalankan perniagaan ini. Walaupun lambat tetapi saya menerimanya juga. Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang telah menasihati saya.

Nampak gayanya beliau mengembalikan wang saya seperti yang disebut olehnya dan iaitu pada hujung bulan. Syukurlah dan sekarang berasa sedikit selesa. Diharap perkara sebegini tidak akan terjadi lagi.

Sekarang saya berasa teramat letih kerana latihan Perbarisan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sarawak sedang dijalankan dan pihak kami telah beberapa hari menjalani raptai. Yang bestnya, walaupun letih saya merasa enjoy dan gembira menjalankan aktiviti tersebut. Diharap pada hari tersebut nanti stamina saya cukup kuat untuk berdiri dan bertahan selama upacara dijalankan.

Apa pula aktiviti anda pada masa tersebut nanti? :D Diharap anda juga gembira pada hujung minggu tersebut. Merdeka….


6 responses. Wanna say something?

  1. apiz79
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #1

    Ha memang ingat lagi taukey pasal entri memohon nasihat tu, bagusle kalau insan tu dah bayar balik.oh aktif gak Taukey ek Parade merdeka, ok chaiyok bro

  2. framestone
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #2

    oh..nie rupanye kerje ko sepanjng 2 mgu nie ek…makin hitam x?? tahun nie aku kurg merasai kemeriahan merdeka nie…

  3. farahaznil
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #3

    thn ni aku xnak pasang bendera malaysia..hahaha..aku nak pasang bendera PKR..eh2..hahaha…demam permatang pauh masih tak reda lagi kot..tambah2 perbentangan bajet 2009 plak..mn lah nak ingt sngt dgn merdeka2 ni..hahhaa..nak beli bendera pun mahal maaaa..bajet lari nnt..hi hi hi

  4. taukey
    Aug 29, 2008 at Aug 29, 2008
    #4

    apiz –> hehehe aktif jer. lagipun seronok jugak perbarisan tu. Dapat tgk org ramai, dapat baju baru. hahaha

    framestone –> yup itulah kerja aku sepanjang minggu ni. seronok gak walaupun panas. Tatau la nanti masa hari tu nanti hujan atau tidak

    farahaznil –> hahaha. ko ni ada ada jer. haha. pasang jangan tak pasang :D

  5. ira
    Aug 31, 2008 at Aug 31, 2008
    #5

    perbarisan? tak tengok tivi la..

  6. taukey
    Sep 1, 2008 at Sep 1, 2008
    #6

    tak tengok tv erkk…takper blg tengok kat internet. ada ke? aku pun tatau la.

Post a Comment